Duhai angin bertiuplah..
Katakan padanya aku merinduinya
Katakan juga aku masih mencintainya
Katakan juga kembalilah selagi hati ini terpahat kukuh namanya
AYRA SOPHIA
"Mommy.."sapa Aylene seraya mengambil tempat duduk berhadapan dengan Ayra.
Ayra hanya menanti bicara dari Aylene.
"Mommy,mama dua mengandung."
Ayra kaku sebentar. Berita kehamilan madunya itu sedikit sebanyak menambah rasa sakit di hati.
Tidak sampai setahun Ayra dimadukan, akhirnya berita ini menghiasi pagi harinya. Dunianya kala ini seolah-olah terhenti seketika
Sudah pasti Ayden mengabarkan berita itu kepada anak-anak. Hampir setahun berpisah Ayden hanya berhubung dengan anak-anak.
Dengan dirinya,Ayden seakan membina jurang yang dalam. Sejak Ayra berusaha memohon penceraian, Ayden tidak lagi menghubungi Ayra. Setiap permintaan Ayra dipandang sepi oleh lelaki itu.
Bila tiba masa untuk berjumpa dengan anak-anak, Ayden akan berhubung terus dengan anak-anak.
"Okeylah tu. Dah nama pun isteri orang, mengandung tu hal biasa."
Ayra tak pasti tindak balas yang bagaimana harus dia pamerkan sebaik mendengar khabar itu. Adakah dia harus bersorak gembira atas kehamilan wanita yang merampas kebahagiaannya? Nak sumpah seranah Ayra juga tak mahu bersikap demikian meski rasa sakit itu sukar digambarkan dengan kata-kata.
Tipu andai Ayra tidak merasa cemburu mendengar berita kehamilan madunya itu. Ayra cemburu kerana sudah pasti cinta Ayden terhadap madunya semakin mendalam. Ayra cemburu kerana kasih perhatian Ayden yang dahulunya hanya untuk dirinya tetapi kini tidak lagi.
Dan yang pasti dirinya semakin jauh dari lelaki itu. Jika dulu saat dia khabarkan kepada Ayden tentang kehamilannya itu, Ayden seakan-akan tidak gembira. Tapi Ayra tidak pernah berfikir yang bukan-bukan tentang itu kerana Ayra tahu keluarga Ayden tidak pernah merestui mereka.
Jika dulu saat Ayra mengandungkan Adellya, perhatian Ayden tertumpu hanya pada dia dan kini pastinya kasih sayang Ayden hanya untuk madunya itu. Sudah pasti kerana Ayden sendiri yang mengatakan bahawa isteri barunya itu wanita yang Ayden cintai. Sedang Ayra tak ubah seperti seorang pengemis yang mengemis cinta sang suami.
Melihat kesuraman pada wajah Ayra, Aylene segera memeluk erat tubuh Ayra. Tidak mahu Ayra bersedih. Cukuplah selama ini airmata ibunya sentiasa menemani hari ibunya.
Aylene sekadar menyampaikan khabar itu. Ah..bodoh.. mommy dah sedih semula. Aylene terlupa seketika luka yang terpahat kukuh di hati Ayra dek kerana berita kehamilan mama dua mereka.
Ayra cuba bersikap seolah-olah berita itu tidak meninggalkan kesan di hati.
"Mommy okeylah sayang." Ujar Ayra dengan nada yang agak perlahan. Tidak mahu si anak dapat mengesan getar suaranya.
Lagi pula Ayra tidak terkejut mendengar khabar itu. Sejak Ayden meninggalkan dirinya terkontang-kanting dalam ikatan perkahwinan yang tiada penghujung, Ayra sudah bersedia untuk menerima khabar dari pihak di sana.
Hampir setahun ditinggal pergi keseorangan mengharungi kemelut rumahtangga, rasa cinta itu semakin larut bersama rasa sakit di khianati.
Malah jika ada pita pengukur, Ayra sendiri tidak pasti sedalam mana lagi rasa cinta yang masih tersisa untuk sang suami.
"Ceraikan saya."
Hanya dua patah perkataan yang terkandung dalam chat kiriman terbaru Ayra kepada dirinya pagi tadi.
Dan kerana chat itu buatkan Ayden tidak senang duduk. Fikiran Ayden mula terganggu hanya kerana Ayra.
Berkali Ayden cuba menghubungi Ayra namun setiap panggilan darinya tidak berjawab. Adakah Ayra sengaja ingin menduga tahap kesabaran Ayden?
