TUAN ANIQ 03

1.4K 67 1
                                    

"Senang je abang mintak maaf! Abang tahu tak benda ni bukan main-ii?" suara Aeisya meninggi. Tubir matanya mula digenangi mutiara jernih.

"Ye abang tahu abang silap." Daniel cuba menyentuh bahu Aeisya namun wanita itu mengelak.

"Kenapa abang sanggup buat semua ni?" soal Aeisya dengan penuh rasa geram dan amarah.

"Abang.." Daniel belum sempat berkata apa, Aeisya terlebih dahulu memotong cakapnya.

"Izz Aniq tu anak kita!" tegas Aeisya. Air matanya semakin laju mengalir.

"Sayang yang mengandungkan dia, pertaruhkan nyawa untuk lahirkan dia tapi abang.." Aeisya mengetap bibir.

Daniel terduduk di birai katil. Nafas panjang ditarik lalu dihela perlahan.

"Abang senang-ii je bagi dia dekat orang.." sambung Aeisya dengan lirih.

"Abang mintak maaf." hanya ayat itu yang mampu meniti di bibir sejak dari tadi.

"No matter what, I nak anak I balik!" putus Aeisya merenung Daniel dengan tajam.

"I nak Izz Aniq balik."

Aeisya kemudiannya berlalu pergi meninggalkan Daniel berseorangan.



🌹



Fiqkri merenung wajahnya di cermin tandas. Paip air dibuka lalu tangannya ditadah. Luka-ii di wajahnya dibersihkan.

Lebam dan darah bukan lagi sesuatu yang asing di wajahnya. Ini kerana Luqman, Arif dan Hairul gemar menganggu dirinya setiap hari.

Memukul, mengejek dan mencaci dirinya hampir saban hari. Ini kerana mereka semua tahu tentang ibunya yang menghidap AIDS.

Dia tahu ibunya wanita baik. Ibunya cuma tersalah memilih suami.

Namun, dia tidak faham kenapa mereka bertiga sangat-ii membenci dirinya. Pelajar lain juga ada yang memandang sinis dan memulaukan dirinya namun tidaklah sampai membuli seperti Luqman, Arif dan Hairul.

"Abang Fiq okay?" soal si pelajar perempuan sebaik sahaja Fiqkri keluar dari tandas.

Fiqkri merenung pelajar tersebut lalu mengangguk perlahan. Dia kemudiannya berlalu. Pelajar perempuan tersebut mengejar langkahnya.

"Abang Fiq pergi tak lawatan sekolah nanti?" soalnya.

Fiqkri menggeleng. Mana mungkin dia pergi. Ibunya sakit. Wang untuk membayar kos lawatan juga sudah tentu sulit untuk didapatkan.

"Alaa.." si pelajar perempuan tersebut kedengaran kecewa.

"Eh, kau buat apa berkawan dengan anak haram ni?" tegur satu suara dari belakang.

Fiqkri dan pelajar perempuan tersebut menoleh ke belakang. Kelihatan Arif merapati mereka.

"Kau pergi balik kelas kau, Eya." arah Arif dengan nada tegas.

Aeyra merengus kasar.

"Taknak!" Aeyra membantah dengan berani.

"Kau melawan cakap aku!" Arif kelihatan bengang. Dia ingin mencapai lengan Aeyra namun dengan segera Aeyra menepis.

"Eya bagitahu mak, abang pukul orang." ugut Aeyra. Matanya tajam merenung Arif. Geram di hatinya membuak-buak terhadap lelaki itu kerana memukul buah hatinya.

TUAN ANIQWhere stories live. Discover now