Kusesali kini perginya dia dari hidup ini
Mengakhiri rasa cinta dihati
Ku bersumpah atas nama cinta
Tiada yang mampu menggetar Sukmaku
Selain dia bidadari teristimewa yang kini tidak lagi mampu ku sentuh bayangnya
AYDEN"Abang dah kenapa ni?masih tak boleh terima hakikat yang abang dah ceraikan perempuan sundal tu?"marah Nadia.
Sudah sebulan Ayden sah bercerai dengan Ayra namun yang membuatkan hati Nadia sakit lelaki itu tidak mampu menerima kenyataan penceraian itu. Masih bermimpi di siang hari akan jandanya itu.
"Jaga mulut tu sikit. Ayra bukan perempuan sundal. Ayra perempuan yang paling aku sayang."jawab Ayden tanpa mempedulikan kata-kata itu mengguris hati isterinya.
"Sayanglah sangat. Dah cerai buatlah cara dah bercerai. Ini tidak asyik nak kejar janda dia saja."bebel Nadia.
Tidak berpuas hati dengan sikap Ayden. Ingatkan bila dah bercerai, Nadia mampu menjadi yang pertama di hati Ayden buat selamanya tapi kini dia harus bersaing dengan bayang-bayang bekas madunya itu.
Terasa sia-sia apa yang dia usahakan selama tiga tahun. Bila kemenangan berpihak kepadanya namun semuanya tidak mampu digapai.
"Aku sayang Ayra seorang sahaja. Bodoh kan aku kerana nafsu aku sanggup duakan dia. Sekarang bila aku nak dia, dia pula dah tak nak kat aku."
"Abang!"naik seoktaf nada suara Nadia.
Nadia benar-benar sakit hati. Sejak bercerai, Ayden semakin dingin. Semakin menjauh darinya. Malah kata-kata yang lahir dari bibir Ayden juga banyak yang menyakiti hati Nadia.
Diawal penceraian Ayden dan bekas madunya, Nadia bersorak gembira kerana dia akhirnya berjaya menyingkirkan Ayra dari hidup Ayden tapi kini kegembiraannya itu tidak berbaloi. Sia-sia belaka.
Ayden bukan lagi seperti yang Nadia harapkan sedari mula perhubungan mereka. Lelaki itu sepertinya sudah gila talak.
"Abang sedar diri tu sikit. Ayra dah abang ceraikan."
"Ya..aku memang dah ceraikan dia tapi aku masih boleh rujuk semula dengan Ayra."
Mendengar kata-kata itu membuatkan Nadia ingin sahaja melemparkan bantal sofa ke arah Ayden. Biar lelaki itu sedar yang semua itu hanya angan-angan kosong.
"Abang ingat sikit ya. Janda abang tu dah abang ceraikan dengan talak tiga bukan talak satu. Nak rujuk apa lagi?dah tak boleh rujuk lah."
Naik geram Nadia dibuatnya. Ayden benar-benar sudah gila. Gila talak akan jandanya.
"Aku tak peduli. Ayra tetap akan jadi milik aku lagi."
"Ikut abang lah. Saya dah malas nak nasihatkan abang. Ingatkan bila dah bercerai selesai semua hal. Ini tak timbul pula gila talak abang ni."ujar Nadia seraya berlalu meninggalkan Ayden yang sedang menganyam anganan indah yang entah bilakan tercapai.
Sejak bercerai dengan Ayra, Ayden benar-benar jauh berubah. Hampir setiap saat hanya nama dan wajah Ayra yang sentiasa menjadi igauan.
Tiada nama lain selain Ayra Sophia yang sentiasa meniti di bibir Ayden. Hinggakan menjadi punca retaknya hubungan Ayden dengan Nadia.
Hinggakan memberi kesan terhadap hubungan antara Ayden dengan Nadia. Sejak bercerai, Ayden memilih untuk "berpisah" bilik tidur.
Malah Nadia juga tidak mahu sebilik kerana hatinya saban hari disakiti dengan perilaku Ayden.
Siang malam nama Ayra sentiasa meniti di bibir Ayden. Sebagai isteri, Nadia tetap merasa cemburu acapkali nama bekas madunya itu meniti di bibir Ayden.
Mengapa setelah kemenangan menjadi miliknya seorang, bahagia itu tidak mampu dia capai?
Inikah kifarah atas perbuatan lalunya? Menjadi yang ketiga dalam hubungan antara Ayden dan Ayra. Malah penyebab utama retaknya hubungan antara suaminya dan juga bekas madunya.
