MHSP SPECIAL CHAPTER 1

705 18 0
                                    

Khas untuk pembaca story Matinya Hati Seorang Perempuan (MHSP).
Untuk anda special chapter kehidupan Ayra Sophia selepas bercerai.










"Lumrah hidup manusia kan Qis..bila dah dibuang jauh dari hidup mereka, baru terhegeh-hegeh nak kan kita semula."luah Ayra melalui panggilan telefon lewat pagi tadi.

"Lumrah hidup manusia jugakan Ay..dah dibuang dari hidup mereka tapi tetap setia mengenangkan kisah lalu yang hanya memberi luka dihati."balas Qis.

"Eh..kau ni. Aku baru nak meluahkan rasa kau dah buat aku hilang mood."ujar Ayra.

Kata-kata temannya itu membuatkan ada hati yang tercalar. Benar kata itu tapi hakikatnya tetap menyakitkan.

"Banyaklah kau hilang mood. Aku dengar nada suara kau okey je. Hilang mood apa pula?"balas Qis. Ayra dihujung talian hanya tergelak kecil mendengar kata-kata Qis.

Tak pernah terasa setiap kata-kata Qis kerana Ayra tahu Qis hanya mahu menyedarkan dirinya hakikat sebenar hidupnya kini.

Sengaja ingin mengusik emosi Ayra.

Sekian waktu tidak mendengar sebarang luahan hati Ayra mengenai hidupnya kini, hari ini Ayra membuka bicara mengenainya.

Selalunya yang menjadi topik perbualan mereka berdua acapkali berhubung hanya memori lama zaman sekolah. Qis mahupun Ayra jarang sekali menjadikan isu perceraian Ayra sebagai topik perbualan.

Qis tidak mahu Ayra terus tenggelam dalam memori pahit itu.

"Kau dah kenapa?masih ada gangguan dari keluarga bekas suami ke?"soal Qis.

"Aku tak dapat lari dari gangguan mereka tu. Kau kan tahu antara aku dengan dia masih ada Adellya sebagai pengantara."ujar Ayra.

"Adellya kan dah besar.. tak seharusnya Adellya menjadi punca kau tak tentu arah. kau pun perlu untuk mengatur kehidupan sendiri."balas Qis.

"Atau yang sebenarnya kau masih ada rasa cinta dan sayang untuk bekas suami kau tu?"selar Qis.

Meski tahu jawapan Ayra namun Qis sahaja ingin menduga. Mana mungkin cinta pertama yang di sanjung tinggi melangit itu mudah dilupakan. Qis kenal sangat dengan Ayra. Dibibir kata lain tak sama dengan apa yang tersirat di hati.

Sesakit mana pun hati Ayra, hubungan dengan keluarga Ayden tetap baik, mungkin kerana Adellya atau mungkin keluarga Ayden baru menyedari hakikat sebenar Ayra bekas menantu yang baik.

"Aku.. entah lah Qis. Susah untuk aku nak kata."

Kan dah tahu. Tak perlu tanya. Bila bertentang mata dengan Ayra, lihat sahaja pada bahasa tubuh sudah tahu cinta buat lelaki itu masih ada.

Lagi pula Qis dengan Ayra kan banyak berkongsi rahsia.

Simpati dihati melihat hancurnya ikatan dua hati itu. Tapi takdir Allah siapa yang mampu menyangkalnya.

"Tahu..kau menyesal?"

Entah yang ke berapa kali soalan yang sama diutarakan oleh Qis mengenai hal penceraian Ayra.

"Nak aku jujur atau.."

"Jujur lah. Tak baik tipu."

"Ya. Aku menyesal sangat."

Sekali lagi jawapan yang sama Ayra berikan.

Andai waktu bisa diundurkan, Qis juga tidak mahu melihat kehancuran dua hati ini. Namun sebagai seorang sahabat, Qis juga tidak mahu Ayra terus hidup dalam derita berendam airmata melihat Ayden bahagia dengan orang lain.

Matinya Hati Seorang Perempuan [Completed]Where stories live. Discover now