Setiaku terhenti di saat dia berpaling menyakiti seluruh hati yang sarat dengan cinta
✨AYRA SOPHIA ✨
Ayden merenung wajah kesayangannya yang sedang lena,hati lelakinya terusik lagi. Berdiri tegak menatap satu persatu wajah itu. Dari raut wajah Aylene yang lena di sebelah kanan Ayra, jelas sisa airmata di pipi si anak. Hati bertambah sebak, kerana terlalu ikutkan hati dia alpa seketika tentang anak itu. Beralih ke wajah wanita kesayangannya itu,hati turut dihantui pelbagai rasa.
Perlahan langkah kaki di bawa ke arah katil dan mengambil tempat di sudut kanan katil. Tangannya naik membelai lembut rambut Aylene setelah itu dibawanya jari jemarinya mengusap pipi tembam milik Aylene. Mengesat sisa airmata yg masih terlihat di pipi itu.
Sedang elok jari jemarinya mengusap pipi tembam itu, rengekan mula terbit dari bibir anak itu.
"Daddy..'
Jatuh kasihan Ayden mendengarkan rengek si anak. Perlahan dia jatuhkan tubuhnya berbaring di sisi Aylene.
"Daddy.."
Alahai anak daddy.. melihat keadaan si anak yang mula meracau-racau memanggil daddy, Ayden segera menggerakkan tubuh Ayra agar bangun dari lena.
Dalam keadaan masih mamai, rengekan Aylene menyusup ke pendengaran Ayra. Meski rasa ngantuk masih tersisa,Ayra tetap bangun dan segera menenangkan Aylene.
"Daddy.."
"Sayang daddy, daddy ada kat sini."Ayden mula memujuk si anak. Posisi tubuhnya berubah,dari berbaring ke duduk tegak sambil tangan setia mendodoikan Aylene.
"Sayang daddy.."pantas tubuh kecil si anak di pangku.
"Daddy.."dari rengekan kecil, tangisan Aylene mula bergema.
"Dah.. jangan nangis sayang.daddy dah ada ni."Ayden segera berdiri menuju ke pintu bilik. Mahu menenangkan Aylene di luar bilik. Dia tidak mahu tangisan Aylene akan mengganggu lena bayi kecil mereka.
Ayra hanya memandang kelibat Ayden yang hilang di balik pintu bilik. Di luar bilik masih kedengaran suara rengekan dan tangisan Aylene. Juga jelas kedengaran suara Ayden memujuk si anak.
Di luar bilik...
"Aylene sayang.. jangan menangis sayang."
Ayden terus berusaha memujuk si anak.
Hampir sepuluh minit berlalu tiada lagi kedengaran suara tangisan Aylene. Ayden menarik nafas lega sebaik sahaja anak itu berhenti merengek dan menangis.
Perlahan kaki melangkah menuju ke bilik.
"Aylene dah tidur?"soal Ayra. Perlahan tubuh si anak di baringkan di sisi Ayra.
YOU ARE READING
Matinya Hati Seorang Perempuan [Completed]
Storie d'amoreFirst sadromance BASED ON TRUE STORY sinopsis Sebuah kisah tentang hati antara Ayra Sophia x Ayden. Kerana kesilapan lalunya,dia kehilangan. Kehilangan orang yang benar dia cintai. Kerana cintanya,dia kembali mengejar. "Awak tetap orang yang saya c...