TUAN ANIQ 20

847 51 1
                                    

Arif duduk tersandar di atas rak di dalam stor tempat kerjanya. Penampilannya selekeh. Rambut yang tidak disisir rapi, kemejanya tidak digosok, bulu-ii halus dia wajahnya juga tidak dicukur bersih.

"Sir, Sir Roslan datang!" beritahu salah seorang staff sebelum mencicit pergi.

Arif tersedar dari mengelamun. Dia kemudiannya ingin melompat turun namun seseorang yang digelar 'Sir Roslan' itu tadi terlebih dahulu masuk menyergahnya.

"Hah Arif!" lelaki berusia lingkungan 40-an itu kelihatan tegas merenung Arif.

Arif menelan liur. Sudahlah kepalanya sedang berserabut, datang pula bala baru menimpa. Sir Roslan merupakan area manager. Ini bererti pangkatnya lebih tinggi dari Arif.

Memang sakit kalau ada yang tidak betul.

"Sir, saya..." Arif baru hendak bersuara namun lelaki itu terlebih dahulu memintas.

"Apa nak jadi dengan kamu ni Arif? Macam ni ke manager? Depan tak ada door person. Staff tak grooming. Kitchen staff tak pakai hairnet. Dengan glove pun tak pakai waktu buat order." Roslan memberi mukadimah.

Ya, itu baru mukadimah.

Arif menghela nafas perlahan.

"Tengoklah manager sendiri pun macam mana! Apa ni Arif? Stokin pun tak pakai? Kamu dah kerja berapa lama? Sebulan? Dua bulan? Takkan saya nak kena check kamu pulak hari-ii? Kalau macam ni bagus takpayah ada manager! Semua saya nak kena check sendiri" suara Roslan semakin meninggi.

Arif hanya mampu diam. Kata-ii lelaki itu tiada satu pun yang salah. Benar, itu semua tugas dan tanggungjawab yang dia sendiri abaikan.

"Arif, tolong jangan campur aduk awak punya hal peribadi dengan kerja ye... Jangan bagi alasan. Awak nak saya potong servis caj awak sampai tinggal negatif ke Arif?" Roslan merenung Arif dengan tajam.

"Bagus awak bagi saya surat resign lah Arif. Jangan buat saya pening. Jangan tambah kusut dan serabut kepala saya ni. Ramai lagi orang nak kerja."

Roslan kemudiannya merengus kasar sebelum beredar keluar meninggalkan Arif termanggu berseorangan.

Dia memejam rapat matanya sebelum menarik nafas panjang sebelum menghayun langkah keluar dari stor. Dia menapak ke ruang makan restaurant. Tadi baru bab 1. Bab seterusnya masih menanti.



🌹



Tania memandu dengan perasaan yang bercampur baur. Fiqkri memang dah melampau! Berani-ii nya lelaki itu memberitahu semua orang tentang keaiban dirinya!

Dia kini sudahpun dapat mengesan lokasi lelaki itu selepas mengupah orang untuk menyiasat.

"Ergh!" Tania menghentak stereng keretanya bagi melepaskan geram.

Dia kemudiannya membelok ke sebuah apartment mewah. Setelah kereta diparkir, dia membuka peti masuk mesej mencari cari nombor unit yang dihuni Fiqkri.

Setelah hampir 15 minit, baru dapat dia temui. Tanpa berlengah, loceng ditekan bertalu talu. Dia menekan tanpa henti.

Sementara itu, Aeyra di dalam berasa ragu-ii untuk membuka pintu namun bunyi loceng yang tidak henti-ii itu memekakkan telinga.

Aeyra mengintai di lubang. Girlfriend Aniq? Takutlah nak bukak! Kena serang kang?

Lagipun, boleh ke dia bukakkan pintu untuk tetamu? Dia bukannya tuan rumah. Aniq terkurung di dalam bilik kerana demam. Lemah betul lelaki itu!

Hm.. Kalau orang jahat? Tapi takkanlah perempuan tu jahat? Cantik je pakai tudung. Aeyra mengintai lagi dan Tania kelihatannya tidak berputus asa menekan loceng.

Tangannya sudah memegang handle pintu namun dia masih ragu-ii untuk menarik.

Dingdong! Dingdong! Dingdong! Dingdong!

Aeyra kemudiannya sudah tidak tahan dengan bunyi loceng tersebut lalu membuat keputusan untuk membuka pintu. Dia menarik nafas panjang sebelum menarik pemegang pintu.

Tania tergamam.

Aeyra hanya membatu merenung Tania di sebalik pagar besi.

"Oh? aku jahat? Habistu dia simpan perempuan baik sangatlah?" Tania berkata seorang diri. Matanya tajam merenung Aeyra dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Ye cik?" Aeyra terkebil kebil. Dia menyorok sebahagian tubuhnya disebalik pintu.

Dahi Tania berkerut memandang Aeyra. Bukankah dia...

"Wait, kau Aeyra kan? Adik Arif?" Tania merenung Aeyra seolah olah seperti ingin menelan gadis tersebut.

Aeyra terkedu apabila Tania mengenali dirinya.

"Cik kenal saya ke?" soal Aeyra dengan polos. Dia merenung Tania. Macam pernah nampak tapi dia lupa di mana.

Tania merengus sambil berpeluk tubuh.

"Tak sangka eh end up kau dapat jugak Fiqkri yang kau gila sangat tu." Tania berkata dengan sinis.

Aeyra terkebil kebil. Fiqkri? Tania tahu di mana Fiqkri sekarang?

"Fiqkri?" Dahi Aeyra berkerut kerut cuba menghadam kata-ii Tania.

Sudahlah gadis itu belum dicam. Ditambah pula dengan teka teki Fiqkri.

"Kau tak ingat aku Aeyra?" Tania ketawa kecil lalu menyentuh dahinya yang terasa ingin pecah kerana amarah yang semakin memuncak.

Aeyra masih merenung Tania dengan penuh tanda tanya.

"Bukak pintu ni. Biar aku terangkan dekat dalam. Kau tak kesian tengok aku?" Tania cuba memancing. Perutnya yang sudahpun sedikit membulat disentuh.

Aeyra memandang baby bump Tania. Dia kemudiannya cuba bersangka baik. Tidak mungkin wanita mengandung itu akan mengancam nyawanya lagipun dia sangat berminat untuk mendengar lebih lanjut apabila nama 'Fiqkri' diutarakan.

Pintu pagar dibuka membenarkan Tania masuk. Tania terus merempuh masuk. Bahu Aeyra dilanggar tanpa rasa bersalah. Dia melihat sekeliling apartment tersebut.

Bibirnya mengoyak senyuman penuh makna. Rumah mewah ini miliknya jika dia berjaya mendapatkan Fiqkri namun semuanya berantakan. Fiqkri tidak mahu memilih dirinya kerana sudah punya Aeyra dan dia kini menderita dihamili abang Aeyra.

Aeyra dipandang geram.

TO BE CONTINUE

TUAN ANIQWhere stories live. Discover now