TUAN ANIQ 05

1.2K 76 5
                                    

Tit!

Tit!

Tit!

Bunyi yang dihasilkan oleh mesin tersebut menggangu tidurnya yang lena. Kelopak mata dibuka perlahan-lahan sambil bebola matanya bergerak-gerak memandang sekeliling.

Ruangan serba putih tersebut kosong dan lengang. Hanya bunyi bip dari mesin kedengaran. Hidungnya dilengkapi topeng oksigen manakala tangannya dicucuk dengan jarum yang dihubungkan dengan glukosa.

Fiqkri ingin bangun dari pembaringannya namun dia tidak berdaya. Tubuhnya terasa lemah dan tidak mampu untuk bergerak sendiri.

Dia kemudiannya merenung ceiling serba putih di atasnya sambil cuba mengingati kejadian yang menimpa dirinya sehingga dia berakhir di sini.

Kejadian dia ditolak oleh Arif sehingga jatuh ke dalam parit terlayar kembali di ruangan minda. Fiqkri merengus perlahan. Dia hanya mampu pasrah dengan nasib dirinya.

Fiqkri memejam matanya semula apabila kepalanya terasa pusing. Baru beberapa saat, matanya terbuka kembali apabila mendengar bunyi bukakkan pintu.

Dia memandang ke arah pintu ward. Figura seorang wanita yang tidak dikenalinya masuk lalu merapatinya.

"Adik dah sedar?" tegur Aeisya dengan mata yang bersinar. Senyuman gembira terukir di bibirnya.

Fiqkri bingung memikirkan siapakah gerangan wanita tersebut.

Tanpa berlengah, Aeisya terus memanggilkan doktor bagi memeriksa keadaan Fiqkri.

Bacaan nadi dan denyutan nadi diperiksa terlebih dahulu. Doktor itu kemudiannya memeriksa pula kadar kepekatan oksigen pada patient monitor bagi memastikan Fiqkri mendapat oksigen dengan baik.

Keadaan Fiqkri agak teruk. Kulit kepalanya terpaksa dijahit kesan daripada hentakan pada batu manakala tangan kanannya patah.

Fiqkri juga mengalami kesukaran untuk bernafas kerana banyak air memasuki paru-ii nya.

Doktor itu kemudiannya bertanyakan beberapa soalan bagi memastikan ingatan Fiqkri masih lagi ada ataupun tidak.

"Keadan dia stabil. Sekarang cuma tunggu luka-ii dia pulih je lah." terang doktor tersebut kepada Aeisya sebelum keluar.

Aeisya merapati Fiqkri. Dia merenung anak malang itu. Satu keluhan berat dilepaskan.

Fiqkri dijumpai setelah semalaman di dalam parit tersebut. Mujurlah umurnya panjang. Aeisya mengucapkan rasa syukurnya.

Namun kini, ada satu berita buruk yang dia harus sampaikan kepada Fiqkri. Aeisya tidak tahu dimana harus dimulai.

"Fiqkri.." Aeisya menyentuh lembut tangan Fiqkri sambil merenungnya dengan pandangan redup.

Fiqkri hanya diam namun matanya setia memandang Aeisya menunggu butir bicara wanita itu.

"Ibu dah tak ada." perlahan seolah olah tidak terkeluar dari peti suara.

Fiqkri terkedu.

"Ibu!" Fiqkri ingin bangun dari pembaringannya namun ditegah Aeisya.

"Sabar Fiqkri! Fiqkri tak sihat lagi!" Aeisya lekas menahan anaknya itu daripada bangun.

"Saya nak tengok ibu! Tolonglah!" rintihnya dengan air mata yang mula bergenang di kelopak mata.

Jika benar ibunya sudah tiada, biarlah dia menatap wajah wanita itu buat kali terakhir.

"Ibu dah meninggal 4 hari lepas. Dah dikebumikan dah. Nanti lepas Fiqkri sihat baru kita pergi lawat ye?" beritahu Aeisya.

"Tipu! Semalam ibu ada!" Fiqkri menafikan kenyataan tersebut.

"Fiqkri.."

"Fiqkri dah 4 hari tak sedarkan diri. Fiqkri jatuh 4 hari lepas. Bukan semalam." terang Aeisya.

