MHSP 8

367 17 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Demi sebuah kemaafan aku terpaksa
Namun ku akui jua aku turut menginginkannya
- AYRA SOPHIA



Senyuman terukir di bibir Ayra saat terpandang susuk tubuh seseorang yang dia nantikan,lelaki yang dia cintai. Entah apa yang merasuk pemikiran Ayden, hari ini dia sudi untuk keluar bersama Ayra. Dan dia sendiri tidak menyangka Ayden akhirnya sudi menghubungi dirinya.Ayra tertanya-tanya adakah lelaki itu telah memaafkan dia sehingga akhirnya sudi bertemu dengannya.

Dengan riak wajah yang bersahaja, Ayden mengambil tempat duduk di depan Ayra. Semakin melebar senyuman Ayra. Berbulan lamanya Ayra menanti sebuah kemaafan dari lelaki itu dan akhirnya kesudian Ayden untuk keluar bersama dirinya suatu hal yang menggembirakan hatinya.

"Saya dah pesan makanan untuk awak."ujar Ayra yang masih setia tersenyum. Entah mengapa dia sendiri sukar mengawal perasaan gembiranya tika ini.

"Kau tahu apa yang aku nak makan?"tanya Ayden.

Ayra mengangguk. Mustahil untuk dia melupakan semua tentang lelaki itu.

"Saya tidak pernah lupakan semua yang awak suka."balas Ayra.

"Ya?tapi aku dah lupakan semua tentang kau."ujar Ayden dengan nada suara yang dingin.

Mendengar jawapan itu, senyuman Ayra mati. Hati yang sudah pulih kembali terluka. Namun Ayra berpura-pura tersenyum kembali menutup rasa sakit di hatinya.

"Awak ajak saya keluar untuk apa?"soal Ayra.

Ayden hanya diam.Pandangan matanya setia memerhati raut wajah itu. Sungguh dia rindu namun rasa rindu itu hilang setiap kali teringatkan masa lalu yang pernah terjadi diantara mereka.

"Ada hal yang perlu aku bincangkan dengan kau."tegas nada suara lelaki itu mengundang debar di hati Ayra.

"Hal apa?"

Perbualan mereka terhenti seketika saat pelayan restoran datang menghampiri meja mereka untuk menghantar pesanan mereka.

"Kau nak aku maafkan kau kan?"soal Ayden sebaik sahaja pelayan restoran itu berlalu.

Ayra hanya mengangguk tanpa kata.

"Buktikan."

"Buktikan?"soal Ayra sedikit kebingungan.

"Ya dan kau sendiri tau cara untuk buktikan cinta kau pada aku. Dan jika kau berjaya membuktikan cinta kau itu aku mungkin akan memaafkan kesalahan kau."balas Ayden dengan senyuman sinis terukir di wajahnya.

"Dulu kau pernah lakukan itu dengan suami kau.. Tak salah pun untuk kau lakukan demi aku."

Ayra terpempan seketika. Permintaan Ayden merobek sekeping hatinya. Terlalu sakit dia rasakan kini.
Terasa maruahnya kini di pijak. Lelaki yang dia cintai meminta sesuatu yang sukar untuk dirinya tunaikan.

Matinya Hati Seorang Perempuan [Completed]Where stories live. Discover now