Keluar sahaja dari pintu utama bangunan tempat kerjanya, Ayden dikejutkan dengan kehadiran seseorang. Seseorang yang tidak mahu dia temui lagi dalam hidupnya, yang namanya telah lenyap saat dia dihadiahkan dengan kecurangan insan itu.
Seketika tubuhnya bagai di paku ke lantai tanah. Tidak mampu untuk mengorak langkah. Hanya pandangan kosong dilontarkan kearah wanita itu tanpa secalit senyuman yang terukir di bibir Ayden.
"Kau?"hanya itu yang mampu dituturkan oleh Ayden.
Tunak matanya memerhati wajah itu. Wanita di depannya itu tersenyum sambil berjalan menghampiri Ayden. Wanita itu langsung tidak mempedulikan riak wajah Ayden yang nyata berubah saat menatap wajahnya.
"Ya,saya. Awak..." belum sempat wanita itu bertanya, Ayden segera memintas bicaranya.
"Ayra,kau buat apa datang ke sini?" soal Ayden dengan nada suara yang dingin.
Dia hairan bagaimana wanita itu boleh tahu tempat kerjanya. Setahu Ayden hanya ahli keluarganya dan kawan rapatnya sahaja yang tahu lokasi tempat dia bekerja. Takkanlah kawan rapatnya yang bocorkan rahsianya.
"Saya datang nak jumpa awak."balas Ayra. Masih kekal dengan senyuman yang terukir di wajahnya. Tidak mempedulikan kedinginan yang dipamerkan oleh lelaki itu.
"Pergi balik, tak perlu kau datang ke sini. Aku tak suka!"arah Ayden. Jelas nada suara Ayden yang nyata tidak suka akan kehadiran wanita itu.
Ayra memandang wajah tanpa riak milik lelaki itu. Tidak pernah terfikir akan melihat kedinginan yang terpamer di wajah lelaki yang dia cintai itu. Ternyata tempoh dua tahun perpisahan di antara mereka benar-benar merubah sikap dan layanan Ayden terhadap dirinya. Tiada lagi Ayden yang sentiasa tersenyum suka, ringan mulut saat bersama dengannya.
"Awak,saya minta maaf." pinta Ayra.
Memohon agar ada sisa kemaafan untuknya atas segala kesalahan lalunya."Untuk apa kau minta maaf?atas salah apa?"soal Ayden.
"Ayra nak minta maaf atas semua kesalahan Ayra. Saya masih cintakan awak." tutur Ayra penuh ikhlas dan mengharap adanya sinar kemaafan dari lelaki itu.
"Kau nak berdrama dekat sini kah? kalau nak sangat buat drama pergi cari orang yang boleh terima dan percaya semua drama kau."
"Ayden,saya tak berdrama saya..."belum sempat Ayra meneruskan kata-katanya, sekali lagi bicaranya di pintas Ayden.
"Cinta? dengar sini Ayra. Kisah aku dengan kau dah lama berlalu. Kau bukan siapa-siapa dalam hidup aku lagi. Kau tak layak langsung berbicara soal cinta dengan aku."
Ayra tersentap seketika dengan kata-kata yang terbit dari bibir Ayden. Kata-kata Ayden itu menghiris sekeping hati Ayra.
Namun Ayra sedar dia terlebih dahulu telah menyebabkan sekeping hati milik Ayden terluka saat dia berlaku curang terhadap lelaki itu. Namun semua yang berlaku dulu bukan atas pintanya. Biar waktu yang menceritakan tentang hal sebenar yang berlaku dulu.
Melihat layanan dan sikap Ayden terhadap dirinya,Ayra berusaha untuk terus tersenyum meski ada hati yang sedang luka berdarah. Punah seketika hasrat untuknya menawan semula hati lelaki itu, dengan perasaan yang kecewa Ayra berlalu meninggalkan lelaki itu. Akan dia kembali lagi dengan niat yang satu, menawan semula hati lelaki itu.
~AYRA SOPHIA~
"Ada apa kau nak jumpa aku?"soal Hezran sebaik sahaja Ayden melabuhkan punggung di atas kerusi.
