TUAN ANIQ 08

1.2K 69 13
                                    

Aniq merenung langit malam yang dihiasi bintang-ii bersinar. Renungan tajamnya seolah olah dapat menembusi lapisan langit sehingga dapat melihat angkasa.

Aeyra Aralyn.

Keluhan kasar terbit. Gadis itu semakin cantik. Tidak dinafikan hatinya terusik dengan keayuan gadis tersebut namun akalnya menidakkan. Memori 8 tahun lalu masih segar di ingatan.

Dia masih ingat detik-ii dia dibuli oleh Arif, Luqman dan Hairul. Namun, yang paling menyebabkan dirinya sakit dan ralat adalah detik di mana dia ditolak Arif sehingga tidak sedarkan diri selama 4 hari.

Dek kerana itulah dia tidak dapat bersua dengan ibunya buat kali terakhir. Sungguh, sehingga kini hatinya dihimpit rasa tidak senang kerana dia tidak punya peluang untuk menguruskan jenazah wanita yang telah membesarkannya dengan penuh kasih sayang.

Wanita yang memberinya semangat apabila dicaci dan dihina masyarakat sekeliling. Wanita yang penuh dengan sikap keibuan, yang sangat-ii menghargai kehadiran dirinya di dunia ini.

Dia sedar Aeyra tidak bersalah namun, darahnya mendidih apabila mengingati gadis itu adalah darah daging Arif.

Agaknya, apa yang Arif lakukan sekarang? Kerja apa dia sekarang dan di mana tempat tinggalnya. Dia harus cari tahu! Untuk itulah dia mengambil Aeyra berkerja. Untuk menuntut kembali apa yang tidak selesai 8 tahun lalu.

Aku akan pastikan kau merana, Arif. Aku akan sakitkan kau melalui orang yang kau sayang supaya kau tahu apa yang aku rasa, apa yang aku pendam selama 8 tahun.

Tiba-ii memorinya memutar kembali kejadian di blok belakang sekolah 8 tahun lalu. Bibirnya tiba-ii mengoyak senyuman sehingga menampakkan sepasang gigi taringnya yang tajam.

Aeyra Aralyn. Gadis yang akan digunakan bagi menuntut dendamnya.



🌹



Aeyra merenung wajahnya melalui pantulan cermin. Solekan tipis dan gaya rambut yang simple dan kemas dikenakan.

Untuk hari pertama berkerja, dia memilih blouse biru muda bersama skirt putih batas lutut. Handbag Charles and Keith berwarna putih menjadi pilihan.

Dia kemudiannya menapak keluar dari bilik. Arif yang sedang menikmati sarapan dilintasi.

"Amboi wanginya!" tegur Arif sambil mengunyah biskut kering.

"Bukan macam abang. Bau belacan!" kutuk Aeyra sambil menyarung kasut tumit tingginya.

"Kau tak sarapan dulu ke?" soal Arif apabila melihat adiknya itu tergesa-gesa keluar rumah.

"Tak payahla." bosan hari-ii makan biskut kering. Naik kembang tekaknya.

3 tahun lalu, mereka berdua kehilangan orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, hidup mereka agak susah.

Mujurlah rumah keluarga mereka itu jatuh ke tangan Arif. Dapat jugalah mereka berlindung.

Akibat daripada itu juga, Arif terpaksa mengetepikan pengajiannya. Dia berhenti daripada kolejnya lalu berkerja bagi menampung kos belajar Aeyra dan makan minum mereka.

Dia hanya berkerja biasa. Hanya sebagai seorang pelayan restoran namun kini telah naik pangkat menjadi seorang supervisor.

Aeyra pula berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang akaun namun agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakannya itu hanya kerana dia tiada pengalaman kerja.

TUAN ANIQWhere stories live. Discover now