13

4 0 0
                                    

Sudah dua hari sejak kejadian Hayden dan North dikejar oleh orang suruhan Lion, dan sudah dua hari juga North di tahan di Ruby Specialist, hospital peribadi Everette di bawah naungan The Saint.

North masih belum sedarkan diri. Dia koma. Tapi kata Doktor Ruby, tidak ada yang serius jika North berjaya sedarkan diri.

Dan masalahnya sekarang, gadis itu tidak sedarkan diri.

Hayden dan Kai lah yang menjadi peneman North di hospital itu selama dua hari ini.

Si Kai tu sebenarnya bukan ikhlas sangat, cuma dia dipaksa oleh Hayden.

Mana buah hatinya si ChaCha berlauk tu?

Lelaki barat itu tiba-tiba ada hal mendadak di Australia. Jadi, dia sekarang berada di luar negara.

"Hayden, aku nak ke kedai jap. Aku nak beli air la. Dahaga." Kai berkata sambil bangun dari duduknya.

Dia mengenakan t-shirt berwarna biru gelap dengan seluar jeans hitam.

Seluarnya disapu-sapu sedikit kerana sisa-sisa biskut yang dia makan tadi.

Hayden yang hampir terlelap itu membuka matanya.

Hayden tidur di atas sofa panjang yang disediakan di dalam ruangan itu. Lelaki itu memakai baju t-shirt hitam dengan seluar jeans berwarna hitam separa lutut.

Dia bangun dari tidurnya. Wajahnya diraup sekali untuk menghilangkan kantuknya.

"Aku nak pergi jugak. Nak cari jajan la." Dia berdiri.

Bag sandang, dompet dan telefonnya dicapai.

"Kita tinggal sekejap takpe ke?" Soal Kai. Risau kalau terjadi sesuatu yang tak diingini semasa ketiadaan mereka.

Hayden melihat ke arah North yang terlantar di atas katil hospital itu. Wajah gadis itu masih pucat.

Dia meangguk perlahan. "Takpa. Kan ada nurse."

Kai mengangkat kedua-dua bahunya. Menandakan dia hanya mengikuti kata-kata Hayden.

Mereka berdua keluar dari ruangan dimana North ditempatkan. Mereka menuju ke arah lif.

Ketika berada di dalam lif, Hayden dengan tiba-tiba rasa risau tinggalkan North seorang diri.

"Kai, kau call Dayang suruh dia teman Gennie sekejap. Risaulah pula nak tinggalkan dia sorang-sorang."

Kai mengeluh perlahan.

"Kita nak ke kedai je pun. Sekejap aje, paling lama 20 minit. Tak rasa menyusahkan Dayang ke?" Kai bertanya.

Hayden berfikir sejenak. Betul juga tu.

"Tapi... Ala kau call jela. Sekejap aje." Hayden masih berkeras.

Mahu tak mahu, Kai mengikuti arahan Hayden. Telefonnya diambil dari beg sandangnya.

Nombor Dayang didail.

"Hello assalamualaikum." Panggilan dijawab.

"Waalaikummussalam. Dayang awak boleh datang kat hospital tak sekarang. Tolong temankan Gennie sekejap."

𝐁𝐄𝐋𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang