𝐍𝐀 𝟏𝟒

7.6K 394 4
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

SEMUA mata melirik kepadaku apabila aku melangkah masuk ke dalam kafe seorang diri. Mata aku gulingkan ke atas. Mungkin aku nampak elegan sebab masih berpakaian formal. Disebabkan aku baru balik dari butik jadi aku masih lagi berpakaian kerja.

Seksi barangkali?

Dress hitam separas lutut . Sebab itu lah mata lelaki di sini hampir terjojol keluar. Lelaki nama pun. Senyuman nipis aku hadiahkan kepada seorang perempuan yang sedang melihat aku.  Dia pekerja di sini. Cantik kecil sahaja orangnya. 

"Cik adik cantik lah." Aku toleh kepala memerhati  seorang jejaka berdiri tegak di hadapan meja yang aku  duduk. Kening aku jongketkan.

Jejaka  itu menghulurkan sehelai kertas kecil.  Tersungging sinis aku melihat kelaku dia. Ambil lah Ulyana mesti dia just nak test market.

"Call I tau." Dia berlari ke arah kaunter semula, mengambil makanan yang dia pesan.  Sempat lagi lelaki  itu bermain mata denganku.

"Kau tunggu sampai kiamat pun belum tentu aku call kau." Aku hanya mampu geleng kepala. Penat melayyan karenah semua orang.

"Handsome, siapa tu?" Nasib aku  tiada sakit jantung kalau tidak mati kejung aku dekat sini. Ariana tersenggeh-sengeh sambil mata merenung lelaki tadi. Kertas kecil dalam genggaman aku hulur kepada Ariana. Laju  dia ambil tanpa di suruh. Bertuah punya perempuan.

"Lelaki Malaysia lagi merenyam dari lelaki  dekat Paris." Ariana picingkan mata . Kertas tadi dia sumbat  masuk dalam beg tangan. Gadis  di kaunter tadi datang menghantar minuman yang aku pesan. Sekilas aku melihat namanya di name tag.

Humaira..

Sumpah cantik betul dia. Dia senyum sebelum berlalu pergi. Nasib baik aku  tak ada adik lelaki kalau tidak memang aku pergi merisik dia . 

"Bukannya lelaki  yang salah tapi kau tengok la cara pemakaian kau  tu." Sambung balik kepada topik gatal tadi. Aik aku yang salah.

"Eh hello selama ni elok je aku pakai macamni." Ariana menjelingku menyampah.Mesti dia nak bebel.Ariana bawa keluar beberapa fail ke atas meja. Aku jauhkan sedikit minuman , tak mahu tumpah pula nanti.

"Aku ada kerja untuk kau." Wah menarik. Fail itu aku buka kemudiann di belek satu persatu. Kaki  disilangkan seraya mata ligat melihat  pelbagai jenis cadangan baju. Aku pandang Ariana yang sedap menyedut air.

"Kau nak aku buat apa?" Dia senyum penuh makna. Ohh tolong, aku tak suka senyuman dia yang ini.

"Bulan depan ada majlis pelantikan Noah. Jadi aku nak  kau siap kan baju-baju  yang ada dalam fail tu ikut tema yang aku bagi." Terangnya panjang lebar.  Dengar sahaja nama Noah aku teruus tertarik.

"Pelantikan for what?" Soalku dengan berminat. Aku tutup fail yang berlambak itu.

"Dia akan ganti  tempat daddy, jadi dia akan jadi Ceo N'Nour Hotel." Aku bulatkan bibir.  Faham. Kepala disengetkan sedikit  melihat  gerangan yang seperti aku kenal. Jejaka itu segak berpakaian formal menuju ke kaunter. 

Gadis kaunter tadi senyum manis  kepadanya. Mungkin kekasihnya? Ariana memandang aku pelik kemudian  mula melihat apa yang menarik  tumpuan aku.

"Tu Arif Harrith."  Terbuntang mata aku . Wajah Ariana aku pandang tidak percaya namun melihat reaksi dia yang tenang  cukup meyakinkan aku.

"If that Arif...perempuan tu budak yang kejar dia dulu  tu ka?" Arian  angguk kepala dan saat ini Arif memandang ke arahku. Mata aku alihkan ke tempat  lain. Jangan berani  kau datang sini  wahai Arif . Aku ketap bibir.

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now