10

19 3 0
                                    

Hayden berjalan terhuyung-hayang. Kepalanya rasa pening. Rasa loya nak muntah.

Beberapa minit yang lalu...

"Jomlah naik dengan aku!" North berkata sambil menggoyang-goyangkan lengan Hayden.

Dari tadi mereka sedang berdebat. North mahu naik roller coaster, dan dia memaksa Hayden untuk naik juga. Tapi lelaki itu tak mahu.

"Tak nak Gennie. Aku penat la." Hayden berkata malas. Dia tak ada mood untuk terus berada di sini.

Ya, mereka ada di taman tema.

"Alaa kau ni kenapa degil sangat harini? Selalunya kau suka kan datang sini? Lagi-lagi kalau masuk rumah hantu." North mula meletakkan kedua tangannya di dada.

Jantan ni keras hati betul!

"Aku penat. Kerja aku belambak kat office." Hayden berkata.

North mencebik. Ini tak suka ni.

"Sebab kau penat la aku ajak kau datang sini. Release tension kau." Ucap North.

Hayden menghela nafas. Perempuan ni susah betul nak faham.

"Kau faham tak aku tak nak? Kau nak naik, naik jela. Kau ingat kau siapa aku nak kena ikut cakap kau?" balas Hayden.

North yang mendengar mula rasa panas di dada. Dia sudah bercekak pinggang.

"Kau nak naik ke tak nak?" jari telunjuknya diarahkan ke hadapan wajah Hayden.

"Tak nak." Hayden menjengilkan matanya.

"Cakap nak. Sekarang!" North juga ikut menjengilkan matanya.

"Tak nak."

"Cakap nak!"

"Tak nak! Tak nak! Tak nak!"

"Cakap nak! Nak! Nak!!!!!" North mula meninggikan suaranya.

"Yes both of you? Two tickets?" Seorang wanita yang berbaju biru bertanya mereka. Mungkin staff yang bekerja di bahagian roller coaster.

"Yes please." Jawab North pantas.

Dia memalingkan wajahnya ke arah wanita itu.

Dua keping tiket bewarna kuning bertukar tangan. North senyum kemenangan.

"Kalau aku cakap A, maknanya A. Takkan jadi B." North berkata kepada Hayden. Matanya dikenyitkan kepada Hayden.

Hayden yang mendapat kenyitan mata daripada North memutarkan bola matanya sambil tersenyum tipis.

Roller coaster itu bergerak perlahan pada mulanya, kemudian dengan tiba-tiba bergerak laju dan jatuh menjunam. Membuatkan semua yang menaiki roller coaster itu menjerit.

Ada yang menjerit keriangan, ada yang terkejut.

Roller coaster itu terus bergerak laju. Hayden mula rasa pening kerana roller coaster itu terus berpusing.

Dia menkerling ke arah North. Gadis itu nampak begitu menikmati roller coaster yang bergerak laju itu.

Rambut North yang ditiup angin kuat itu menampakkan seluruh wajahnya yang putih mulus.

"Kau mesti suka benda-benda macam ni kan?" kata Hayden kuat kerana keadaan yang bising dengan teriakan orang-orang sekekeling mereka.

"Kalau naik dengan kau, aku suka!" balas North sambil menyipitkan matanya kerana angin yang kuat.

Hayden hanya diam. Kepalanya rasa pening.

"Weh buruknye muka kau. Kau tahan berak ke?" North berkata apabila dia terlihat wajah Hayden yang sedang menutup mata seperti menahan sesuatu.

𝐁𝐄𝐋𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑Where stories live. Discover now