TUAN ANIQ 11

1.6K 87 19
                                    

"Kau ni kenapa hah? Baru kerja dah buat perangai!" Sabrina menghempas fail hitam setebal 3 inci pada meja Aeyra.

Aeyra hanya menunduk merenung lantai. Dia tidak tahu harus berkata apa. Fail yang telah siap semalam tiba-ii sahaja hilang. Kertas kerja turut hilang entah ke mana. Dia kebingungan kerana seingatnya, dia sudah 90% siap sebelum ketiduran.

"Ina, sudahlah. Kenapa nak marah dia? Itu kan kerja kau!" Sarah muncul membela Aeyra.

"Kau tak payah masuk campur boleh?" Sabrina menjeling tajam.

Sarah mengeluh kecil. Dia kemudiannya beredar ke tempatnya semula menyambung kerja.

"Aku tak kira! Kau siapkan sebelum Tuan Aniq masuk!" arah Sabrina.

"Kau dengar tak aku cakap ni?" Sabrina menunjal kepala Aeyra apabila gadis itu hanya diam tidak berkutik.

"D-dengar kak." jawab Aeyra perlahan. Air matanya mula bergenang di kelopak mata.

Sabrina merengus kasar sebelum beredar ke mejanya semula. Sekeping fail biru setebal 2 inci dicapai lalu dicampak ke wajah Aeyra namun belum sempat fail tersebut menyentuh wajah Aeyra, fail tersebut terlebih dahulu disambut seseorang.

Aeyra mendongak memandang si pemilik tangan dan serentak itu, tubuhnya terus menegak. Terketar ketar bibirnya memandang Aniq yang sedang merenung dirinya.

Sabrina sudah terketar-ketar berdiri di sisi mejanya sementara yang lain-ii menunduk rapat ke meja berpura-pura fokus dengan kerja masing-ii.

Wajah Aniq kelihatan tegang. Aeyra menelan liur.

Aniq kemudiannya mencampak fail biru tersebut ke dinding sehingga bertaburan isi dalamnya. Bunyi yang dihasilkan agak kuat sehingga terhincut bahu masing-ii.

"Aku nak fail tu dan yang lain-ii siap sebelum kau balik petang ni." Aniq mengeluarkan arahan sambil matanya tajam merenung Sabrina.

"Kalau tak, fail tu aku campak ke muka kau pulak." Aniq kemudiannya berlalu masuk ke ruangan pejabatnya. Sarah terus membuntuti langkah lelaki tersebut.

Aeyra terkulat kulat memandang Sabrina yang sedang mengutip helaian kertas dan fail biru yang dibaling Aniq sebentar tadi.

"Aeyra, Tuan Aniq panggil masuk." beritahu Sarah yang baru sahaja selesai menyerahkan tugasannya kepada Aniq untuk ditandatangani.

"Baik, kak." Aeyra kemudiannya mengesat sisa air matanya sebelum berlalu masuk.

Dia berdiri tegak di hadapan Aniq menunggu bual bicara lelaki tersebut.

"Aku cakap apa 2 hari lepas?" soal Aniq serius.

Aeyra terkulat kulat. Dua hari lepas? Apa dia cakap? Entahlah. Tak ingat.

"Kau kat sini, PA aku. Bukan kuli diorang!" herdik Aniq sehingga terhincut bahu Aeyra.

Aniq bangun dari duduknya. Aeyra dirapati. Dagu Aeyra dipaut agar memandangnya.

"PA aku bermaksud, layan aku SAHAJA." Aniq merenung anak mata Aeyra sedalam dalamnya.

Aeyra menelan liur. Gerun dengan Aniq. Lelaki itu mempunyai aura dingin dan bengis yang luar biasa sehingga membuat dirinya tidak mampu melawan.

Aniq kemudiannya melepaskan dagu Aeyra.

"Lagi satu, siapa buat roti ni?" soal Aniq seraya menunjukkan sepiring roti putih berintikan peanut butter.

"S-saya tuan." jawab Aeyra takut-ii. Kata Sarah dia perlu menyediakan sarapan untuk Aniq setiap pagi kerana lelaki tersebut menghidap gastrik.

