𝐍𝐀 𝟐𝟗

7.7K 364 2
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

TERHENDAP -hendap aku cuba untuk mengintai seorang jejaka hot di taman bunga ibu mertua aku. Haih handsome sangat ni.Apalah nasib, ada suami pun suami merajuk. Kan dah bosan. Awal pagi aku dapat panggilan dari mummy. Ingatkan ada kecemasan rupa-rupanya rindukan anak  dia.

Sebagai menantu yang baik!

Terpaksalah aku pujuk Noah untuk pulang walaupun hampir muak aku mendengar pelbagai alasan dia beri. Suami siapa yang degil sangat.

Kami datang secara berasingan. Dia dengan Kawasaki dia dan aku dengan Ducati kesayangan aku. Dah kalau dua-dua naik motor ni maksudnya apa?

Perlumbaan antara suami isteri.

Siapa yang kalah kena cuci motor si pemenang.

Apa yang suami aku tengah buat?Oh sudah tentu tengah basuh motor. Kalah kan..Opss!

"Tak payah nak menyorok sangat." Alah kantoi aaa. Tanpa segan silu aku terus berlari ke arah Noah.

"Buat apa tu?" Soalan ke tu? Akhirnya aku dihadiahkan dengan jelingan manja Noah. Manja kali dia.Bibir mencebik apabila dia endahkan aku. Aku jauhkan sedikit jarak antara kami berdua. Noah tengah pegang paip.Suami aku ni mereng, nanti tak pasal-pasal dia siram aku.Malas aku nak mandi banyak kali.

"Handsome betul suami saya ni, dah lah seksi, hot semualah." Dapat aku lihat Noah tersipu malu. Suka lah tu.

"Tapi sayang..."

"Handsome macam ni pun kalah dengan perempuan." Kuat aku ketawa sehingga senak perut dibuatnya. Noah pandang  aku atas bawah.

SPLASH!

Aku telan air liur yang terasa seakan tersekat. Kalau tadi aku yang ketawa tapi sekarang Noah pula yang mengambil alih. Puas dia ketawa. Kedua kaki aku hentak geram melihat tubuhku yang sudah lencun. Aku tak main air pun! Benci Noah.

Mata turun ke bawah menilik pakaian. Mak aih lencun habis.Tiba-tiba rasa sakit hati melihat Noah yang masih ketawa.

"Sunshine,kenapa main air ni hm? Dalam rumah ni tak cukup air ke sampai nak kena main air dekat luar?" Dia jongket kening.Tangan menyebakkan rambut yang basah ke belakang.

Geram!

"Awak memang suka main kasar kan?" Setapak aku mendekatinya. Noah turut menyungging senyuman sinis.Aku hadiahkan senyuman sinis sebelum menghalakan air paip yang aku capai tadi. Kini barulah adil. Sama-sama basah.

"Seronok sangat kau ni." Noah mencalit sabun ke hidung mancungku. Tercetus ketawaku. Seronok.

"Lambat lagi ke nak habis?" Noah kerling sekilas ke arah motor di belakang. Dia angkat bahu seraya merangkul bahuku.

"Masuk dulu lah sunshine. Nanti kita basuh lagi." Geleng kepala aku dengan perangai dia. Senyumanku pudar apabila melihat mummy yang sudah bercekak pinggang di pintu. Alamak!

Habis.

TEKUN aku merenung nasi di dalam pinggan. Nak makan pun tak selera ini semua sebab Noah. Sebab dia aku kena bebel dengan mummy.

"Pia nak tambah? Makanlah lagi banyak mummy masak ni." Memang banyak betul. Berapa orang je nak makan. Noah bukan main berselera.

"Ash. Gelojoh betul kau makan. Bini dekat rumah tak masak ke?" Terhenti suapan aku. Noah pun turut berhenti mengunyah.

Aku angkat kepala memandang Ariana di hadapan. Kenapa dia tiba-tiba tanya pasal tu? Nak cakap aku tak pandai masak?

"Apa cakap macam tu?" Mummy marah dia . Rahang aku ketap menahan geram. Wajah Noah di sebelah aku jeling.

"Bini aku masak sedap je. Air tangan isteri dengan air tangan mak ni lain.Salah ke aku nak makan apa yang mummy masak?" Haih, bergaduh pula.

"Sudah lah Noah..depan rezeki ni." Bisikku perlahan di tepi telinganya. Tapi dah kalau nama pun Noah Asher, ada rasa dia nak dengar cakap aku?

  Lambat lagi

"Jadi kau jangan nak buat andaian bodoh kau depan aku." Belum sempat aku nak bersuara terasa ada tangan yang menarik aku untuk pergi dari sini.

Ya, bawa aku pergi Noah.

Entah tiba-tiba aku rasa nak jadi isteri mithali. Diam mengikut kemana sahaja suami aku bawa. Sekarang suami aku bawa masuk bilik.

"Kemas barang kau kita balik." Laju aku geleng kepala. Dah kenapa tiba-tiba nak balik ni? Kalau pasal hal tu aku okay je.

"Nak duduk sini?Lepastu bergaduh lagi? Kau suka sangat ha?" Geleng lagi. Kenapa nak kena marah aku sekali.Perlahan-lahan aku berjalan mendekati Noah yang sedang berpeluk tubuh. Aku capai tangan besar dia dan kemudiannya aku usap sayang.

Asyik merajuk aje ni.

"Kesian mummy...dia rindu awak. Janganlah sebab saya awak nak kena bermasam muka dengan diaorang. Kita stay sini dulu okay?" Tangannya aku kucup seraya bibir terukir senyum manis.

"Aku duduk sini sebab kau."Amboi! Noah terus pergi menuju ke katil. Dia rebahkan badan kasar. Tidur lah tu.

"Saya turun kejap." Diam. Fuh merajuk teruk sangat ni. Aku jenguk sedikit kepala memandang dia. Tombol pintu aku pulas perlahan. Terjengket-jengket aku dibuatnya, Nak sambung makan.  Buka sahaja pintu, terus aku tersungging sinis melihat wajah beku di hadapanku. Tahulah aku yang dia curi-curi dengar.

"Hai, bestie." Batang tubuh aku sandarkan ke pintu bilik. Tajam sahaja pandangan yang Ariana lemparkan kepadaku.

"Aih, takkan sebab satu kesalahan terus tak mengaku kawan kut?" Aku ketawa sinis.

"Ariana...Ariana. Kau tak boleh marah aku sangat. Semua benda ni bukan salah aku. Aku hanya nak tuntut bela atas hak aku." Cukup perlahan namun pasti dia tetap mendengar.

"Kau dengan abang kau sama-sama bodoh." Wajah aku dekatkan dengannya. Dia diam merenung.

"Asal diam? Nak mengadu dekat dia? Mengadu lah. Aku boleh jamin seratus peratus yang dia tak akan percayakan kau."

"Semua benda ni terjadi angkara dendam Ari. Biar aku tamatkan kisah ni dengan dendam." Seraya itu aku jauhkan wajah . Senyuman manis masih tidak terlucut di bibir.

"Pia? Ari? Buat apa sini?" Ariana langsung tidak toleh memandang mummy. Kepala aku geleng beberapa kali.

"Pia masuk dulu ya mummy."

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now