Pintu ruangan itu diketuk perlahan. Seorang jururawat yang sedang menyusun beberapa botol ubat di rak itu berpaling ke arah pintu.
"Siapa pula ni? Doktor Ruby cuti hari ni. Nurse-nurse yang lain pun tengah lunch." Jururawat lelaki itu berkata kepada dirinya sendiri.
Pintu itu memerlukan kad klinik itu untuk membuka pintu, kalau tidak ia perlu diakses dari dalam.
Maknanya orang yang mengetuk pintu itu bukan kakitangan klinik ini.
Jururawat lelaki itu menyusun beberapa jarum suntikan ke dalam bekas yang disediakan sebelum dia bangun dan memeriksa skrin yang menghubungkan keadaan luar ruangan itu.
Dia melihat seorang gadis yang berpakaian jururawat. Gadis itu memakai cermin mata. Rambutnya bewarna hitam diikat sanggul. Gadis itu juga membawa beg di bahunya.
Baru dia teringat, doktor Ruby ada memberitahunya semalam bahawa akan ada seorang jururawat baru yang akan melaporkan dirinya hari ini. Mungkin inilah jururawat itu.
Jururawat itu menekan butang akses yang membenarkan pintu itu dibuka dari luar.
Gadis di luar itu memulas tombol pintu itu perlahan. Pintu itu dibuka. Dia masuk ke dalam ruangan itu.
"Yes?" Jururawat lelaki itu berkata.
Dia melihat ke arah tanda nama gadis itu. Gennifer.
Pelik sungguh. Selalunya Jennifer, tapi ini Gennifer. Lelaki itu berkata dalam hati.
"Saya nurse yang baru dipindahkan ke sini. Saya nak jumpa Doktor Ruby. Err ni ke Doktor Ruby?" Soal gadis itu.
Jururawat lelaki itu memandang gadis yang setinggi 161 cm yang berdiri di hadapannya itu. Dia menghela nafas mengejek.
"Muka aku ni nampak macam perempuan tua tu ke?" Balasnya angkuh.
Gadis itu memperbetulkan cermin matanya. Beg di bahunya juga diperbetulkan.
"Eh, maaf. You Yusuf. Bukan Ruby." Gadis itu berkata apabila dia melihat tanda nama lelaki itu. Dia tersenyum nampak gigi. Gadis itu memakai pendakap gigi.
Yusuf jelas tersenyum mengejek. Perempuan nerd mana pula ni?
"Dia off day hari ni. Tak apa, masuk." Balasnya.
Yusuf berjalan menuju ke arah meja kerja Doktor Ruby. Ruangan itu adalah ruangan Doktor Ruby. Yusuf berada di situ kerana dia menyusun beberapa ubat-ubatan dan alat-alat hospital di situ.
Dia duduk di kerusi kerja Doktor Ruby. Papan kekunci komputer di depannya di tekan-tekan sebelum dia bersuara.
" Gennifer Mermaidman?" Dahinya berkerut membaca nama gadis itu. Sungguh pelik.
Gennifer mengangguk. Senyuman masih utuh di bibirnya.
Yusuf kembali memfokuskan dirinya terhadap komputer itu.
Beberapa minit kemudian, dia bersuara.
"Welcome to Ruby Specialist. Sekarang kau dah jadi kakitangan klinik ni. Kau kena tahu beberapa peraturan kat sini." Katanya.
Gennifer mengeluarkan buku nota bewarna pink dan pen yang mempunyai rambu-rambu bewarna unggu di atasnya. Dia bersedia untuk menyatat semua peraturan itu.
Yusuf yang melihat itu senyum senget. Dia menganggap gadis itu senang untuk diperdaya.
"Satu. Kau bekerja dengan Ruby Specialist bermakna kau dah libatkan diri kau dalam bahaya."
Gennifer mengerutkan dahinya. Cermin matanya diperbetulkan.
"Dalam bahaya? Kenapa?" Soalnya.
Yusuf tiba-tiba membuat muka serius. "Sebab, Ruby Specialist adalah klinik di bawah The Saint. Kau kenal?" Yusuf bertanya. Gennifer menggeleng.
YOU ARE READING
𝐁𝐄𝐋𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑
ActionDia memanipulasi, kejam, tak berperikemanusiaan. Tunangnya sendiri pun dia bunuh, apa yang kau expect dari dia? "Bye-bye dear, I'm gonna miss you so much! Hahah!" Darah yang terpancut keluar itu disapu ke kulit putihnya. Itulah Saint North Genevieve...