Terima kasih cinta atas segalanya,
Cinta,kasih dan rindu serta derita yang selama ini telah menemani perjalanan hidup ini..
AYRA SOPHIA"Ada apa nak jumpa aku?"soal Ayden.
Sambil mengambil tempat duduk bertentangan dengan Ayra yang duduk di samping teman lelaki barunya. Hari ini buat pertama kalinya Ayden berkesempatan bertemu muka dengan lelaki yang kini menjadi teman lelaki Ayra.
Sakit mata ditambah lagi dengan sakit hati melihat kemesraan Ayra dengan lelaki itu. Lupakah Ayra akan status dirinya yang masih isteri Ayden?
"Aku nak kau lepaskan dia."dengan selamba sahaja teman lelaki baru Ayra berkata demikian. Meminta untuk Ayra dilepaskan.
Mendengar kata-kata lelaki itu membuatkan amarah mula menguasai diri Ayden.
"Kau siapa nak sibukkan diri meminta aku untuk melepaskan Ayra?"soal Ayden dengan nada yang penuh marah.
"Aku teman lelaki Ayra."
"Teman lelaki?kau?eh..tak guna,aku suami Ayra. Aku jauh lagi berhak keatas dia. Jangan pernah bermimpi aku akan lepaskan Ayra."balas Ayden.
Ingin sahaja Ayden membelasah lelaki di hadapannya itu namun dia sabarkan hati. Tidak pernah Ayden bayangkan lelaki itu mula memberanikan diri untuk meminta Ayra dilepaskan.
"Ayra sayang..abang dah banyak kali pesan dekat sayang untuk minta sayang putuskan hubungan dengan lelaki ini. Sayang kena ingat status sayang sebenarnya."kata Ayden sambil memaku pandangan mata ke anak mata Ayra.
Sungguh Ayden tidak menyangka setekad ini Ayra ingin dirinya dilepaskan hingga sanggup meminta teman lelakinya itu bersuara bagi pihaknya.
"Tahu. Aku tahu aku masih isteri kau tapi aku minta sangat kau lepaskan aku."
"Sampai mati pun abang tidak akan pernah melepaskan sayang..ingat sayang tu ibu kepada anak-anak abang. Kalau nak bercerai sayang kena lepaskan anak-anak."
"Eh lelaki tak guna.. jangan gunakan anak-anak sebagai alasan tak nak ceraikan Ayra. Kamu berdua boleh sahaja bergilir-gilir mengenai hak penjagaan anak. Jangan penting dirilah."naik seoktaf nada suara Ashraf, teman lelaki Ayra mendengar kata-kata yang lahir dari bibir Ayden.
"Eh lelaki tak tahu malu, sedar sikit kau cuma orang luar. Kau tak boleh bersuara sikit pun nak minta aku ceraikan dia."balas Ayden.
Sukar untuk Ayden mengawal emosi marahnya tika ini. Lelaki di hadapannya itu benar-benar mencabar kemarahan Ayden. Tak tahu malu langsung untuk mencampuri urusan rumahtangganya dengan Ayra.
Pandangan matanya di hala silih berganti antara Ayra dan juga lelaki itu.
"Pulang sayang."selamba Ayden menarik tangan Ayra agar turut berlalu meninggalkan lelaki itu.
YOU ARE READING
Matinya Hati Seorang Perempuan [Completed]
RomanceFirst sadromance BASED ON TRUE STORY sinopsis Sebuah kisah tentang hati antara Ayra Sophia x Ayden. Kerana kesilapan lalunya,dia kehilangan. Kehilangan orang yang benar dia cintai. Kerana cintanya,dia kembali mengejar. "Awak tetap orang yang saya c...