Fiqkri terpempan.



🌹



Fiqkri merenung batu nisan yang tertera nama ibunya, Qisya Amina binti Abdul Halim. Air matanya jatuh menitik membasahi pipi. Tanah merah yang digembur tinggi diramas perlahan.

Hatinya diruntun perasaan ralat kerana hanya dapat menziarah kubur ibunya selepas 2 minggu. Dia kini telah dibenarkan pulang dan hanya perlu membuat pemeriksaan tangannya yang patah setiap bulan.

"Arif!" Fiqkri mengetap bibir menahan amarahnya.

Jika tak kerana Arif yang menolaknya jatuh, pasti dia dapat melihat wajah ibunya buat terakhir kali dan dia semestinya dapat membantu menguruskan jenazah ibunya.

Daniel kemudiannya duduk mencangkung di sisi Fiqkri. Bahu anak lelaki itu diusap lembut menyalurkan semangat.

Fiqkri kemudiannya tertunduk merenung tanah. Tidak cukup dengan itu dia dikejutkan pula dengan satu lagi kebenaran yang lebih pahit iaitu Qisya dan Zul bukanlah ibu bapa kandungnya.

Persoalan mengapa dirinya berbinkan Abdullah kini terjawab. Namun, dia tetap juga menyayangi mereka yang telah membesarkan dirinya selama ini. Dia tiada alasan untuk membenci sesiapa.

Zul melakukannya kerana menyayangi Qisya. Daniel pula bersetuju kerana mengasihani sahabatnya. Aeisya pula hanya mengetahuinya sekarang.

Setelah hampir sejam Fiqkri termangu berseorangan di kubur ibunya, dia pun bangun. Langkah diatur mendekati Daniel dan Aeisya yang sedang menunggu dirinya di bawah pohon rendang.

Fiqkri merenung wajah lembut Aeisya. Wanita itu tersenyum manis memandangnya. Di sepanjang 2 minggu dia di hospital, Aeisya menjaganya dengan rapi sekali.

Tidak dinafikan wanita amat sempurna sebagai seorang emak. Aeisya menyentuh lembut wajah Fiqkri. Hatinya dihurung resah apabila melihat wajah mendung Fiqkri.

"Nanti kita buat kenduri doa arwah untuk ibu ya?" Aeisya tersenyum nipis lalu menarik Fiqkri agar merapatinya.

Fiqkri yang masih lagi merasa kehilangan seorang ibu terus mendakap erat tubuh Aeisya. Meskipun dia seorang lelaki, dia tidak kuat untuk kehilangan insan bergelar ibu.



🌹



Fiqkri merenung kelasnya buat kali terakhir. Dia akan berpindah atas arahan Daniel.

Pandangannya kemudian beralih memandang seorang pelajar perempuan yang sedang merenungnya dari tingkat 1.

Aeyra.

Gadis itu kelihatan sedih. Fiqkri direnung dengan kelopak mata yang mula digenangi air mata.

Fiqkri mengeluh berat. Jauh di sudut hatinya dia merasa bersalah terhadap Aeyra atas kejadian yang berlaku tempoh hari di blok belakang. Semua salahnya kerana gagal mengawal nafsu.

Kasihan Aeyra. Dia hanyalah gadis polos.

Daniel turun dari pejabat pengetua setelah urusan pertukaran sekolah Fiqkri selesai. Fiqkri yang sedang merenung ke tingkat 1 dipandang pelik. Dia kemudiannya memandang ke arah yang sama.

"Nak jumpa dia dulu ke?" soal Daniel.

Fiqkri menoleh memandang Daniel. Papanya itu membuat isyarat agar Fiqkri pergi mengucapkan selamat tinggal.

Dia menoleh memandang Aeyra semula. Gadis itu polos dan baik namun malangnya dia punya abang sekejam Arif.

Fiqkri mengetap bibir apabila teringatkan tentang Arif. Dia kemudiannya terus berlalu. Dia tiada hati untuk berjumpa Aeyra meskipun gadis itu baik dengannya kerana di hatinya kini menyimpan dendam terhadap si abang.

TO BE CONTINUE

TUAN ANIQWhere stories live. Discover now