MHSP 1

803 29 0
                                    

Hujan turun membasahi bumi seumpama turut sama menangisi perjalanan hidup seorang wanita bernama Ayra Sophia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hujan turun membasahi bumi seumpama turut sama menangisi perjalanan hidup seorang wanita bernama Ayra Sophia.

Duduk termenung sambil merenung nasib diri yang tak seindah seperti yang diimpikan. Keluhan kecil tercetus di bibir. Mengeluh mengenangkan segalanya yang berlaku dalam hidupnya.

Baru sahaja Ayra memegang status balu dan ibu tunggal setelah pemergian Hariz,sang suami yang dinikahi bukan atas dasar cinta.
Perkahwinan pertama Ayra yang hanya mampu bertahan selama dua tahun.

Perkahwinan yang terjadi atas kesilapan yang lalu.
Rindu?tak mungkin, apatah lagi cinta,jauh sekali semuanya itu tercatat dalam kamus kehidupan Ayra Sophia.

Bahagia?.. Entah,Ayra Sophia lupa definisi sebenar bahagia itu bagaimana rasanya.
Hanya bertahan dan terus bertahan demi insan kecil yang hadir dalam kehidupan mereka suami isteri.

Benar kata orang, mahligai yang dibina atas dasar nafsu semata-mata tidak akan pernah menjanjikan sinar bahagia.
Perkahwinan seumpama itu hanya menjadikan derita sebagai warna-warni alam rumahtangga.

Ayra akui kesilapannya itu.Ayra akui juga kesilapan lalunya itu menyebabkan dia kehilangan orang yang benar- benar dia cintai. Satu-satunya insan yang dia cintai meskipun setelah bergelar isteri orang.

"Hariz,terima kasih atas kenangan dua tahun bersamamu.Meskipun tanpa rasa cinta dariku masih mampu bertahan.."

"Terima kasih atas kasih sayangmu,kesabaranmu meskipun semua itu ku anggap derita.
Terima kasih juga kerana terus bertahan dengan ku."bicara Ayra sambil jari jemarinya mengusap potret Hariz.

"Maaf atas segala kesilapan, kekurangan Ayra sepanjang perkahwinan kita.Ayra bukan isteri yang baik buat Hariz.Ayra gagal..gagal membalas kesetiaan, kasih dan cinta Hariz."jari jemarinya masih setia mengusap potret itu.

"Ayra tahu betapa besar salah Ayra pada Hariz.
Ayra tak pernah..bukan..Ayra degil.masih ingin pertahankan cinta Ayra terhadap dia.maafkan Ayra"

Hanya tangisan kecil kedengaran sambil potret itu didakapnya erat dalam pelukan.

Melihat wajah anak kecil yang setia duduk di sisinya,hati Ayra terusik lagi. Anak kecil zuriatnya bersama arwah Hariz kini kehilangan kasih seorang ayah pada usia yang sangat muda. Si kecil yang baru sahaja berusia setahun itu sudah kehilangan kasih ayah.

Kini dia sedar di usia yang muda dia perlu menggalas tugas sebagai ibu dan juga ayah untuk anak tunggalnya itu. Sedar bahawa anak kecil zuriatnya bersama Hariz harus dibesarkan tanpa merasa kurangnya kasih seorang ayah.

Ayra juga sedar betapa bersalahnya dia,sedar betapa kesalnya dia,sedar betapa terlambat untuknya berpaling. Sedar betapa gagalnya dia untuk menjadi seorang isteri yang baik kepada lelaki yang mencintai dirinya.

Tiada lagi kesempatan kali kedua untuknya mencuba memperbaiki segalanya.Hariz telah pergi buat selamanya bersama cinta yang tidak pernah di balas olehnya.

Namun Ayra bersyukur sekurang-kurangnya dia tidak perlu lagi berpura- pura bahagia di hadapan keluarga mereka.Tiada lagi senyuman palsu yang terukir di bibirnya acapkali bertemu dengan ahli keluarga mereka. Tiada lagi kepuraan yang perlu dia lakonkan setiap kali bersua muka dengan keluarga suaminya.

Dan yang pasti kini,Ayra Sophia perlu harus kuat mendepani hari-hari mendatang tanpa Hariz.Perlu tabah demi membesarkan satu-satunya zuriatnya bersama Hariz. Dia harus kuat demi insan kecil yang akan menemani setiap langkahnya kelak.







To be continue.....

Matinya Hati Seorang Perempuan [Completed]Where stories live. Discover now