"I'm glad that you're fine." Mary memeluk North. Kepala gadis itu diusap-usap.
North yang duduk di atas katil pesakit itu tersenyum tipis. Lehernya ditampal dengan plaster luka yang besar.
Semua orang ada di situ. Kai, Hayden, Everette, Puan Suraya, Dayang dan Mary. Kecuali Charlie. Dia baru naik kapal terbang balik ke Malaysia beberapa jam yang lalu.
"Hayden kau nampak tak happy je." North bertanya.
Dia perasan, lelaki itu dari tadi seperti dalam mood yang tak baik.
Hayden mengalihkan fokusnya dari telefon bimbit kepada North. Senyuman tak ikhlas dilemparkan.
"Tak adalah. Aku sakit perut. Salah makan kot." Balasnya.
"Dah alang-alang kat hospital ni, lebih baik jumpa doktor Hayden." Everette mecelah. Dia duduk di atas sofa hitam sebelah Kai.
Kai sudah diulit mimpi. Dia tidur berbantalkan beg sandangnya. Penat betul lagaknya.
Hayden tersenyum canggung. "Tak apalah. Dah tahan dah sikit."
North melihat sekeliling katilnya. Bakul yang berisi buah apel dan pisang dicapai.
Dayang membantu North mengambil bakul itu.
"Ini ada buah. Kau nak?" North mempelawa buah itu kepada Hayden.
Hayden menghela nafas perlahan sebelum menggeleng.
"Gennie, don't move too much. Your condition still weak." Mary berkata. Tangan North digenggam perlahan.
Semua orang sibuk berbual. Sama juga dengan Mary. Dia berbual dengan semua orang di situ sambil menggosok-gosok tangan North.
Hayden hanya berdiri dekat dengan pintu. Dia kadang-kadang tertawa mendengar perbualan mereka semua.
Matanya melihat ke arah North. Gadis itu juga sama. Dia melihat ke arah Hayden. Senyuman dilemparkan.
Hayden membalas dengan senyuman tipis. Dia tak mahu North mengesyaki apa-apa.
Mereka semua telah pulang. Tinggal Kai dan Hayden sahajalah yang menjaga North. Dayang juga sebenarnya mahu tunggu di sini, tapi kata Everette biarlah mereka berdua yang jaga, Dayang di rumah jaga Puan Suraya saja.
North sedang tidur. Kai juga sama. Dia masih tertidur berbantalkan beg sandangnya. Belum bangun dari tadi. Cuma dah diupgrade dengan kedua-dua kaki naik ke atas sofa panjang itu.
Hayden duduk di atas kerusi plastik hitam di situ. Dia masih bermain dengan telefon bimbitnya.
Dia mendongakkan kepalanya ke arah katil pesakit bila dia dengar North cuba untuk bangun.
Dia berdiri lalu mendekati katil pesakit itu.
"Nak apa?" Soalnya senada.
North sudah duduk bersandar di kepala katil.
"Ambilkan air." Mintanya.
Hayden menuangkan air dari dalam jug ke dalam gelas yang berada di atas meja di tepi katil. Lalu gelas itu dihulurkan kepada North.
Gadis itu membalas huluran Hayden. Air di dalam gelas itu diteguk. Gelas yang koaong itu diberikan kembali kepada Hayden.
Hayden mengambil gelas itu lalu diletakkan semula ke atas meja. Dia memusingkan tubuhnya untuk kembali ke kerusi yang diduduki tadi.
Tangannya dipegang North. Hayden memalingkan wajahnya ke arah North kembali. "Nak apa?"
North menghela nafas. "Duduk la sini. Aku tak boleh tidur."
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐋𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑
AcciónDia memanipulasi, kejam, tak berperikemanusiaan. Tunangnya sendiri pun dia bunuh, apa yang kau expect dari dia? "Bye-bye dear, I'm gonna miss you so much! Hahah!" Darah yang terpancut keluar itu disapu ke kulit putihnya. Itulah Saint North Genevieve...