𝐍𝐀 𝟐𝟕

8.3K 386 4
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

HAH! Apa pula sekarang ni? Macam mana nak rawat suami yang tengah sakit? Ada tutorial tak? Aduh macam mana aku nak buat ni.Sudah berapa lama agaknya aku bermundar- mandir di hadapan ni? Harini aku kena cuti sakit untuk Noah.

Bila ditanya sakit dekat mana mesti dia akan jawab 'aku ni bukannya sakit pun aku letih je'. Elok sangat. Nak bawa ke klinik laju dibantah. Ligat aku memikir cara. Cakap tak sakit tapi dah selamat terlentang di atas katil lepas telan ubat.

Entah-entah Noah takut dokter.

"Awak takut dokter ke Noah?" Mata yang pejam tadi laju sahaja tercelik luas. Kedip-kedip dia pandang aku.

"Tu soalan sejenis apa Sophia?" Bibir di cebik geram. Belakang tangan aku letakkan ke dahinya. Panas!

"Panas sangat ni Noah." Keluhan terbit di bibirku melihat wajahnya yang pucat. Dia diam menayangkan senyuman manis.

"Tolong ambil ubat aku yang dalam laci tu boleh?" Noah tunjuk ke arah laci almari yang terletak di sebelah katil. Bergegas aku mencari ubatnya.

"Mana satu Noah?"  Dia toleh sekilas sebelum bangun dari baringan.Semakin berkerut dahiku melihat pelbagai jenis ubatan yang berselerak di dalam laci ini. Mahu bertanya tapi mungkin bukan masa yang sesuai.

"Dalam kotak biru tu." Tanpa banyak kata aku terus mengambil ubat itu dan dihulurkan kepada Noah. Terkedip-kedip mataku mellihat Noah. Dia telan ubat macam telan gula-gula. Air pun tak diteguk.

"A...air." Tak apalah Ulyana. Ubat dia dah selamat masuk dalam perut. Noah pandang air kosong di tanganku .

"Aku tak perlukan air...aku perlukan isteri aku." Selamba sahaja dia menarik tubuhku naik ke atas katil . Nasib baik tak tumpah air ni.Teguk liur aku apabila Noah merangkul erat pinggangku. Amboi! Sakit-sakit pun mengada.

"Lapar tak?" Tanyaku sambil tangan seronok bermain dengan rambutnya. Noah geleng kepala. Dia bersembunyi disebalik leherku.

"Tapi saya  lapar..." Memang aku lapar pun. Asyik fikir pasal suami sampai lupa yang kita ni tak makan lagi. Noah mengintai sedikit dari ceruk leherku.

"Kau tak makan lagi?" Geleng kepala kemudian sengihan tak bersalah aku tayangkan. Noah menarik nafas panjang.

"Nak makan apa?" Jari telunjuk naik mengetuk dagu. Makan apa ya harini? Rasa macam lapar nasi tapi tak nak nasi. 

"Lapar tomyam." Noah mengangguk faham. Tangan dia naik memicit dahi. Eh pening ke?  Terus aku tolak tangan dia kemudian digantikan dengan tangan aku. Dia pandang aku tak puas hati.

"Awak ada isteri Noah. Kalau sakit cakap. Bolehlah isteri awak tolong." Bangga aku menyebut perkataan 'isteri'.

"Ehh ehh nak pergi mana pula?" Aku sengetkan kepala melihat Noah yang sudah bangun dari baringan. Dia kemudiannya bangun dari katil.

"Aku turun bawah kejap. Kau rehatlah mesti penat jaga aku kan." Noah masih lagi mampu tersenyum walaupun tengah tidak larat.

"Noah, cuba duduk diam-diam." Belum sempat aku mahu membebel dia sudah laju keluar dari bilik. Bertuah punya suami.

TERHENTI langkahku apabila hidung dapat menghidu bau sesuatu. Kening aku garu.Bau apa yang sedap sangat ni?

Krukk

Krukk

Alamak! Perut sudah berdentum dentam mahu makanan. Aku intai disebalik tangga. Kelihatan tiada siapa di tingkat bawah. Mana Noah? Berlari aku menuruni tangga. Dapur, menjadi tujuan utama. Terkejut aku melihat Noah yang berapron tanpa baju. Masya-Allah.

NOAH ASHER (COMPLETE)Where stories live. Discover now