01

88 20 12
                                    


𝑩𝒆𝒍𝒂𝒎𝒐𝒖𝒓: 𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒊𝒔 𝒍𝒐𝒗𝒆𝒅♡︎


Derap kaki yang sedang berlari itu semakin jelas kedengaran. Tercungap-cungap nafasnya. Dompet ditangan dipeluk erat. Orang ramai di situ agak menyukarkan pergerakannya.

Dia merempuh beberapa orang awam yang sedang berjalan kaki di situ. Ada yang memarahi, ada yang membiarkan saja.

"Berhenti budak!" Jerit lelaki yang berpakaian hitam itu. Dia mengejar budak lelaki yang sedang berlari itu.

"Dia pencuri! Dia curi dompet saya! Tolong tangkap budak tu!" Jerit salah seorang lelaki yang berpakaian serba hitam juga. Langkah kakinya laju mengejar kanak-kanak lelaki itu.

Kanak-kanak lelaki itu memalingkan wajahnya ke belakang. Kakinya semakin laju melangkah. Tidak sehingga salah seorang orang awam disitu menangkapnya.

Bahunya dipegang dan tangan diletakkan dikakinya sebelum dia diangkat. Seorang lelaki berjaya menangkapnya. Budak lelaki itu didukung. "Saya dah tangkap budak ni!"

Budak lelaki itu meronta-ronta minta dilepaskan. Dompet di tangannya terjatuh.

Dua lelaki yang mengejarnya tadi pantas meluru ke arah lelaki itu. Budak lelaki di dalam dukungan lelaki itu direnung tajam sebelum tangannya mencapai dompet yang jatuh itu.

"Kau kecik-kecik lagi dah mencuri! Mak bapak kau tak ajar ke?" Marah lelaki yang sedang mendukungnya. Budak itu hanya merenungnya dengan pandangan yang tajam. Jelas sakit hati dengan lelaki itu.

"Mak ayah aku dah tak adalah!" Jerit budak itu tepat dihapan wajah lelaki yang sedang mendukungnya.

"Patutlah jadi pencuri!" Hambur lelaki itu lagi.

"Encik boleh turunkan dia. Biar saya settlekan dia dekat balai. Terima kasih ya encik." Ucap lelaki berpakaian hitam itu.

Lelaki itu pantas menurunkan kanak-kanak lelaki itu. Seorang lagi lelaki yang mengejarnya tadi pantas memegang bahu kanak-kanak itu. Tak mahu budak itu melarikan dirinya lagi.

"Sama-sama. Budak zaman sekarang memang. Apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang?" Kata lelaki itu sambil memperbetulkan beg sandangnya yang senget kerana mendukung budak itu sebelum berlalu pergi.

Lelaki yang memegang bahu budak lelaki itu pantas mengangkat budak itu ke atas bahunya. "Kau memang tempah maut budak." Katanya sebelum mereka berlalu pergi dari situ.

Budak lelaki itu dimasukkan ke dalam sebuah kereta mewah. Tangannya sudah diikat.

Seorang lelaki dalam lingkungan umur 30 tahun pantas mengacukan pistol ke kepala budak lelaki itu. Jelas raut wajah budak lelaki itu ketakutan.

"Kau tahu tak kau buat taik dengan aku? Kau curi dompet aku sial!" Kepala budak lelaki itu ditonyoh dengan pistol bewarna hitam itu.

Dua lelaki berpakaian hitam tadi duduk di bahagian pemandu dan penumpang hadapan. Mereka hanya memerhati.

Terteleng kepala budak lelaki itu dibuatnya. "Kau kenal tak aku siapa?" Ujar lelaki itu.

Hening. Tiada jawapan dari budak lelaki itu.

"Kau kenal tak aku siapa?!!" Jerit lelaki itu kuat. Budak lelaki itu menutup matanya kerana ketakutan. Kekuatan cuba dikumpul sebelum dia bersuara.

"Pak cik artis ke? Perlu ke saya kenal? Maaflah saya tak tengok tv." Balas budak lelaki itu. Matanya menjeling ke arah pistol yang elok terletak di kepalanya.

𝐁𝐄𝐋𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑Where stories live. Discover now