Biarkan ia berlalu pergi
Kerana ku tahu pasti suatu saat nanti luka di hati kan sembuh semula
Meski sakit yang kurasa saat ini tak tertanggung oleh hati
Tapi ku percaya ada sinar bahagia di penghujungnya nanti
AYRA SOPHIASudah berbulan sejak berlangsungnya pernikahan kedua Ayden, Ayra lalui kehidupan harian yang agak sukar tanpa Ayden di sisi. Masih terlalu awal untuk Ayra membiasakan diri hidup tanpa Ayden di sisi dan bukan mudah juga untuk Ayra membiasakan diri dengan keadaan baru itu.
Dua belas tahun sentiasa bersama. Dalam apa jua keadaan bahagia atau derita, mereka berdua sentiasa bersama. Tidak pernah sesekali berpisah namun kini "terpisah" tanpa terlerainya ikatan suci antara mereka.
Sukar untuk Ayra mengusir bayangan Ayden yang sering menjengah di jendela hati kala rindu bertandang. Puas Ayra mengikis rindu itu namun dirinya sentiasa kalah. Rindunya kepada sang suami sangat mendalam.
Sakit..itu yang Ayra rasakan kini. Betapa sakitnya merindui insan yang telah membuang dirinya untuk selamanya. Hanya airmata setia menemani Ayra kala dirinya merindui Ayden.
Betapa peritnya mencintai lelaki yang hanya berpura-pura mencintai dirinya. Ternyata tempoh dua belas tahun itu meninggalkan kesan mendalam dalam hidup Ayra.
Setia yang dia persembahkan setulus hati dalam ikatan suci itu rupanya dipermainkan oleh Ayden.
Di ruang fikiran sentiasa tersemat memori suka dan duka bersama Ayden. Acapkali Ayra cuba menghakis memori itu, semakin kuat rasa rindu itu mencengkam jiwa.
Semakin kuat rasa cinta dan rindu berlabuh di hati,semakin kuat juga rasa sakit di jiwa hinggakan tanpa sedar rasa benci mula bersarang di hati. Rasa benci yang memaksa Ayra untuk berusaha memastikan rasa cinta itu lenyap dari lubuk hati.
Sejak dimadukan, Ayra hanya mampu menatap wajah Ayden dari kejauhan. Tidak lagi mampu menyentuh bahkan lebih dari itu juga dia tidak berdaya, hanya bayang-bayang lelaki itu yang bisa dia sentuh.
Setiap kali Ayden ingin meluangkan masa dengan anak-anak, Ayden memilih untuk membawa anak-anak keluar menghabiskan masa bersama.
Sedikit pun tidak pernah terdetik di hati lelaki itu untuk pulang bermalam di rumah Ayra. Sedikit pun tidak pernah terlintas di fikiran Ayden untuk berlaku adil.
Ayden benar-benar meninggalkan Ayra sendirian menjalani hari-hari mendatang tanpa suami di sisi. Mungkin juga menganggap dirinya tidak wujud lagi di mata lelaki itu
"Nak jumpa anak pun dekat luar. Apa salahnya masuk rumah. Rumah ini milik dia sendiri juga."keluh Ayra.
"Dah tu perempuan tu nak juga ikut. Takut sangat aku rampas laki dia. Dasar perampas. Dia yang merampas Ayden dari aku, tapi aku pula yang merana. Aku pun tak ingin lah dengan Ayden."keluh Ayra lagi.
"Mama dua konon..ada hati nak jadi mak anak aku."daripada anaknya, Ayra dapat tahu madunya itu membahasakan dirinya sebagai mama dua kepada anaknya.
Nasib baik madunya itu membahasakan diri sebagai mama dua. Entah-entah lepas ini ada mama tiga kot. Mana tahu Ayden buat hal lagi. Ayden kan lelaki.
Tidak mampu Ayra bayangkan nanti bagaimana keadaan dirinya sekiranya lelaki itu berkahwin lagi. Sekarang pun dah di abaikan apatah lagi sekiranya lelaki itu mempunyai tiga orang isteri.
"Nak bertentang mata dengan aku pun dia tak nak dah. Benci sangat dekat aku."keluh Ayra lagi.
Ayra sedar Ayden semakin menjauh darinya. Perubahan yang sangat ketara adalah lelaki itu tidak lagi mesra dengan dirinya.
Bila tiba giliran Ayden keluar bersama anak, isteri muda Ayden akan ikut serta. Entah Ayra sendiri pun tak tahu untuk apa perempuan itu nak ikut. Ayra tidak ingin untuk ambil tahu soal mereka.
Kadang di luar tanpa sengaja terserempak dengan Ayden dan isteri barunya merangkap madu Ayra, Ayra hanya mampu memandang kemesraan itu.
