TUAN ANIQ 13

972 65 4
                                    

"Mr. Ikhwan, Im asking you in a polite way.." suaranya kedengaran tajam sekali menusuk ke telinga. Aniq merenung salah seorang staff bawahannya dengan pandangan seolah mahu menikam.

Ikhwan hanya tertunduk diam. Sungguh! Dia tidak punya alasan kukuh. Kesalahan yang berlaku kini semua adalah salah dirinya sendiri.

"Don't make me repeat my question." suara Aniq mendatar. Aeyra yang berdiri di sisi terketar-ketar jadinya. Yang lain-ii di meja mesyuarat pula hanya mampu tertunduk diam.

"Tuan Aniq, saya minta maaf..." hanya itu yang mampu diucapkan.

"Kau keluar." arah Aniq tanpa budi bicara lagi.

Ikhwan terus mendongak memandang Aniq dengan penuh rasa rendah diri agar dirinya diberi peluang kedua.

"Tuan, saya..." Ikhwan belum lagi sempat melanjutkan pembelaan dirinya, Aniq terlebih dahulu bersuara.

"Aku cakap, kau keluar!" Aniq menengking kuat seraya berdiri. Kulit kuning langsatnya berubah kemerahan menandakan amarahnya berada di puncak Gunung Everest. Dadanya turun naik kerana nafasnya yang laju.

Ikhwan masih terkulat-kulat.

"Kau tahu? Pagi-ii lagi aku kena bising dengan Dato Zahri disebabkan kau!" Aniq menjelaskan punca amarahnya begitu mendidih didih.

"Dia cakap aku tak pandai handle staff sebabtu staff aku careless dan tak bertanggungjawab!"

"Kau tahu tak?" jerit Aniq lagi.

"Ni! Fail ni, dia baling dekat muka aku kau tahu tak!" tengking Aniq sambil membaling sebuah fail biru tepat ke skrin projector.

Aeyra yang berdiri tidak jauh dari skrin projector tersebut dapat merasakan angin kesan dari balingan tersebut.

Aniq melonggarkan tali lehernya.

"Korang semua, aku bagi amaran. Kalau korang dah berusaha tapi gagal dapat tender, aku masih boleh tolerate!"

"Aku masih boleh tolak ansur atas dasar rezeki masing-ii tak sama."

Aniq bersuara keras dan tegas sambil memandang seorang demi seorang pekerja bawahannya.

"Tapi, kalau korang gagal atas sebab kecuaian, sebab perangai korang sendiri, korang boleh ucap selamat tinggal dekat company ni!" Aniq merengus kasar sebelum terus berlalu meninggalkan bilik mesyuarat.

Masing-ii kelihatan takut dengan amaran tersebut namun sedikit lega kerana saat-ii genting yang menyebabkan rasa sesak di dada berakhir juga.

Masing-ii memandang Ikhwan yang kelihatan sugul. Bukanlah tidak kasihan, akan tetapi, lelaki itu sendiri yang mencari bala.

Ikhwan lupa untuk menghadiri mensyuarat penting dengan client besar dan akibatnya, client tersebut membatalkan semua perjanjian mereka. Tidak cukup dengan itu, Aniq turut dimarah teruk oleh client tersebut.

Hal itu menyebabkan Aniq naik hantu pagi ini. Sudahlah dirinya serabut dengan masalah peribadi, ditambah pula dengan tekanan kerja.

Aeyra terkocoh kocoh membuntuti langkah Aniq. Bagi orang lain, mereka sudah terlepas dari si singa namun bagi Aeyra, belum lagi.

Aniq menghempas tubuhnya ke sofa yang tersedia di ruangan pejabatnya. Kepalanya yang terasa berdenyut direhatkan.

Aeyra menyusun dokumen-ii penting Aniq di meja kerjanya sebelum menapak keluar. Namun, belum sempat tangannya mencapai tombol pintu, suara Aniq memetir.

"Kau nak pergi mana?" soal Aniq tanpa membuka kelopak mata.

"S-saya..." Aeyra tergagap-gagap.

"Ambilkan aku mineral." arahnya.

TUAN ANIQWhere stories live. Discover now