TUAN ANIQ 07

1.2K 70 4
                                    

you anggap je lah logik walaupun nampak insane . if you nak 100% real , I sarankan you baca newspaper . itu pun still kena gula-ii dengan kerajaan lol

Aeyra menarik nafas panjang lalu dihela perlahan. Dia cuba meredakan rasa gemuruhnya. Bebola mata berputar melihat calon-ii interviu yang lain.

Dia kini di salah sebuah syarikat terbesar di Asia Tenggara. Bangga dirinya apabila dipanggil untuk sesi temuduga. Almaklumlah bukannya senang nak masuk dalam senarai pendek.

Dalam beratus resume yang dihantar kepada mereka, hanya 20 yang terpilih dipanggil untuk temuduga.

Dia kemudiannya merenung tulisan bersimpul yang tertera di dinding tersebut.

Mikhael Holdings

"Siti Suraya."

Aeyra hanya memandang calon yang dipanggil masuk ke bilik pejabat. Gadis bernama Suraya itu kelihatan agak seksi untuk temuduganya.

Mini skirt hitam bersama lace blouse putih dan stilleto merah. Rambut perangnya dibiar bebas tanpa ikat.

Suraya melangkah masuk ke bilik pejabat tersebut. Kelihatan seorang pemuda kacak sedang duduk di egronomik chair menyemak resume.

"Selamat pagi tuan." Suraya mengucapkan selamat berserta senyuman manis. Dia berdiri tegak di hadapan pemuda tersebut menanti arahan.

Pemuda itu kemudiannya mendongak memandang calon interviunya. Bebola matanya merenung atas dan bawah beberapa kali sambil tangannya menggaru lembut dagunya yang bersih.

Dia kemudiannya merenung resume di tangannya sebelum beralih memandang Suraya semula.

"My first question." pemuda tersebut merenung tajam Suraya yang sudah pun kelihatan tidak senang dengan sikap dinginnya.

"Why are you wearing this for your interview?" soalan tersebut dilontar dengan nada suara yang mendatar namun cukup untuk melemahkan semangat.

Suraya menelan liur.

"Erk.." Suraya bingung untuk memberi jawapan. Dia hanya mampu diam.

"Failed. Out."

Suraya mengetap bibir. Macam tu je interview? Seriously? Terkebil kebil matanya memandang pemuda tersebut

"Are you deaf or what?" soal si pemuda tersebut apabila Suraya masih kekal berdiri.

Suraya tersedar daripada lamunannya apabila disergah sebegitu.

"M-mintak maaf tuan." ucapnya kalut-ii sebelum berlalu keluar dengan perasaan sebal.

"Next. Aeyra Aralyn."

Aeyra melangkah masuk apabila namanya dipanggil. Nafas panjang ditarik. Relax Aeyra! You can do it!

Dia berdiri tegak sambil cuba meredakan gemuruhnya sendiri. Matanya merenung susuk tubuh tegap berkemeja putih yang sedang kusyuk menyemak resume milik dirinya.

Pandangan matanya kemudian jatuh memandang papan nama di atas meja hitam berkilat tersebut.

CHIEF FINANCIAL OFFICER (CFO)
IZZ ANIQ MIKHAEL

Aeyra mengemam bibirnya sendiri apabila mata tajam pemuda kacak tersebut merenung dirinya dari atas hingga bawah.

"Selamat pagi tuan." ucapnya lekas-ii apabila menyedari dia hanya masuk seperti seekor kerbau tanpa ucap selamat.

Aeyra terkebil-kebil memandang Aniq. Wajah pemuda tersebut mirip sekali dengan seseorang yang dikenalinya dulu. Mungkinkah adik beradik? Atau cuma pelanduk dua serupa?

Aniq merenung Aeyra yang berdiri tegak di hadapannya. Tidak disangka gadis yang melanggarnya di lapangan terbang tempoh hari adalah Aeyra Aralyn.

Banyak perubahan yang agak ketara dapat dilihat. Tubuhnya semakin membentuk sesuai dengan peningkatan umur yang menginjak daripada remaja ke dewasa.

Rambut pendeknya yang dulu hitam pekat kini telah panjang melepasi bahu dan dicat. Jika semasa terserempak di lapangan terbang hari itu, rambutnya merah seakan strawberi namun harini telah bertukar ke merah tembaga.

Mungkin gadis itu menukar warna untuk menyesuaikan penampilan untuk temuduga ini.

Dia agak teruja kerana dapat berjumpa dengan gadis itu semula namun perasaannya menjadi bolak-balik apabila menyedari Aeyra adalah adik kepada Arif, lelaki yang sangat dibencinya.

Aeyra mula berasa janggal apabila Aniq langsung tidak membuka mulut. Hampir 5 minit berlalu.

The silence is too loud.

Aniq sedar Aeyra tidak mengenali dirinya lagi memandangkan dia bukan lagi Faeyz Fiqkri tetapi Izz Aniq Mikhael.

"So, why copper red?" Aniq bersuara juga akhirnya.

Aeyra terpinga-pinga dengan soalan tanpa diduga Aniq. Terbelit lidahnya hendak menjawab. Why Aeyra why? Why copper red?

"Erk.." Aeyra terkelu.

"And, why baju kurung?" Aniq merenung menanti jawapan.

Aeyra menelan liur. Pertama kali dia datang interview, di ditanya mengenai penampilan. Sebelum ini interviewer yang ditemuinya semua bertanyakan perihal pengalaman kerja, latar belakang dan sebagainya.

Tapi yang ini, adumak!

Sungguh!

Dia tiada jawapan. Dia memilih merah tembaga untuk warna rambut dan memakai baju kurung pada hari ini tanpa sebab yang spesifik. Dia memakai hanya kerana dia rasa dia nak pakai. That's all.

"Saya suka baju kurung, tuan." tipu Aeyra.

Terjongket kening sebelah kanannya mendengar jawapan Aeyra.

"Saya jugak suka copper red." hentam je lah labu asalkan ada jawapan.

Aniq merengus perlahan sebelum matanya tertancap semula pada resume Aeyra.

"No work experience so what can I expect from you?" soal Aniq serius.

Aeyra meneguk liur. Jawatan yang dipohon hanyalah personal assistant tetapi soalanya seperti memohon jawatan executive marketing.

"Saya.." Aeyra tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila Aniq terus memintas.

"Boleh outstation?"

"Boleh, tuan."

"Pandai buat air?"

"Pandai, tuan."

"Boleh ikut semua arahan?"

"InshaAllah boleh, tuan."

Aeyra menarik nafas panjang apabila dia tiba-ii disoal bertubi-tubi. Wajah serius Aniq yang masih setia merenung resume dipandang geram.

"Ok. You can start by tomorrow." putus Aniq.

Aeyra tercengang. Mata bulatnya membesar akibat terkejut dengan keputusan Aniq.

"B-baik tuan! Terima kasih." Aeyra menunduk sedikit sebelum menapak pergi. Dia kekal dengan reaksi bersahaja sebelum meraikan kejayaannya di luar pejabat Aniq.

"Yes dapat kerja!"

Macam tu je lulus interview? Pelik tapi.. Biarlah asalkan dapat kerja! Yeay! Kena bagitahu abang ni!

TO BE CONTINUE

TUAN ANIQWhere stories live. Discover now