TUAN ANIQ 01

3.1K 93 2
                                    

"Weh anak haram!" sapa Luqman seraya menunjal kepala si budak lelaki yang sedang makan. Budak lelaki itu tersentak. Suapan nasi yang tadinya terasa enak kini terasa berpasir. Tertera jelas tag nama di baju seragamnya.

Faeyz Fiqkri.

Arif dan Hairul masing-ii mengambil tempat di kanan dan kiri Fiqkri. Bahu budak lelaki tersebut dirangkul Arif dengan senyuman sinis.

Suasana di kantin sekolah SMK Taman Widuri sepi seketika. Masing-ii fokus memandang ke arah Luqman dan kawan-ii nya yang sedang mengganggu Fiqkri.

"Anak haram, mana boleh makan makanan halal!" bisik Arif dengan keras lalu menepis pinggan nasi tersebut sehingga terpelanting ke dinding.

Luqman tersenyum sinis. Fiqkri kelihatannya menunduk merenung meja dengan wajah kosong.

"Kau tak malu ke satu sekolah tahu kau tu anak haram?" provok Luqman dengan senyuman sinis.

"Kalau aku jadi kau, aku dah berhenti sekolah dah." bisik Hairul sambil mencengkam kuat kolar bahagian belakang Fiqkri.

Fiqkri memejam rapat matanya sambil mengetap bibir menahan rasa. Kata-ii cacian dari Luqman, Arif dan Hairul cuba dihiraukan.

"Kau rasa-ii kan..."

Arif mendekatkan bibirnya ke cuping telinga Fiqkri.

"Dah berapa ramai jantan pernah pancut dekat mak kau?" Arif kemudiannya ketawa apabila wajah Fiqkri mulai berona merah.

Bengang. Sungguh, dia bengang.

"Yang pancut luar okay lah selamat." Luqman menyimbah lagi minyak ke dalam api.

"Yang pancut dalam tu yang keluar kau kan?" sambung Hairul lalu ketiga-tiga remaja lelaki berusia 17 tahun itu ketawa berdekah.

Namun, dengan tiba-ii Fiqkri bangun menegak. Matanya tajam merenung Luqman. Ketinggian yang sama paras menyebabkan renungan mereka saling menikam.

Luqman tersenyum sinis.

"Anak pelacur." ucap Luqman dengan nada suara yang perlahan namun keras.

Fiqkri kelihatannya sudah mencapai tahap kesabaran yang terakhir. Dia kemudiannya menolak kuat dada rakan sekelasnya itu sehingga terlentang ke atas meja.

"Weh Luqman!" Arif bingkas bangun lalu menarik Fiqkri menjauhi Luqman.

"Berlagak kuat eh kau!" Hairul terus menghimpit Fiqkri ke dinding sebelum satu penumbuk dilayangkan ke rahang kiri.

Luqman kemudiannya bangun. Dia terus merapati Fiqkri dan Hairul. Hairul ditolak kasar ke tepi agar memberi ruang buatnya.

Fiqkri yang masih menahan sakit di rahang tidak sempat untuk mengelak apabila Luqman terus menyerangnya dengan tumbukan padu pada perutnya.

"Argh!" Fiqkri tertunduk menahan sakit di perutnya.

"Kau baliklah Fiq! Anak haram tak payah belajar kat sekolah!" Arif menunjal kuat kepala Fiqkri.

"Baik kau pergi belajar kongkek dengan mak kau." tambah Hairul. Dan sekali lagi ke tiga-ii mereka ketawa berdekah.

"Anak haram bodoh!" Luqman menendang tong sampah yang berada berdekatan ke arah Fiqkri sebelum mereka bertiga berlalu dari situ meninggalkan Fiqkri yang masih terduduk menahan sakit.

"Fiq!"

Fiqkri mendongak memandang gerangan yang memanggil namanya. Kelihatan seorang gadis remaja seusianya sedang berlari anak ke arah dirinya.

"Fiq, Fiq okay tak?" soal gadis itu dengan nada cemas sambil membantu Fiqkri bangun. Baju Fiqkri kelihatan berantakan akibat pergaduhan tadi.

