17 tahun kemudian...
Dewan itu dipenuhi orang ramai. Meriah sungguh kalau dilihat dari jauh. Beberapa orang gadis kecil yang memakai baju gaun putih separa lutut dengan hiasan bunga di atas kepala kelihatan memegang bakul kecil yang diisi dengan kelopak-kelopak bunga.
Majlis perkahwinan. Ya majlis perkahwinan. Ada majlis perkahwinan yang diadakan di dewan yang mewah itu.
Seorang gadis berambut blonde separa pinggang, dengan rambut yang menutupi dahinya sedang duduk di kerusi ruangan di dewan itu. Sama juga dengan tetamu-tetamu yang lain.
Gadis itu sedang mengunyah gula-gula getah. Mukanya bersahaja. Tempat kosong di tepinya dipandang. Mana pula dia ni? Majlis dah nak mula.
Dia memandang sekeliling mencari kelibat orang yang ditunggu-tunggu.
"The bride, Anne Mary Beckett." Pengacara majlis berkata menandakan majlis telah bermula.
Gadis itu melihat pengantin perempuan bernama Anne Mary Beckett itu berjalan di 'aisle'.
Dia tersenyum sinis. Jelas seperti mengejek.
Tiba-tiba saja seseorang datang duduk di tepinya dengan kasar. Dia memalingkan wajahnya melihat ke arah lelaki itu.
"Kau pergi mana? Lama aku tunggu!" Ucap gadis itu marah.
Lelaki itu hanya tersenyum. Timbul dua lekukan di pipinya. Kulit putihnya kelihatan sedikit merah kerana suhu yang panas. Dia nampak sedikit berpeluh dan kelelahan.
"Ada hal sikit." Balasnya. Rambut hitamnya disikat dengan jarinya.
"You may kiss the bride." Ucap paderi itu. Everette mencium Anne Mary. Ya ini adalah majlis perkahwinan Everette.
Semua tetamu di situ berdiri dan menepuk tangan.
"Tak sangkakan? Uncle Ery kahwin juga." Ujar lelaki itu sambil menepuk tangan.
"Hayden, kau suka ke mak tiri baru kau?" Tanya gadis itu. Mukanya tak senyum. Tangannya juga ditepuk tidak ikhlas.
"Tak." Ringkas jawapan dari Hayden.
North ketawa perlahan. Gadis itu adalah North.
"Aku benci dia. Macam aku tak tahu yang dia tu dah 5 kali kahwin. Aku pun tak tahulah kenapa bapak nak kahwin dengan dia." Ujarnya. Dia sendiri pun pelik masa Everette memberitahunya dia ingin mengahwini janda anak satu itu.
North terpandang ke arah lelaki barat yang duduk tidak jauh dari mereka. Lelaki itu nampak tersenyum gembira sambil menepuk tangannya.
Semua tetamu sudah duduk. Cuma North sahaja yang masih berdiri.
Hayden menarik tangan North untuk duduk.
"Duduklah sundal." Bisiknya perlahan.
.
.
.
.
.
Majlis telah tamat, sekarang adalah masanya untuk Everette memperkenalkan ahlis keluarga barunya."This is Gennie and this is Hayden. Both of you, greet Mary." Everette berkata.
Mary tersenyum sebelum menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Hayden. Hayden hanya melihat tangan Mary. Mukanya dingin.
Itulah sifat Hayden. Dingin. Dia membesar di bawah jagaan Everette dengan pelbagai latihan untuk berkhidmat dengan The Saint. Dan kini umurnya sudah 24 tahun.
Mary agak pelik kerana Hayden tidak membalas hulurannya. Tangannya dihulurkan pula ke arah North.
North membalas hulurannya tak ikhlas. Cukup kulit mereka tersentuh sahaja.
Everette diam tak bersuara. Dia hanya memandang North. North juga memandang ke arah Everette.
"This is Charlie. Mary's son." Everette memperkenalkan seorang lelaki barat yang berpakaian serba putih itu. Lelaki itu tersenyum sambil menghulurkan tangannya kepada Hayden.
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐋𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑
ActionDia memanipulasi, kejam, tak berperikemanusiaan. Tunangnya sendiri pun dia bunuh, apa yang kau expect dari dia? "Bye-bye dear, I'm gonna miss you so much! Hahah!" Darah yang terpancut keluar itu disapu ke kulit putihnya. Itulah Saint North Genevieve...