09

19 4 2
                                    

Everette sedang menandatangani beberapa fail kerja. Selain jadi 'CEO' The Saint, dia juga mempunyai syarikat perniagaan yang mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia.

Pintu pejabatnya dibuka kasar. Everette mendongakkan kepalanya ke arah pintu.

"Ada benda penting yang aku nak cakap sikit." North berkata.

Gadis itu masuk ke ruang pejabat Everette. North hanya mengenakan baju lengan pendek bewarna putih dan seluar hitam separa lutut.

"Sebelum tu, kenapa office bapak ni sunyi je? Macam tak cukup pekerja pun iya jugak. Ambiklah pekerja lagi. Jangan kedekut sangat." bersahaja North berkata.

Dia melabuhkan punggungnya di kerusi di hadapan meja kerja Everette. Tangannya mengibas-ngibas mukanya. Panas!

"So why don't you work here?" balas Everette.

Sunyi. Hanya bunyi loceng dari gelang tangan North yang kedengaran. Gadis itu masih mengipas-ngipaskan wajahnya.

"Petang ni nak makan apa ya?" North mengubah topik pembicaraan.

Everette kembali fokus dengan kerjanya. Dasar budak pemalas!

Dah banyak kali dia menawarkan pekerjaan kepada North, tapi gadis itu memberikan pelbagai alasan untuk mengelak dari bekerja di syarikat ayahnya itu.

Katanya lebih minat dengan 'kerjaya' dia yang sekarang.

"Nak cakap apa?" Everette bersuara.

Gennie menegakkan tubuhnya. Beg sandangnya di buka. Dia mengeluarkan satu botol kecil yang mengandungi cecair lalu diletakkan di atas meja Everette.

Everette melihat ke arah botol itu. Keningnya diangkat. "Vaksin?" soalnya.

North menghela nafas. Botol itu dipegang semula.

"Ini Eunthanasia. Aku dapat masa pergi klinik Doktor Ruby semalam." North berkata.

Botol itu diserahkan ke tangan Everette. Lelaki itu melihat ke arah label sticker botol itu. Sekali lagi keningnya diangkat.

"Eunthanasia?" soalnya lagi.

"Eunthanasia adalah sejenis ubat yang disuntik secara sengaja untuk menamatkan hidup seseorang." North memberi penjelasan.

"Semalam, nurse yang jahit luka Hayden tu. Macam yang aku dah plan dengan Doktor Ruby. Yusuf tu suruh aku tampal label kat botol ubat eunthanasia dengan label antibiotik. Dia sengaja buat macam tu sebab nak bunuh semua anak-anak buah kau yang tercedera."

"Termasuk Hayden. Dia sengaja letak kapas supaya luka Hayden memburuk. Dan Doktor Ruby akan bagi suntikan antibiotik kat dia untuk elak jangkitan kuman. Tapi sebenarnya itu adalah eunthanasia. Ubat tu akan bunuh Hayden."

Everette meletakkan ubat itu ke atas mejanya. Wajahnya diraup.

"Dan kalau Hayden mati, Doktor Ruby yang akan dipersalahkan sebab dah bagi suntikan Eunthanasia kepada Hayden dengan mengatakan bahawa itu adalah antibiotik." North berkata lagi.

Everette mengetap gigi. Rasa marah mula menguasai dirinya.

"Sam. Ini semua kerja Sam." North berkata lagi.

Sam adalah rakan baik kepada Everette. Sam pernah bekerja dengan Everette, namun isterinya dibunuh oleh anak buah Everette tanpa sengaja.

Kejadian itu telah berlaku 10 tahun yang lalu. Mereka tahu Sam cuba untuk menjatuhkan mereka, tapi mereka tidak mengendahkannya.

Tapi kali ini, Sam hampir-hampir membunuh Hayden. Dan Everette sudah tidak boleh bersabar lagi.

"Suruh Edward track lokasi diorang. Biar aku sendiri yang turun padang." Everette berkata.

𝐁𝐄𝐋𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑Where stories live. Discover now