11

35 3 1
                                    

Everette, Charlie dan Mary sedang makan malam. Tiba-tiba saja pintu dapur mereka diketuk.

"Uncle Ery. Maaflah menggangu. Hayden mana? Dia tak sihat ke? Ibu dah tunggu dia nak makan malam." Dayang berkata.

Everette memandang ke arah Dayang sebelum dia memandang Charlie.

"Charlie can you please help me? Please call Hayden for dinner. Tell him Dayang is looking for him." Everette menyuruh Charlie untuk memanggil Hayden.

Tanpa banyak bunyi, lelaki barat itu terus bangun dari duduknya dan menuju ke arah lif untuk ke bilik Hayden yang berada di tingkat atas.

"Oh ya by the way, where's Gennie?" Mary bertanya.

Daging steak menjadi hidangan makan malam mereka malam ini.

Everette menggeleng perlahan.

"Dayang ada nampak Gennie?" Dayang pula yang disoal.

Dayang menggaru kepalanya yang tak gatal di sebalik tudung hitamnya.

Manalah dia tahu mana minah tu pergi.

"Err Dayang pun tak tahu uncle. Last Dayang nampak dia pagi tadi. Dia cakap nak pergi office uncle." Balas Dayang.

Everette mengerutkan dahinya. Memang North ada datang office. Tapi pagi tadi. Takkan tak balik lagi?

"Oh! Baru uncle ingat. Gennie keluar dengan Hayden. Tapi tu tengah hari tadi. Dua orang tu tak balik lagi?" Sekali lagi dia menyoal Dayang yang tak tahu apa-apa.

"Uncle, he's not in his room." Ucap Charlie yang baru keluar dari pintu lif.

Lelaki itu kembali duduk di kerusinya. Steaknya dimakan kembali.

"Diorang tak balik lagi la kot Dayang. Nanti dia balik uncle suruh Hayden pergi makan ya." Beritahu Everette.

Dayang menangguk sebelum berlalu pergi dari situ.

"Charlie I heard from mummy that you're dating Gennie? Is it true?" Everette berkata.

Wajah tua lelaki itu senyum tipis. Dia tidak ada masalah dengan hubungan Charlie dan North. Senang cerita, dia merestuinya jika itu memang benar.

Charlie tersenyum. Dengan perlahan dia mengangguk.

"Good for you. I'll support both of you." Senyuman di wajah Everette semakin lebar.

Mary juga sama. Dia sudah tersenyum lebar. Mata Charlie ditatap.

Mata kedua-duanya bertatapan. Senyuman senget penuh misteri diukir oleh Charlie.
.
.
.
.
.
.
Setelah merasa jauh berjalan, mereka masih belum menemui jalan keluar.

North tiba-tiba merebahkan tubuhnya ke atas rumput yang sedikit lapang.

"Kaki aku dah tak boleh jalan Hayden. Kaki aku dah tenat! Aku dah penat!" North berteriak kuat. Dia dah penat.

Hayden melihat ke arah North yang sudah merebahkan dirinya. Hayden meraup wajahnya. Dia rasa macam jalan dengan hantu. Wajah gadis itu terkena percikan darah.

Apa boleh buat? Kalau diteruskan berjalan pun rasanya mereka takkan jumpa jalan keluar dalam keadan gelap begini.

Hayden juga ikut merebahkan tubuhnya di sebelah North. Rasa lega dapat rebahkan tubuh ni.

Kelipan-kelipan bintang di langit dipandang. North mengangkat tangannya di udara. Seumpama mahu menyentuh bintang-bintang itu.

"Ni baru pertama kali aku tengok bintang-bintang macam ni." ujar North.

Hayden tertawa kecil. "Seriously? First time?" dia memalingkan wajah ke arah North.

Gadis itu mengangguk. "Masa aku kecik, aku tak berani duduk kat luar malam-malam. Sebab bapak kata, mak aku dulu mati dibunuh tengaha malam."

𝐁𝐄𝐋𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑Where stories live. Discover now