15

6 0 0
                                    

"Tak mau dah Hayden. Berhentilah. Aku rasa macam dah nak pengsan." Kai sudah duduk di atas rumput.

Hayden masih lagi cergas berjogging. Kai yang sudah terduduk di situ dihiraukan.

"Baru nak pengsan, belum mati." Sean berkata sambil menuangkan air mineral ke atas kepala Kai.

Kai, Hayden dan Sean memang sudah lama kenal. Mereka sering-sering juga berjumpa. Sean adalah rakan universiti Kai. Sean dan Hayden kenal ketika majlis graduasi Kai 2 tahun yang lalu.

Si Kai ni nampak saja begini, tapi berpendidikan tau. Masa tengah belajar pun sempat dia join grup mafia ya? Kai mempunyai sebabnya yang tersendiri.

"Woi! Korang ni bela saka ke apa? Dah 10 kali kita round track ni! Korang tak penat ke?" Kai sudah terbaring di atas rumput di situ.

Hari ini hari minggu. Jadi Hayden bercadang mahu berjogging. Sebab tak nak kesunyian, dia ajaklah dua ketul manusia ini ikut dia sekali.

Kalau Sean, boleh la dikatakan ajak. Kalau Kai tu, dipaksa sebenarnya.

Hayden berhenti berlari. Dia meregangkan tubuhnya.

Dia memalingkan tubuhnya ke belakang apabila dia mendengar bunyi bising.

Dia melihat Sean yang sedang menarik-narik kaki Kai untuk berdiri.

Dia berlari anak menuju ke arah dua makhluk itu.

"Dah la jom la balik. Dah nak dekat pukul 7 ni. Aku nak tidur." Hayden berkata sambil menepuk bahu Sean perlahan.

Dengan pantas Kai berdiri. Oh katilku! Memang dia nak tidur saja seharian ini.

Mereka bertiga berjalan menuju ke Lamboghini milik Hayden yang terparkir di kawasan taman itu.

Sean yang memandu kali ini. Katanya mahu cuba memandu Lambo!

"Kita pergi supermarket jap. Gennie kirim barang." Hayden berkata sambil membaca mesej yang telah dihantar oleh North.

Dua lagi makhluk itu tidak banyak bunyi. Hanya mengikuti kata-kata Hayden.

"Boleh aku tanya? Gennie tu, siapa?" Sean bertanya.

"Oh Gennie tu..." baru saja Kai mahu menjelaskan, Hayden mencelah.

"Adik aku." jelas dan padat.

"Ooooooooo" Haqeem menangguk.

Sean tidak tahu tentang latar belakang keluarga Hayden dan Kai. Yang dia tahu, Hayden anak orang kaya dan mempunyai beberapa cawangan syarikta di seluruh Malaysia.

Hayden sedang menolak troli. Kai pula tengah rileks sambil makan aiskrim. Dia berjalan di sebelah Hayden.

Sean pula berada di depan. Alang-alang mereka di sini, lebih baik mereka mencari bahan-bahan makanan yang hendak dibawa mereka.

Bawa ke mana? Haaa sini nak cerita.

Dari minggu lepas lagi, mereka bertiga bercadang mahu bercuti di kawasan pulau. Kai yang bersungguh-sungguh hendak ke pulau, sedangkan sebenarnya Sean dan Hayden hanya mahu mendaki bukit saja.

"Kita nak beli apa bawak kat sana?" Sean bertanya.

Tangannya sibuk membelek-belek makanan sejuk beku.

"Lepastu kau biarkan je?" ujar Kai. Aiskrim cornettonya dijilat-jilat.

"Habistu kau nak aku buat apa? Pergi kat Gennie lepastu cakap aku tak suka kau selalu berduaan dengan Charlie. Macam tu?" balas Hayden menyampah.

Mereka menghiraukan pertanyaan Sean. Sebenarnya dari tadi lagi mereka tidak fokus dengan apa yang dibicarakan Sean.

Mereka hanya ikut saja lelaki itu. Okeylah tu, sekurang-kurangnya ada yang tolong tolak troli. Kan?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 24 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐁𝐄𝐋𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑Where stories live. Discover now