Terselit rasa cemburu melihat adegan mesra antara pasangan itu. Dia juga wanita dan dia juga isteri yang punya hak ke atas lelaki itu. Namun dia sedar hakikat kini dia hanya seorang isteri yang telah "dibuang" oleh lelaki itu.
Rindu..Ayra terlalu rindukan lelaki itu tetapi apa dayanya dia hanya isteri yang tidak lagi diingini oleh sang suami. Mana mungkin Ayra mampu memadam sepenuhnya rasa cinta dan rindu terhadap lelaki yang dia cintai sepenuh jiwa. Ayra hanya mampu menahan rasa di hati melihat kemesraan pasangan itu.
Meski terluka, Ayra tetap bersyukur Ayden tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ayah. Nafkah anak tetap lelaki itu berikan setiap bulan. Ayden benar-benar mengotakan janji tentang nafkah anak.
Itu memadai untuk Ayra. Walaupun nafkah zahir dan batin untuknya sendiri tidak dilaksanakan selayaknya oleh lelaki itu.
Nak harapkan dengan duit gajinya, sudah pasti tidak mampu menampung kos hidup mereka bertiga.
Tidur malamnya kini sepi tanpa belaian sang suami. Ayra cuba dan terus mencuba untuk membiasakan diri melewati malam yang sepi.
Namun Ayra juga wanita biasa. Dia adakalanya rindukan belaian kasih sang suami. Kini semuanya hanya mampu dia pendamkan jauh di lubuk hati. Hanya mampu memendam rindu yang tak bertepian.
Jika dulu tidur malamnya bertemankan suami kini hanya bertemankan airmata.
Rasa cemburu juga terselit di hati tatkala mengetahui layanan keluarga Ayden yang nyata tidak adil bagi dirinya. Keluarga Ayden mampu menerima madunya. Tapi tidak bagi dirinya. Keluarga itu tidak pernah menerimanya menjadi sebahagian daripada keluarga Ayden.
Sejak Ayden berkahwin lain, Ayra tidak pernah lagi bertandang ke rumah keluarga mertuanya. Ayra memilih untuk terus menjauhkan diri dari keluarga itu.
Itu yang terbaik untuk mereka semua. Hanya Adellya sahaja yang akan ke rumah neneknya.
Apapun yang terjadi antara Ayra dengan Ayden, Ayra tidak mahu hubungan antara anaknya dengan keluarga Ayden terputus. Hubungan silaturrahim antara mereka tetap terpelihara.
Betapa kejamnya dunia ini..merindui namun tak mampu meluahkan, mencintai namun tak mampu memilikinya lagi. Secara zahirnya hanya tubuh yang di miliki namun tidak pada hati.
Namun semuanya itu juga tidak lagi mampu Ayra miliki. Hati dan tubuh Ayden bukan milik mutlaknya. Sudah menjadi milik wanita lain yang sememangnya jauh lebih cantik dari dirinya.
Sangkanya dua belas tahun sudah mampu menawan hati sang suami rupanya tidak. Kepura-puraan sang suami berjaya mengaburi segalanya.
Silapnya kerana terlalu cepat percaya Ayden benar-benar telah memaafkan dirinya.
Andai dia tahu sedari awal Ayden hanya berpura-pura,tidak mungkin dia membiarkan dirinya jatuh dalam jerat ciptaan Ayden.
Kini dia hidup berpaksikan anak-anak. Ingin anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni seperti sebelumnya.
Rasa ingin mati itu adakalanya menguasai minda namun cepat-cepat Ayra beristighfar. Tidak mahu hasutan syaitan merajai jiwanya.
Ayra rindukan Hezran dan juga Qis. Dua orang sahabatnya itu pasti sentiasa memberi sokongan dan semangat untuk dia meneruskan hidup.
Namun saat ini Ayra benar-benar sendirian menempuh kelukaan. Tiada siapa di sisi melainkan anak-anak.
Ayra sedar hidupnya perlu diteruskan walaupun tanpa Ayden di sisi.
Ya..kini Ayra ingin lupakan semua. Ayra tanamkan dalam hati untuk hidup demi dua permata hatinya.
Melewati hari mendatang Ayra harus cekalkan hati. Mengharap esok kan ada sinar bahagia yang menanti untuk dirinya.
To Be Continue...
YOU ARE READING
Matinya Hati Seorang Perempuan [Completed]
RomanceFirst sadromance BASED ON TRUE STORY sinopsis Sebuah kisah tentang hati antara Ayra Sophia x Ayden. Kerana kesilapan lalunya,dia kehilangan. Kehilangan orang yang benar dia cintai. Kerana cintanya,dia kembali mengejar. "Awak tetap orang yang saya c...