TUAN ANIQ 15

1K 65 9
                                    

Aniq memandang Aeyra dari jauh. Bibirnya mengukir senyuman sinis apabila menyedari kesepadanan rona warna baju mereka.

Tidak dia nafikan Aeyra kelihatan cantik. Jauh cantik dari kesemua mereka yang ada di ruang dewan hotel yang besar itu.

Aeyra. Gadis yang menggatal dengannya di zaman sekolah dahulu kita telah berubah menjadi seorang gadis yang menjaga kehormatan diri.

Atau? Mungkin kerana dia Aniq bukannya Fiqkri?

"Cantik." bisik seseorang di sisinya.

Aniq menoleh. Kelihatan Arfiq tersenyum senget memandang ke arah Aeyra.

"Apa yang tiba-ii cantik?" Aniq berpura pura dungu. Dia kemudiannya tidak lagi memandang ke arah Aeyra. Berpura pura sedang memeriksa seisi dewan.

"Aeyra kan nama dia?" Arfiq memandang reaksi wajah Aniq yang jelas sekali kelihatan terkejut apabila sebaris nama tersebut meniti di bibirnya.

Aniq merenung Arfiq dengan penuh tanda tanya.

"Aku tahu dia kawan sekolah kau." Arfiq kemudiannya berlalu pergi meninggalkan Aniq yang tertanya tanya.

Pandangan matanya kemudian beralih memandang Aeyra semula. Gadis itu sedang ketawa senang bersama rakan-ii sekerja yang lain.

Dia suatu sudut yang lain pula kelihatan Daniell sedang berbincang dengan anak-ii lelakinya.

"Ann bukan nak melawan cakap mama tapi Ann kesian jugak dekat dia, pa." Aydan merenung Daniell yang senang menyisip gelas ke bibir.

"Papa bukan takut mama. Mama kamu tu yang menakutkan." Daniell merengus kecil.

Bukannya dia tak cuba. Sudah beberapa kali dia cuba untuk bicara dari hati ke hati dengan Aeisya namun gadis itu berkeras juga ingin meneruskan rancangan perjodohan Aniq.

"Kenapa mama suka sangat dengan Tania tu? Bukan cantik sangat pun." Ayqal mencebik.

"Mama cakap dia suka Tania sebab Tania tu bakal doktor. Mama tak ada anak yang jadi doktor." beritahu Aryan dengan muka menyampahnya.

Ya dia dan Aydan masing-ii berkelulusan dalam bidang perubatan namun mereka tidak berjaya menjadi doktor kerana kurang minat dengan kerjaya tersebut.

"Papa tolong beli sorang doktor untuk mama." pinta Affan. Mata Daniell mengecil mendengar cadangan Affan. Begitu juga dengan yang lain.

Di suatu sudut yang lain pula berdirinya Sabrina dengan dress pendek berwarna merah cili. Dia memandang jengkel Aeyra yang berada tidak jauh darinya.

Hatinya mendongkol geram dengan wanita tersebut. Dahulu, Aniq sama sekali tidak pernah memarahinya kerana kerjanya yang cekap dan telus. Namun kini, lelaki itu sering memaki hamun dirinya. Semuanya berlaku setelah kehadiran Aeyra.

Aeyra tidaklah bagus. Banyak yang gadis itu perlu diajar memandang kelulusan dirinya berbeza dengan jawatan yang dipegang.

Sabrina merengus geram. Dia merancang untuk mengenakan Aeyra pada malam itu.



🌹



"Last but not least, big thanks to my papa, mama and my siblings. Without them, I'm nothing. I wouldn't be able to stand here, in front of you, holding a CEO title, and Mikhael Holdings would never exist. Thank you." Aryan tersenyum nipis merenung ahli keluarganya yang duduk di meja VVIP di barisan paling hadapan pentas.

Seisi dewan kemudiannya gamat dengan tepukan gemuruh. Aryan menunduk ringkas lalu beredar dari pentas.

Dia kemudiannya duduk bersebelahan Aydan yang sibuk menikmati lamb grill kesukaannya.

"Muka dah macam kambing, makan kambing lagi." ujar Aryan selamba lalu meneguk air laici.

"Masalahnya muka kau berdua seiras." Ayqal menyampuk.

"Tak sedar diri macam tu lah." komen Affan dengan senyuman sinis.

"Tak, sekarang ni aku ada susahkan kau suruh sembelih kambing ni ke?" Aydan bersuara sambil giginya mengigit isi kambing tersebut.

"Kau tahu tak banyak makan kambing nanti darah tinggi? Kau tak sekolah ke?" sindir Aryan sambil meneguk coke.

"Kau tahu tak coke tu tinggi gula? Diabetes!" Aydan menjeling tajam.

Aryan tersentak. Ya sememangnya dia ketagihan coke. Minuman hariannya adalah coke bukannya air kosong.

"Biy, biy nampak Darren tak?" tegur Alya. Matanya meliar memandang sekeliling mencari cari kelibat anak lelaki sulungnya itu.

"Takde. Tadi kan dia dengan sayang." Aydan mendongak memandang isterinya yang jelas sekali kelihatan gusar.

"Yela lepastu tadi sayang lepas tangan dia sekejap je. Tiba-ii dah hilang." adu Alya. Wajahnya sedikit pucat.

"Mummy!" jerit satu suara kecil.

Alya terus menoleh ke belakang. Kelihatan Darren berdiri dengan senyuman manis. Bibirnya comot dengan aiskrim coklat yang berada di genggamannya.

"Yen! Yen pergi mana?" Alya terus meluru ke arah Darren.

"Yen ikut uncle. Uncle bagi eskerem." jujur Darren. Dahi Alya berkerut. Siapakah 'uncle' yang dimaksudkan oleh Darren?

Matanya memandang ke sekeliling. Tiada pula kelibat sesiapa yang mencurigakan.

"Yen, daddy said what? Don't talk to strangers!" Aydan memberi amaran keras lalu mencubit pipi Darren.

"Cowy dadi!" mata Darren membulat merenung daddynya agar dia tidak dimarahi.

"No! It's not gonna work for me." Aydan tidak lemah dengan wajah comel anaknya. Hal tersebut adalah hal yang serius.

Kids shouldn't talk to strangers!




🌹


Aeyra memilih beberapa jenis makanan sampingan berserta jus oren. Dia kemudiannya menapak ke arah rakan-ii sepejabatnya yang duduk di luar dewan berhampiran kolam renang.

Dia menapak dengan berhati-hati dengan kasut tumit tingginya. Namun, dengan secara tiba-ii, dia dirempuh kuat oleh seseorang sehingga menyebabkan dirinya hilang keseimbangan.

"Argh!!" Aeyra menjerit nyaring apabila tubuhnya dirasakan melayang.

Makanan di tangannya terlepas entah kemana sebelum tubuhnya terhempas ke dalam kolam renang. Dahinya terhantuk pada tebing kolam menyebabkan dirinya langsung pengsan tidak sedarkan diri.

Para tetamu yang terkejut dengan jeritan Aeyra terus menoleh.

"Oh my God! Aeyra!" Sabrina berpura pura terkejut dan cemas. Dia berpura pura mahu menolong.

Wajah Aeyra berlumuran darah. Air kolam yang tadinya jernih mula bertukar warna seolah olah ditumpahi air sirap.

Para tetamu mula mengerumuni kolam.

TO BE CONTINUE

Tuan AniqWhere stories live. Discover now