03

44 13 5
                                    

Azan zohor kedengaran dari telefon bimbit milik Puan Suraya. Menandakan masuknya waktu zohor.

Setelah selesai solat zohor, Hayden, Dayang dan Puan Suraya duduk bersila di ruang tamu. Kitab Suci Al-quran dipeluk Hayden. Dengan perlahan-lahan dia mencium al-quran itu. Selesai sudah gilirannya, sekarang giliran Dayang pula.

"Bismillahhirohmanirahim.." Ketika Dayang memulakan bacaannya, Hayden terpandang ke arah tingkap rumah itu.

Terkejut dia melihat ke arah North yang sedang mengintip di balik tingkap rumah itu. Dahlah rambut tu warna blonde!

Tidak berkelip North memandang ke arah Dayang yang sedang membaca al-quran itu. Hayden hanya memerhati.

Sehinggalah selesai bacaan Dayang. Dia menyalami Puan Suraya sebelum mencium al-quran. Hayden masih memerhati ke arah North..

North yang sedang leka memandang ke arah Dayang itu mengalihkan pandangannya ke arah Hayden. Tajam matanya memandang.

Dengan pantas Hayden memalingkan mukanya ke arah lain.

"Ibu Hayden balik dulu ya." Hayden meminta diri. Memang begitulah rutinnya. Selesai makan di sini, dia akan balik semula ke mansion mewah Everette.

Hayden melangkah keluar dari rumah Puan Suraya. Selipar Sketchersnya dipakai. Dia memandang ke arah kanannya, iaitu tempat North berdiri tadi.

Gadis itu masih disitu. Dia memandang ke arah Hayden. Di tangannya ada tali yang mehubungkan pegangannya dengan rantai milik anjingnya.

Anjing itu hanya diam tak menyalak. Sememangnya anjing yang jinak.

"Kau nak main dengan Snow?" Tali di tangannya diangkat. Anjing itu mengoyang-goyangkan ekornya apabila namanya disebut.

Hayden menggeleng perlahan sebelum dia berjalan meninggalkan rumah itu.

Dia mendengar langkah kaki seseorang mengikutinya. Pastinya North. Dia mengekori Hayden.

Hayden memalingkan wajahnya. Dia nampak wajah North yang masam mencuka. "Kenapa ikut saya?" Hayden bertanya.

"Aku nak main dengan kau." Ringkas balasan dari North.

"Pergilah main dengan Dayang. Saya kan lelaki." Balas Hayden.

Bunyi langkah kaki North terhenti. Hayden memalingkan tubuhnya. Kelihatan North sedang mencangkung dan membuka ikatan di leher Snow.

Dia dengan pantas berlari-lari seorang diri. Snow dengan pantas mengejarnya juga. Mereka bekejar-kejaran.

Hayden hanya memerhati. Apa kena pula dengan budak ni. Ini baru pertama kali dia lihat orang berkejaran dengan anjing.

"Hahahaha" kedengaran tawa dari North. Dia ketawa apabila Snow melompat-lompat di kakinya.

Hayden melihat wajah North yang sedang ketawa. Baru pertama kali dia lihat North ketawa dan senyum. Hayden juga tersenyum tipis.

Dia juga berlari mendekati Snow. Snow yang melihat Hayden itu pantas mengejarnya juga. Mereka bermain berkejaran dengan Snow. Gelak tawa Hayden jelas kedengaran di kawasan mansion mewah Everette.

Everette yang memerhati sedari tadi tersenyum. "Aku nampak potensi dalam diri dia. Latih dia Edward. Dia akan berkhidmat untuk The Saint. Tepat pada ulang tahun ke-17 dia nanti."

Edward juga memandang ke arah North dan Hayden yang berkejaraan. Dia mengangguk tanda faham.
.
.
.
.
.
"Kita rehat sekejap ya. Siapa yang rasa nak ke tandas, boleh pergi." Kata Delilah. Cikgu peribadi yang diupah oleh Everette.

Dayang berdiri hendak ke tandas. Dah lama dia tahan.

Hayden yang sedang menulis itu fokus dengan penulisannya. Sudah 3 hari mereka memulakan pembelajaran dengan Cikgu Delilah.

𝐁𝐄𝐋𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑Where stories live. Discover now