TUAN ANIQ 17

751 63 4
                                    

"Kenapa Aniq layan Tania macam tu?" soal Aeisya tegas. Matanya mencerlung memandang anak lelakinya itu.

Aniq hanya berdiam diri. Dia tidak mahu bertikam lidah dengan syurganya itu. Suapan makan malam diteruskan meskipun terasa tawar di lidah.

Seisi meja makan tersebut sunyi. Hanya bunyi lagaan sudu dengan piring. Masing-ii cuba untuk kekal beradab di hadapan rezeki. Tidak mahu bertegang urat dengan mereka yang dipanggil orang tua.

"You know what? Mama tak tahu lah dari mana Aniq belajar perangai biadap ni!" Aeisya panas hati apabila dia tidak diendahkan. Sudu dan garfu di tangannya di hempas ke piring.

"Sya..." Daniel cuba menyentuh tangan isterinya untuk meredakan suasana namun ditepis kasar.

"Shut up Daniell!" Aeisya memberi amaran kepada suaminya dengan jelingan tajam. Daniell terkedu.

"Izz Aniq Mikhael! I'm talking to you! Look at me!" tengkingan Aeisya mengejutkan semuanya.

Adik beradik Izz Mikhael dan para menantu berpandangan sesama sendiri. Tidak pernah-ii Aeisya naik hantu seperti itu. Ini pertama kali.

Aniq mengeluh perlahan. Dia mendongak memandang Aeisya dengan pandangan kosong.

"Kenapa Aniq marah dia depan semua staff kat situ? You ingat dia tak ada maruah ke sampai malukan dia macamtu?" sembur Aeisya dengan wajah yang merah. Jelas sekali amarahnya berada di puncak.

Aniq kekal diam. Dia tertunduk memandang piring yang masih berbaki nasi gorengnya.

"Siapa yang besarkan Aniq jadi kurang ajar macam ni? Qisya?" jerit Aeisya.

Daniell tercengang apabila Aeisya dengan lancang menyebut nama arwah.

"Mama!" Aniq menjerit kuat sambil tangannya menghentak kepalan penumbuk pada meja makan sehingga bergegar kuat.

Aeisya terkedu apabila ditengking sebegitu oleh anaknya sendiri.

Begitu juga dengan yang lain-ii.

"Aniq.. Aeisya.. Sudahlah.." Daniell cuba meredakan keadaan.

Aniq bangun dari duduk. Jelas kelihatan bola matanya berkaca kaca.

"Arwah ibu, tak pernah ajar Aniq jadi biadap jadi, jangan sesekali salahkan arwah ibu!" Aniq bersuara dengan perasaan sebak.

"Dia besarkan Aniq dengan cukup sempurna! Aniq bahagia dengan ibu walaupun kitorang hidup miskin!"

"Dibandingkan dengan sekarang, Aniq tertekan! Aniq cukup tertekan walaupun Aniq ada segalanya!"

"Mama cakap mama lahirkan Aniq, mama, mak kandung Aniq tapi tak pernah sekalipun Aniq nampak yang mama faham Aniq."

"Mama selalu paksa Aniq buat benda yang Aniq tak suka! Aniq turutkan sebab Aniq hormatkan mama but this is too much!"

"I just can't!"

"Tania tu mengandung ma! Dia mengandung anak luar nikah sebab tu dia desperate sangat nak kitorang kahwin cepat-ii sebab nak tutup aib dia!"

"I just can't believe mama paksa anak mama sendiri jadi pak sanggup?"

Aniq menghamburkan segala isi hatinya. Dia sudah cukup penat untuk memendam perasaannya.

Aeisya terkelu mendengar ucapan Aniq. Begitu juga dengan yang lain-ii.

"You know what mama? Kalau arwah ibu masih hidup.. Dia takkan paksa Aniq kahwin dengan perempuan yang Aniq tak suka.." mutiara-ii jernih mula turun membasahi pipi Aniq.

Kedengaran esakan kecil. Sungguh dia sangat tertekan.

"Arwah ibu, takkan paksa Aniq belajar course yang Aniq tak suka. Arwah ibu takkan paksa Aniq buat apa-ii."

"I wish she was my mom, not you." ucap Aniq perlahan namun menikam. Dia terus berlalu pergi meninggalkan rumah tersebut.

Enjin BMW i8 hitam metallic miliknya dihidupkan dan dia terus beredar dari rumah agam tersebut.

Aeisya tergamam dengan ucapan terakhir Aniq. Terketar ketar bibirnya kerana seakan tidak percaya anak lelaki yang sebelum ini fikirkan menurut kehendaknya ternyata memberontak dalam diam.

Aydan, Aryan, Affan, Ayqal dan Arfiq menjalani kehidupan, membina kerjaya dan memilih pasangan mengikut kehendak masing-ii. Mereka kesemuanya keras kepala dan mahu mengikut hala tuju sendiri.

Aniq yang dibesarkan oleh Qisya dianggap kurang 'berkualiti' kerana pelajarannya merosot menyebabkan Aeisya mengekang hidupnya 100% kerana mahu anaknya itu menjadi cerdik pandai seperti adik beradiknya yang lain.

"Abang dah pesan biar dia buat keputusan sendiri.. Dia dah besar Sya.." Daniell memujuk lembut. Tangan Aeisya ditarik perlahan meninggalkan meja makan.

"Argh!!" Aniq menjerit keras sambil menghentak hentak stereng keretanya melepaskan geram.

Rambutnya yang terjuntai di dahi diraup kasar ke belakang. Dia membelok kereta ke sebuah tempat.

TO BE CONTINUE

Tuan AniqWhere stories live. Discover now