Kekhilafanku tak pernah menjanjikan bahagiaku dengan dia
✨ AYRA SOPHIA ✨
✨POV AYRA✨
Peristiwa seminggu yang lalu asyik berulangkali berlayar di ruang memoriku. Entah mengapa sukar untuk aku melupakan setiap apa yang berlaku tika itu.
Setiap sentuhannya seakan menggetarkan Sukmaku. Tidak mampu untukku padam rasa rindu yang kian berkecamuk di naluriku. Semakin cuba ku lupakan namun semuanya tetap segar diingatan. Seolah-olah baru semalam ianya terjadi.
Sentuhannya seakan-akan sudah sebati dalam jiwaku. Malah aku impikan juga agar setiap malam ku terlakar indah bersama dengannya.
Saat ini aku terlupa seketika akan dosa yang sedang aku lakukan. Di minda seorang Ayra cuma terisi dengan kehangatan cinta yang tidak bertepian.
Namun seketika aku bagai disedarkan akan kata-kata yang dia tuturkan saat sesudah kami"bersama". Sukar untuk aku memahami erti kata-katanya itu. Adakah aku terlalu naif sehingga menyerah demi sebuah kemaafan yang telah sekian lama aku dambakan?
Kadang rasa diri ini sangat hina setiap kali kata-kata itu bergema di mindaku. Kadang merasakan aku tak ubah seperti sehelai kain buruk yang tiada nilainya di mata seorang insan yang aku cintai. Adakah ini balasan atas kesilapan yang pernah aku lakukan dulu?
Walau kadang terdetik rasa kesal dihati namun semua itu segera aku tepis jauh kerana aku tahu hanya itu jalan untuk aku dan dia bersatu. Dengan penyerahan ini aku tahu dia akan jadi milik aku semula selama-lamanya. Dan aku akan pastikan lelaki itu akan jadi milik aku.
Walaupun berjuta kali aku diperbodohkan Ayden,aku rela asal dia menjadi milik aku. Hanya nama itu yang tersemat kukuh di ruang hati Ayra Sophia.
"Aylene sayang.."usik Hezran.
Aylene hanya ketawa mengekek. Seronok apabila Hezran melayannya sedemikian rupa. Rasa seolah-olah kasih seorang ayah itu hadir walaupun bukan dari ayah kandung.
YOU ARE READING
Matinya Hati Seorang Perempuan [Completed]
RomanceFirst sadromance BASED ON TRUE STORY sinopsis Sebuah kisah tentang hati antara Ayra Sophia x Ayden. Kerana kesilapan lalunya,dia kehilangan. Kehilangan orang yang benar dia cintai. Kerana cintanya,dia kembali mengejar. "Awak tetap orang yang saya c...