TUAN ANIQ 19

856 54 4
                                    

Aeyra merenung pemandangan malam yang cantik dari balkoni biliknya. Bangunan-ii dengan lampu tampak indah meskipun langit mendung. Mungkin akan hujan sekejap lagi.

Dia sibuk memikirkan Aniq yang menyebalkan namun lelaki itu juga telah menyelamatkan nyawanya sebanyak 2 kali. Tempoh hari di kolam dan juga semasa dia hampir diculik.

Yang sebenarnya, dia keliru perasaan apa yang dia miliki. Mengapa dia merasa nyaman di sisi lelaki itu? Dengan mudah dia mengikut Aniq hingga ke sini tanpa sedikit pun ragu. Bukankah Aniq juga lelaki?

Lelaki adalah pemangsa bukan?

Dia kemudiannya terfikir akan Arif. Pasti abangnya itu sedang risau akan dirinya.

Keluhan kasar terbit. Aniq yang menghabiskan masa dengan berkurung menimbulkan tanda tanya. Lelaki itu tidak kerjakah?

Dia juga ada terperasan telefon pintar Aniq sentiasa dalam mood silent. Terdapat puluhan missed call yang langsung tidak diendahkan lelaki itu.

Ada lah dia curi-ii tengok waktu Aniq tinggal telefon dekat meja makan.

44 missed call from papa
33 missed call from aydan
29 missed call from fiq
55 missed call from betina meroyan
10 missed call from office
17 missed call from sarah

Aniq sedang melarikan dirikah? Namun, kenapa?

Seketika kemudian Aeyra terdengar bunyi pintu bilik dibuka. Kepalanya segera berpaling. Kelihatan susuk tubuh tinggi lampai itu keluar dari bilik menuju ke dapur. Lelaki itu kelihatan sugul.

Aeyra segera menghayun langkah ke arah dapur. Aniq yang sedang duduk di counter island sambil menghirup jus dirapati.

"Tuan ok?" soal Aeyra prihatin.

Sepi. Soalan tersebut berlalu seperti debu yang beterbangan.

Aeyra mencemik.

"Tuan ok tak?" Aeyra mengulang soalannya.

Aniq kemudiannya mengeluh kecil. Dia mendongak memandang Aeyra dengan pandangan kosong.

"Kalau aku tak ok sekalipun apa yang kau boleh buat?" Aniq tersenyum sinis. Dia kemudiannya ingin berlalu meninggalkan dapur.

Dia keluar kerana terlalu dahaga dan ingin minum namun dirinya terganggu dengan kehadiran Aeyra yang murai.

"Kalau Tuan Aniq ada masalah, at least saya boleh jadi teman bercerita kan?" Aeyra tidak berpuas hati apabila Aniq seolah olah menyebut dirinya langsung tidak berguna.

Langkah Aniq terhenti. Dia menoleh memandang Aeyra.

"Aku cuma nak arwah ibu aku. Dia sorang je yang faham aku." ucap Aniq sayu sebelum berlalu masuk semula ke biliknya.

Dahi Aeyra berkerut. Arwah ibu? Sejak bila pulakPuan Aeisya meninggal ni? Sihat walafiat je lagi makcik tu aku tengok haritu.



🌹



"Puas ke Sya? Puas buat anak macam tu?" Daniell bersuara tegas. Kecik besar kecik besar je dia tengok Aeisya.

Kelihatan wanita itu masih dengan egonya. Dia hanya endah tak endah dengan ucapan suaminya.

"Abanglah yang salah. Kalau abang tak serahkan Aniq dekat kawan abang tu, semua ni takkan jadi lah! Aniq takkan jadi kurang ajar macam sekarang!" Aeisya membuang pandangan ke jendela.

"Sudah-ii lah tu!" suara Daniell meninggi.

"Yang abang nak tengking-ii Sya ni dah kenapa pulak!" Aeisya membentak.

"Aniq tu dah besarlah Sya! Pandailah dia cari haluan hidup dia! Tak perlu nak paksa apa yang dia tak suka!" Daniell yang hilang sabar mula menyinga.

"Tak perlu sampai nak ungkit pasal arwah Qisya! Kesian dekat Aniq!" Daniell agak terkilan apabila Aeisya tergamak membahaskan arwah yang telah pergi.

Aeisya menjeling ke sisi. Apa salah ke apa yang dia cakap? Perempuan tu tak pandai didik anak sebabtu Aniq jadi macamtu! Melawan orang tua! Anak derhaka!

"Apa salah Sya ke kalau Sya cakap benda yang betul?" Aeisya mempertikai.

"Allahuakbar Aeisya..." Daniell menarik nafas panjang.

"Sya pertikaikan Aniq kurang ajar, tak hormat Sya? Habistu macam mana pulak dengan hormat Sya pada abang sebagai suami? Abang tak pernah pun marah Sya walaupun abang sedar Sya dah makin kurang ajar dengan abang..." Daniell akhirnya meluahkan perasaan yang selama ini terbuku di hati.

"Dulu Sya tak ada pun tinggi-ii suara dengan abang... Tak bantah pun cakap abang. Kita sama-ii berkongsi pendapat tapi sekarang ni Sya asyik nak bangkang cakap abang..." sambung Daniell lagi.

Aeisya merengus geram. Daniell dirasakan sengaja ingin mencari salahnya.

"Hormat? Untuk apa Sya hormat abang? Sya dah hilang rasa hormat sejak Sya dapat tahu abang sanggup bagi anak kita dekat orang lain! Abang tipu Sya hidup-ii!" suara Aeisya meninggi. Nadanya sedikit bergetar mungkin kerana sedang menahan amarah daripada meletus dengan lebih hebat.

"Ya! Memang abang salah! Abang mintak maaf! Tapi itu bukan alasan untuk Sya jadi isteri derhaka!" nada suara Daniell naik beberapa oktaf melawan nada isterinya.

"Tolong Aeisya... Tolong... Abang merayu sangat tolong jangan cabar kesabaran abang..." suara Daniell kendur kembali. Redup matanya merenung wajah si isteri yang masih dikuasai bisikan syaitan.

Aeisya tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh. Dia kemudiannya menoleh memandang Daniell dengan berani.

"Kalau abang hilang sabar, abang nak buat apa? Nak ceraikan Sya untuk kali kedua?" Aeisya tersenyum sinis. Sengaja ingin memprovokasi Daniell.

"Astagfirullahaladzim Aeisya..." Daniell tergamam dengan kata-ii isterinya. Dia kemudiannya meraup rambut ke belakang.

"Ceraikanlah kalau abang nak. Tapi jangan menyesal... Sya takkan terima abang balik dah lepasni." Aeisya kemudiannya bangun dan berlalu pergi meninggalkan Daniell termangu berseorangan.

Langkah kaki diatur menuju ke bilik anak bongsunya, Aisyahani.

Sementara itu di tingkat bawah, Aydan dan adik-ii nya sedang bermesyuarat tentang kemelut yang melanda keluarga mereka kini.

"Papa dengan mama gaduh besar. Fiq dengar masa Fiq lalu dengan bilik diorang tadi." ujar Arfiq.

Aydan mengeluh kecil.

Aniq yang hilang entah ke mana turut merisaukan. Entah bagaimana khabarnya tatkala ini.

TO BE CONTINUE

TUAN ANIQWhere stories live. Discover now