Fiqkri hanya diam bersandar pada dinding sambil menyentuh rahangnya yang sakit akibat ditumbuk Hairul. Bibirnya mengalami luka kecil dan mengeluarkan sedikit darah.

"Fiq, jom." si gadis terus memimpin Fiqkri pergi meninggalkan kantin yang telah pun kembali bising seperti sediakala.



🌹



Daniel merenung Aeisya yang sedang pulas tidur di sisinya. Seribu satu rasa bersarang di hatinya. Sudah hampir 17 tahun berlalu sejak hari itu.

Dia kemudiannya beralih merenung ceiling. Rahsia besar yang disembunyikan daripada isteri dan anak-ii nya masih tersemat kemas.

Daniel mengeluh berat. Dia kini dihimpit rasa bersalah dan menyesal di atas tindakannya 17 tahun yang lalu. Dia kini runsing. Runsing memikirkan apa yang patut dia lakukan untuk membetulkan semuanya semula.

"Ya Allah, macam mana ni?" bisik Daniel perlahan.

Dia kemudiannya mengimbas kembali pertemuan tanpa sengaja dirinya dengan seseorang siang tadi.

"Zul?"

Daniel memandang tidak berkelip lelaki berpakaian compang-camping yang sedang berdiri di hadapannya kini.

Lelaki yang dikenali sebagai Zul itu turut merenung Daniel. Masing-ii terkelu untuk memulakan bual bicara.

Daniel merenung Zul dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Pakaiannya koyak-ii dan lusuh. Kulitnya berdaki tebal dan dipenuhi kudis-ii yang mengeluarkan darah serta bernanah.

Tubuhnya kurus kering. Rambutnya yang separas bahu itu juga kusut dan kotor.

"Danny.." Zul kelihatannya mengenali Daniel. Daniel kemudiannya menghela nafas lega apabila lelaki itu masih mengecam dirinya.

Itu berarti, lelaki bernama Zul itu masih waras.

"Apa dah jadi?" soal Daniel prihatin. Terpancar jelas riak wajah risaunya.

Zul tertunduk.

Daniel dan Zul kemudiannya melanjutkan perbualan mereka di tempat yang lebih sesuai. Dia duduk di sisi Zul tanpa rasa jijik dan sabar menanti penjelasan daripada lelaki itu.

"Aku positif HIV." Zul memulakan bicara.

"Balasan Tuhan atas dosa maksiat aku mungkin." Zul tersenyum pahit.

Daniel tersentak.

Zul dan dirinya telah lama berkawan baik. Persabahatan dari bangku sekolah telah membawa ke alam dewasa. Lelaki itu juga merupakan salah seorang business partner semasa dia masih aktif dalam kongsi gelapnya dahulu.

"Qisya?" soal Daniel. Qisya merupakan isteri kepada Zul. Setahunya Zul sangat menyayangi Qisya. Apa yang sudah terjadi dengan rumah tangga mereka?

"Dia dah halau aku." Zul tertunduk merenung ke bawah. Bebola matanya kelihatan merah seperti sedang menahan tangis.

"Dia marah sangat bila dapat tahu semua kerja kotor aku." Zul menelan liur kesat.

"Dan disebabkan aku, dia positif HIV." Zul mengeluh berat.

Daniel hanya diam mendengar butir bicara Zul.

"Aku menyesal Danny." luah Zul lalu teresak-esak menangis.

"Budak tu?" Daniel merenung Zul dengan penuh mengharap.

"Dia dengan Qisya tapi.."

"Tapi apa?" soal Daniel tidak sabar.

"Tapi aku tak tahu apa dah jadi dengan diorang sebab setahu aku, Qisya tengah tenat sekarang." Zul merenung Daniel.

Daniel banyak membantunya di ketika dulu. Ke dua-ii mereka juga telah menyimpan satu rahsia besar daripada isteri dan anak mereka.

Daniel merengus perlahan.

"Aku menyesal. Aku nak betulkan semuanya balik. Aku tak nak Aeisya marah dan benci dengan aku." ujar Daniel dengan pandangan redup.

Zul mengangguk faham.

"Aku boleh bawak kau jumpa Qisya dengan budak tu." Zul tersenyum kelat memandang Daniel.

TO BE CONTINUE

TUAN ANIQWhere stories live. Discover now