Petang tadi Ayden menghubunginya mengajak Hezran keluar.Ayden hanya memandang wajah kawan rapatnya itu sebelum memanggil pelayan untuk membuat pesanan makanan.
"Ada hal penting aku nak tanya kau."serius kedengaran nada suara Ayden.
"Hal apa?"
"Kau yang bagi tahu tempat kerja aku dekat perempuan itu kan?" Hezran memandang wajah Ayden.
"Perempuan?siapa?"soal Hezran kebingungan.
Terhenti seketika perbualan mereka saat pelayan restoran menghampiri meja mereka menghantar pesanan yang di pesan Ayden sebentar tadi.
"Ayra."ujar Ayden.
"Oh, Ayra... Ingatkan perempuan mana pula."balas Hezran.
"Jawab soalan aku Hez, kau yang beritahu dia kan?"tampak tegang raut wajah Ayden.
"Ya... Aku yang beritahu Ayra semua tentang kau. Aku kasihan dengan dia.
Ayra merayu dekat aku." jawab Hezran tanpa rasa bersalah.Seminggu yang lalu Ayra menghubungi dirinya ingin tahu tentang Ayden. Kerana janji Ayra, dia sanggup mengingkari janjinya dengan Ayden.
"Kau memang kawan tak guna Hez, habis aku kau tak kasihan?"soal Ayden dengan nada penuh rasa marah.
'Ya aku kasihan dengan kau sebab itu aku beritahu Ayra semua tentang kau... mana tahu jodoh korang berdua masih kuat kan?'Kata-kata itu hanya mampu dituturkan dalam hati. Hezran tidak mampu untuk meluahkannya. Takut akan menambah kemarahan sahabatnya itu. Ayden sekarang tidak lagi sama dengan Ayden yang dia kenal dulu.
"Ayden,aku minta maaf."pinta Hezran.
Dia sedar akan silapnya. Memungkiri janji agar tidak memberitahu segalanya tentang Ayden kepada siapapun juga terutama Ayra, wanita yang telah mengecewakan temannya itu. Meski dia lakukan dengan niat agar kedua-dua temannya itu kembali bersama semula tapi dia sedar akan salahnya. Hezran perlu untuk memohon kemaafan kerana Ayden satu-satunya teman baiknya.
"Yalah,aku maafkan kau kali ini."ujar Ayden. Mana mungkin dia tidak memaafkan Hezran. Lelaki itu sahabatnya sedari zaman persekolahan lagi.
"Ayra dah jadi janda."tutur Hezran.
Ayden hanya memandang Hezran tanpa sebarang riak di wajahnya."Janda anak satu."tambah Hezran lagi.
Sepi seketika. Tiada sebarang balasan dari Ayden. Seolah-olah lelaki itu tidak sudi mendengar semuanya tentang Ayra.
"Kau tak nak diakah?"soal Hezran sengaja ingin menduga isi hati Ayden.
Ayden hanya diam sambil menikmati makanan yang terhidang di depan matanya. Nampaknya menikmati makanan itu lebih baik daripada mendengar cerita tentang Ayra.
Soal Ayra dibiarkan berlalu pergi.
Baginya itu semua masa silam yang telah dia lupakan. Kisah yang terlalu menyakitkan untuk diingat semula.Ayden enggan membiarkan dirinya larut dalam kenangan yang terlalu menyakitkan itu. Dua tahun tempoh masa untuknya pulih semula dari "sakit" yang diberikan Ayra.
Dan saat setelah dia belajar menerima takdir mengapa mesti dia dipertemukan semula dengan wanita itu? Mengapa mesti luka itu diusik semula? Mengapa?
To be continue...
YOU ARE READING
Matinya Hati Seorang Perempuan [Completed]
RomanceFirst sadromance BASED ON TRUE STORY sinopsis Sebuah kisah tentang hati antara Ayra Sophia x Ayden. Kerana kesilapan lalunya,dia kehilangan. Kehilangan orang yang benar dia cintai. Kerana cintanya,dia kembali mengejar. "Awak tetap orang yang saya c...