MHSP LAST SPECIAL CHAPTER

805 25 8
                                    


Kenangan itu biar tersimpan menjadi suatu pedoman.
Ayra Sophia Abdullah









"sejauh mana saya cuba membenci abang tapi saya tak boleh. Apa pun yang berlaku antara kita dulu biarkan berlalu.saya cuma inginkan kehidupan sendiri yang jauh lebih bahagia tanpa abang mahupun lelaki lain. Abang tetap insan yang pernah membuatkan saya merasai erti cinta sebenar,tetap daddy kepada anak-anak saya. Terima kasih kerana sudi terima saya semula dalam hidup walau hanya sesaat cuma. Terima kasih juga kerana sudi menjadi daddy yang baik dan penyayang untuk Aylene walaupun Aylene hanya sekadar anak tiri abang."tutur Ayra.

Pertemuan petang itu hanya sekadar memenuhi permintaan Ayden. Tidak lebih dari itu. Kata Ayden ingin selesaikan semua hal yang masih belum selesai. Entah hal apa Ayra sendiri tidak pasti. Hanya turutkan permintaan Ayden.

"Sejauh mana abang cuba melupakan sayang, abang tak mampu. Jujur abang katakan sejak kita berdua bercerai abang hilang nikmat hidup berkasih. Entah. Abang dah cuba tapi masih gagal. Kalau masa bisa berputar semula ke waktu dahulu, abang nak sangat jadikan Ayra satu-satunya bidadari dalam hati ini. Tapi abang tahu sedalam mana rasa sesal dalam diri abang sudah terlewat untuk abang. Semuanya sudah terlambat. Abang cuma mampu lihat Ayra bahagia tanpa abang. Terima kasih sebab berusaha pertahankan cinta kita walaupun akhirnya abang yang menghancurkan ikatan cinta itu. Terima kasih sebab sudi jadi wanita yang lahirkan dan besarkan zuriat abang. Abang sepatutnya balas kesetiaan dan pengorbanan sayang dengan ketulusan cinta tapi abang.."

Airmata Ayden jatuh lagi. Sukar untuk Ayden menahan empangan airmata itu dari pecah berderai dihadapan Ayra.

Hari ini biarlah semuanya jelas tanpa sisa rasa yang memeritkan jiwa mereka berdua.

"Tentang Aylene..abang tak pernah menganggap Aylene anak tiri abang. Dari anak inilah abang telah belajar erti kasih sayang. Sampai hujung nafas ini abang nak Ayra jangan pisahkan abang dengan Aylene. Aylene anak sulung abang. Anak sulung kita."

Terasa sebak hadir di jiwa kala mendengar ungkapan yang lahir dari bibir Ayden.

Ayra tahu kasih sayang Ayden terhadap Aylene bukan dusta. Kasih itu lahir tulus dari jiwa seorang lelaki bergelar ayah.

Sejauh mana Ayra cuba menafikan namun hakikat yang terbentang luas di hadapan matanya jelas menunjukkan Ayden sangat menyayangi Aylene.

Hiba.

Andai saja dia redha pada takdir mungkin semua ini tidak terjadi. Nak menyesal tiada guna. Namun untuk meneruskan ikatan yang hanya menyakitkan Ayra tidak mahu. Sudahnya Ayra memilih untuk berundur walaupun simpati hadir kala melihat perubahan Ayden.

Sejak bercerai sehingga ke hari ini, lelaki itu benar-benar jauh berubah. Entah apakah benar perubahan itu atau hanya sekadar mahu meraih simpati daripadanya?

Tunak mata Ayra memerhati raut wajah insan yang pernah hadir dalam hidupnya. Mencari sesuatu yang memungkinkan Ayra percaya akan perubahan Ayden.

Kosong.

Ayra tidak mampu mencari yang ingin dia cari. Hatinya benar-benar mati tidak lagi mampu membaca riak wajah itu. Jika dulu semudah ABC dia mampu meneka perubahan Ayden tapi kini tidak lagi.

Benarlah saat hati tidak lagi melagukan kata cinta, saat fikiran tidak lagi sarat terlakar wajah itu, semuanya menjadi kosong.

"Tentang Aylene, saya tidak akan pernah menghalang abang bertemu dengan dia. Aylene membesar dengan kasih sayang abang. Jangan risau."

Ayra lihat sinar bahagia pada pandangan mata Ayden saat menyatakan hal itu.

Ayra tak sekejam itu. Kisah antara dia dengan Ayden biar hanya dia sahaja yang melaluinya. Kedua-dua anaknya itu tidak harus dibawah ke dalam kancah pertelingkahan mereka.

Matinya Hati Seorang Perempuan [Completed]Where stories live. Discover now