Sepatutnya dia membeli di luar sahaja tetapi dia tidak sempat pagi tadi kerana sudah terlewat bangun. Jadi, dia sediakanlah roti peanut itu.

"Ambil balik. Aku allergic kacang." arah Aniq lalu duduk di kerusinya menyambung kerja.

Aeyra tersentak.



🌹



Aeyra termenung sendiri di hentian bas. Terimbau semula kenangan-ii manis bersama Fiqkri. Meskipun Fiqkri agak dingin dan sering menghiraukannya namun, lelaki itu masih baik dengannya.

Momen-ii bersama lelaki itu tetap indah walaupun dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dulu, dia pernah membawakan lelaki itu sarapan. Hanya sarapan yang mudah. Roti yang disapu mentega kacang.

Namun, Fiqkri menolak pemberian tersebut kerana dia mempunyai alahan terhadap kacang.

Dia mengeluh perlahan. Dia benci persamaan yang dimiliki Aniq. Ini kerana, hal itu membuatkan dirinya teringat-ingat akan Fiqkri yang entah di mana sekarang.

Aeyra benci kenyataan di mana dia tidak dapat melupakan lelaki itu apatah lagi mengusirnya dari kamar hati.

Keluhan kasar terbit. Tadi petang, abang kepada Tuan Aniq ada datang bertandang ke pejabat. Kalau tidak silap, Izz Aydan.

Lelaki itu kelihatan ramah dan mesra sekali dengan staff di pejabat. Jauh berbeza perangainya dengan Izz Aniq.

Lama Aeyra termenung sendirian sehingga tidak sedar dirinya sedang diperhatikan.

Aeyra kemudiannya mendongak memandang jalan raya yang sesak dengan kenderaan lalu lalang. Tiba-ii matanya terperasan akan sebuah kereta putih yang berhenti di bahu jalan tidak jauh dari tempatnya menunggu.

Cermin tingkapnya gelap menyebabkan Aeyra tidak dapat melihat pemandu dan penumpangnya. Perasaannya menjadi tidak enak.



🌹



Arif menggaru kepala yang tidak gatal. Suara si pemanggil kedengaran lantang bersuara.

"Aku sudah bagi kau 8 bulan masa tau! Kau nak berapa lama lagi? Kau jangan cari masalah Arif!" tengking suara lelaki cina yang lancar berbahasa melayu namun kedengaran sedikit pelat.

"Tak Kelvin, aku.."

"Kau ingat Arif! Hujung minggu ni hari last aku bagi masa! Kalau kau tak bayar, kau punya adik, aku angkut sini." Kelvin memberi kata putus sebelum menamatkan panggilan.

Arif tercengang. Matanya beralih memandang kalendar yang tergantung di dinding kedai. Hari ini, hari Khamis. Bermakna, dia hanya mempunyai 3 hari untuk melangsaikan hutang.

Sememangnya ini salah dirinya. Dia terdesak untuk menggunakan wang untuk menampung biaya kuliah Aeyra. Disebabkan dia menemui jalan buntu, dia terpaksa meminjam dari Ahlong.

Akibatnya, dia sekarang terpaksa menanggung bunga yang banyak. Dengan dirinya yang hanya berkerja sebagai pengurus di restoran nasi ayam, The Chicken Rice Shop, mana mungkin dia boleh membayar hutang tersebut. Gajinya hanya cukup-ii untuk membayar bil-ii rumah dan makan minum dia serta adiknya.

Kelvin sudah mulai mengugut mahu menjadikan Aeyra sebagai 'perempuannya' jika Arif tidak mampu untuk membayar semula hutang.

Arif buntu. Aeyra merupakan satu-ii nya adik yang dia punya. Dia sayangkan amanah arwah ibu dan ayahnya itu. Mana mungkin dia boleh menyerahkan Aeyra bulat-ii kepada Kelvin.

Tak akan dia nak biarkan Aeyra menanggung silap yang dilakukannya.

"Sir, customer meja 10 nak split bil." beritahu salah seorang staff yang segak berkemeja merah sebelum berlalu pergi.

Arif tersedar dari lamunannya. Dia kemudiannya terus berlalu ke kaunter pembayaran tanpa banyak bicara.

TO BE CONTINUE

TUAN ANIQWhere stories live. Discover now