Saat ini hati Nadia turut retak melihat kegilaan Ayden. Malah turut menjadi mangsa sakitnya hati Nadia adalah anak-anak tirinya.
Jika dulu anak-anak itu mendapat layanan yang baik dari Nadia tetapi kini kerana sakit hati, Nadia tidak mahu melayan anak-anak tirinya itu.
"Mommy, daddy menyesal sangat sekarang ni."ujar Adellya.
Sebulan berlalu baru kini anak itu membicarakan soal ayahnya.
"Biarlah. Mommy dah tak nak ambil tahu tentang daddy kamu."
"Tapi daddy nak rujuk semula dengan mommy."
Hampir terlepas dari genggaman cawan yang sedang elok dalam genggaman tangan Ayra tatkala mendengar kata-kata Adellya. Terkejut Ayra dengan kata-kata yang baru sahaja terucap dari bibir si anak.
"Rujuk?"
"Ya. Daddy kata dia tak boleh hidup tanpa mommy. Daddy sayang sangat dengan mommy."
"Ya Allah.. daddy cakap apa lagi?nak rujuk apanya? Mommy dengan daddy dah tak boleh rujuk semula dah."
Adellya hanya diam. Dia hanya menyampaikan apa yang dikatakan oleh Ayden kepadanya.
"Daddy dengan mama dua pun dah tak macam dulu. Selalu gaduh sebab daddy nak mommy semula. Tidur pun dah tak sebilik."
"Daddy dengan mama kamu gaduh depan kamu?"soal Ayra ingin tahu.
Terbit dari hati kecil Ayra untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hal antara Ayden dengan isterinya itu.
Ayra takut andai dirinya masih lagi menjadi punca perbalahan pasangan suami isteri itu.
Adellya hanya mengangguk kepala sebagai jawapan kepada soalan Ayra.
Melihat reaksi Adellya, rasa marah pula dengan Ayden. Dah tua tapi tak berotak. Nak gaduh jangan depan anak-anak.
"Jangan peduli dengan apa yang daddy cakap. Dengar sini daddy dengan mommy tak mungkin akan rujuk semula sebab kami dah bercerai."kata Ayra.
"Tapi kan ramai yang bercerai tapi boleh rujuk semula. Tak kan mommy dengan daddy tak boleh rujuk semula?"
"Adik.. dengar ya. Mommy dengan daddy memang tak boleh rujuk semula. Kami bercerai dengan talak tiga sayang. Tak boleh rujuk semula dah."
Mendengar ujaran Ayra, wajah Adellya berubah mendung. Jika dulu hanya terpisah kerana si ayah berkahwin lain kini terpisah kerana penceraian. Selamanya niat dihati ingin keluarga mereka kembali bersama tidak lagi tercapai.
Jujur dari hati, Ayra terkesan melihat perubahan wajah si anak. Namun apa dayanya.. mempertahankan kedudukan sebagai isteri pertama tanpa rasa cinta di hati sangat payah. Lebih baik dia memilih untuk berundur agar hatinya tidak lagi terus tersakiti.
"Mommy minta maaf ya sayang..mommy memang dah tak boleh lagi hidup bersama dengan daddy. Tapi mommy tak akan pernah menghalang kamu nak berjumpa dengan daddy. Dia tetap daddy kamu sampai bila-bila."ujar Ayra seraya memeluk erat tubuh si anak sambil mengusap belakang tubuh.
Seandainya masa bisa berputar waktu, Ayra juga tidak mahu penceraiannya memberi kesan mendalam terhadap emosi anak-anak.
Sebolehnya Ayra ingin kekal mempertahankan ikatan perkahwinan ini namun dia sedar semuanya itu tidak mungkin berlaku andai sedari dulu tiada pengkhianatan antara mereka.
Andai masa mampu berputar semula Ayra ingin memilih untuk tidak pernah mengenali lelaki bernama Ayden agar tiada hati akan terluka namun siapa yang mampu meneka takdir perjalanan hidup di dunia..
To Be Continued..
YOU ARE READING
Matinya Hati Seorang Perempuan [Completed]
RomanceFirst sadromance BASED ON TRUE STORY sinopsis Sebuah kisah tentang hati antara Ayra Sophia x Ayden. Kerana kesilapan lalunya,dia kehilangan. Kehilangan orang yang benar dia cintai. Kerana cintanya,dia kembali mengejar. "Awak tetap orang yang saya c...