Nak tanya anak-anak tapi Ayden tahu mereka tidak akan pernah membicarakan tentang Ayra di hadapannya. Tapi Ayden sendiri tidak mahu anak-anak mencampuri urusan antara dia dengan Ayra.
Sekian lama Ayra berdiam diri tidak lagi pernah menyuarakan kemahuan untuk bercerai dan hari ini sekali lagi Ayra meminta untuk dilepaskan.
Adakah soal kehamilan Nadia telah sampai ke pendengaran Ayra? Terlalu banyak persoalan berlegar-legar di ruang fikiran Ayden selepas membaca chat terbaru dari Ayra.
Ayden tidak akan pernah melepaskan Ayra. Sampai ke sudah pun Ayra harus dikekalkan sebagai isteri. Tiada yang mampu mengubah pendirian Ayden mengenai Ayra.
Ayden tahu Ayra tidak akan pernah mahu kehilangan anak. Wanita itu akan tetap memilih untuk terus bersama hanya kerana anak. Itu titik kelemahan Ayra.
Ayden juga tidak akan pernah melepaskan hak penjagaan terhadap anak mereka.
Aylene mahupun Adellya kedua-dua mereka permata hati Ayden. Sekiranya berlaku penceraian, Ayden akan pastikan Ayra tidak hanya kehilangan hak penjagaan keatas anak bahkan Ayden akan pastikan Ayra tidak dibenarkan bertemu dengan mereka lagi. Biarlah dia dikatakan kejam yang dia mahukan Ayra tetap di sisinya.
Meskipun Aylene hanya anak tiri namun bagi Ayden,anak itu adalah permata sulung yang sentiasa menjadi kesayangannya. Nadia, isteri mudanya itu tahu betapa pentingnya kedua-dua anak itu pada dirinya.
Nadia yang pada mulanya enggan bersetuju dengan keputusan Ayden terpaksa akur asalkan Ayden tetap memilih Nadia sebagai isteri.
Ayra tahu kesan sekiranya mereka berdua bercerai kelak. Ayden akan pastikan Ayra tetap terkurung dalam sangkar derita itu. Tidak akan sesekali memberi ruang untuk Ayra terbang bebas.
"Jangan bermimpi nak aku ceraikan kau. Kalau nak sangat bercerai boleh tapi kau tak boleh jumpa dengan anak-anak buat selamanya."
Ayden menghantar balasan chat kepada Ayra. Hanya itu sahaja cara untuk menundukkan Ayra.
Hal tentang Ayra harus dia ketepikan dulu, kerana Ayden hanya ingin memberi sepenuh perhatian kepada Nadia dan bakal anak mereka yang akan lahir nanti. Nadia kebahagiaan Ayden kini.
Tiga Tahun Berlalu...
"Morning Ay sayang.."
Bangkit sahaja dari lena dan membuka aplikasi WhatsApp, mata Ayra di sajikan dengan ucapan selamat pagi yang kini menghiasi pagi harinya.
Baca sahaja sudah membuat Ayra tersenyum. Hanya seorang sahaja yang memanggil Ayra dengan panggilan Ay. Tahu benar si pengirim chat tersebut hanya ingin menjadikan hari-harinya sentiasa ceria.
Ayra bersyukur kini setelah tiga tahun dia masih mampu mengukir senyuman meskipun hatinya tidak pernah sembuh dari luka. Malah luka di hati semakin parah tanpa mampu sembuh lagi.
Rasa cinta yang dulu kian hilang. Yang tinggal hanya sisa setia sebagai seorang isteri. Senyuman Ayra kini terukir semula atas kerana sokongan si pengirim chat tersebut. Insan yang banyak menasihati dirinya untuk bangun dari kekecewaan.
Segera chat dari pengirim itu dibalasnya.
Itu rutin harian Ayra kini. Selain sentiasa menyibukkan diri dengan kerja, Ayra juga berhubung dengan dia yang sentiasa setia memberi dorongan untuk Ayra bangkit semula.
Hanya dia yang benar-benar memahami diri Ayra sebenar.
To Be Continue...
YOU ARE READING
Matinya Hati Seorang Perempuan [Completed]
عاطفيةFirst sadromance BASED ON TRUE STORY sinopsis Sebuah kisah tentang hati antara Ayra Sophia x Ayden. Kerana kesilapan lalunya,dia kehilangan. Kehilangan orang yang benar dia cintai. Kerana cintanya,dia kembali mengejar. "Awak tetap orang yang saya c...