TUAN ANIQ 18

879 60 1
                                    

Aeyra merenung skrin tv dengan mata yang berkaca kaca.

GADIS HILANG BELUM DITEMUI

"Mangsa dipercayai diculik oleh sindiket pinjaman wang tanpa lesen . Jelas abang mangsa, dia gagal membayar pinjaman yang bernilai 11 ribu ringgit telah menyebabkan sindiket tersebut menculik adiknya sebagai tebusan. Namun, sehingga kini tiada panggilan mahupun ugutan diterima dari pihak penculik."

Aeyra menoleh apabila terdengar bunyi pintu utama di buka. Muncul Aniq bersama bungkusan makanan di tangan.

Aniq menapak mendekati Aeyra.

"Makanlah dulu." bungkusan makanan diletak di atas meja. Dia kemudiannya ingin berlalu pergi.

"Tuan Aniq tak makan ke?" soal Aeyra. Mata polosnya merenung Aniq.

"Kau makanlah dulu. Aku nak mandi." Aniq terus berlalu ke biliknya.

Aeyra menoleh memandang nasi goreng yang dibeli Aniq. Satu keluhan terbit. Ingatannya menerawang memikirkan keadaan Arif yang sedang risau akan dirinya.

Hari ini, sudah masuk 3 hari dia menghilang. Dia kononnya diculik oleh ahlong yang meminjamkan wang kepada abangnya namun dia sebenarnya melarikan diri bersama Aniq.

3 hari lepas..

Dia sedang berjalan dari kedai serbaneka yang terdapat di hospital tersebut. Ketika dia dalam perjalanan untuk pulang ke ward, mulutnya ditekup oleh seseorang dari belakang.

Kebetulan dia melalui kawasan taman yang gelap. Tiada saksi kerana ketika itu sudah hampir jam 10 dimana pagar ward akan ditutup jadi kebanyakkan penghuni masing-ii sudah bersedia di katil masing-ii.

Dia diheret ke kawasan parkir dan disaat itu, penculik seramai 4 orang itu diserang seseorang yang berjaket hitam. Dia turut mengenakan topi dan mask berwarna hitam.

Dia memukul keempat empat penculik tersebut dan dia turut cedera kerana diserang namun berjaya juga menyelamatkan Aeyra.

Aeyra kemudiannya menyedari lelaki itu adalah Aniq dan dia dibawa pergi dari situ.

Dia dibawa ke Cameron Highlands dan menumpang di apartment milik Aniq sementara keadaan di sana reda.

Aniq memberitahu bahawa dia akan terus diburu selagimana Arif belum menyelesaikan hutang.

Namun, Aeyra pelik mengapa Aniq berada di situ sedangkan lelaki itu tidak pernah sekalipun menjenguknya.

Sepanjang 3 hari juga Aniq asyik berkurung berseorangan. Hanya keluar membeli makanan dan akhirnya terperuk berseorangan.

Aeyra mengeluh kecil. Kepalanya disentuh perlahan. Hari ini kepalanya tidak lagi merasa sakit mahupun pusing seperti selalu. Nampaknya dia semakin pulih.

Aeyra kenudiannya berlalu ke dapur dan ketika dia melintasi kamar milik Aniq, dia terdengar suara erangan keras lelaki itu. Aeyra menjadi cemas.

Pintu kamar Aniq diketuk.

"Tuan Aniq ok tak?" soalnya.

Sepi. Tiada sahutan.

Aeyra cuba memulas tombol pintu dan ternyata tidak berkunci. Tidak menunggu lama, dia terus menerjah masuk.

Kelihatan Aniq sedang terduduk di muka pintu tandas sambil menekup luka di abdomen sebelah kirinya.

"Tuan Aniq!" Aeyra meluru ke arah Aniq. Dia panik.

Aniq merenung Aeyra yang kelihatan sangat risau melihat keadaan dirinya. Bibirnya tersenyum nipis. Persis dengan Aeyra yang dia kenali beberapa tahun yang lalu.

Gadis polos yang gopoh.

"Tuan Aniq tak pergi hospital ke? Nanti luka ni makin teruklah!" Aeyra membebel sambil melihat lihat luka tersebut.

"Kalau aku pergi mana-ii klinik atau hospital dekat sini, papa aku akan dapat jejak aku dekat mana. Aku tak nak." terang Aniq.

Daniel jelas sekali mempunyai kabel yang kuat dan meluas.

"Kita duduk sana.." Aeyra membantu Aniq bangun lalu memapahnya ke katil. Aniq dibiarkan terbaring di situ.

"Beratnya..." gumam Aeyra perlahan sebelum berlalu keluar.

Dia berlari anak menuju ke dapur. Kabinet almari semuanya diselongkar mencari kotak kecemasan.

Dia kemudiannya membersihkan luka Aniq lalu menyapu iodin. Aniq mengerang keras.

"Argh! Sakit! Pedih! Pedih! Tak nak!" Aniq menepis tangan Aeyra yang belum lagi selesai menyapu ubat. Kakinya melonjak lonjak tanda rasa pedihnya tidak dapat ditahan.

"Ish! Sabarlah sikit! Lelaki kan? Jadilah kuat sikit!" Aeyra mengomel. Tangan Aniq ditepis. Dia menyambung menyapu ubat.

Luka tersebut disebabkan oleh pisau yang dilibas oleh penculiknya tempoh hari. Aniq terluka kerana ingin menyelamatkan dirinya jadi dia perlu membalas budi!

"Eh cuba engkau yang kena! Kau pun menggelupur jugak!" Aniq tidak berpuas hati. Sememangnya dari kecil dia sangat anti dengan iodin.

"Takdelah. Saya kuat. Bukan macam Tuan Aniq." Aeyra mengejek Aniq yang penakut ubat.

Aniq memandang Aeyra dengan tajam. Banyak bunyi sangat mulut dia ni. Nak kena cium ke? Aniq tiba-ii tersenyum nipis apabila mengimbau kenangan di bawah tangga.

Ketika itu Aeyra polos namun menggoda pada masa yang sama sehingga membuat Aniq hilang pegangan imannya.

Aeyra kemudiannya selesai menyapu ubat. Dia mengemas peralatan yang digunakan dan beredar. Aniq dibiarkan berehat.

TO BE CONTINUE

TUAN ANIQWhere stories live. Discover now