MHSP 32

520 23 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Kekasih..
Tika kau berpaling dariku
Saat itu telah tiada rasa cinta di jiwa
Kekasih..
Ku mohon biarkan diriku pergi jauh dari ikatan yang melelahkanku.
AYRA SOPHIA








"Tolong sayang..abang merayu sangat dekat sayang. Tolong putuskan hubungan dengan teman lelakinya sayang."rayu Ayden.

Terkedu Ayra mendengar ujaran yang lahir dari bibir Ayden. Sekian lama panggilan "sayang" dan "abang" tidak lagi meniti di bibir lelaki itu dan kini ianya kembali hanya kerana merayu agar Ayra memutuskan hubungan dengan teman lelaki barunya.

"Aku tak nak."

"Tolong..abang tahu abang banyak melakukan kesilapan tapi abang dah sedar sekarang sayang.. tolonglah."

Ayra diam hanya memandang wajah Ayden. Pertama kali dalam hidup Ayra melihat Ayden merayu sebegini. Jika lima belas tahun lalu saat dia dan Ayden bersatu, lelaki itu tidak pernah merayu sebegini. Kini demi untuk memujuk dirinya melepaskan cinta barunya itu, Ayden ternyata sanggup merayu sedemikian rupa.

Betapa kejamnya dunia,saat semua rasa cinta itu telah mati, mengapa harus dia kembali merayu memujuk?

Namun Ayra keraskan hati. Tidak ingin terbuai dengan pujuk rayu Ayden. Takut andai semuanya itu hanyalah untuk memujuk dirinya agar terus kekal dengan ikatan tanpa arah itu.

"Pulanglah.. aku tak nak isteri kau fikir yang bukan-bukan tentang kita."

"Sayang pun isteri abang juga. Tanggungjawab abang juga."ujar Ayden. Masih lagi memujuk agar Ayra menurut setiap katanya.

Tanggungjawab? mendengar kata-kata Ayden itu membangkitkan tawa Ayra. Rasa lucu apabila ungkapan "tanggungjawab" meniti di bibir Ayden.

Andai benar Ayra juga "tanggungjawab" Ayden tidak mungkin dirinya digantung tidak bertali selama tiga tahun. Terbiar sendirian meniti hari-hari yang sepi.

Hanya setelah hadirnya insan lain dalam hati Ayra, tiba-tiba Ayden kembali dan menyatakan bahawa Ayra tanggungjawabnya.

Memang benar dia masih lagi dibawah tanggungjawab Ayden tetapi hatinya tidak lagi untuk lelaki itu.

"Dah kenapa sayang ketawa? betullah sayang tu tanggungjawab abang. Sayang masih isteri abang."

"Pulanglah. Isteri kau dengan anak kau tunggu kau dekat rumah. Tak perlu asyik datang ganggu aku lagi."

"Abang hantar pulang."

Masih dengan niat ingin memujuk Ayra, Ayden tidak mahu mempedulikan kata-kata Ayra.

Hanya ini cara agar Ayra tidak mengambil kesempatan untuk keluar bersama lelaki lain. Setiap hari Ayden akan pastikan Ayra pulang terus ke rumah tanpa berjumpa dengan lelaki itu.

Matinya Hati Seorang Perempuan [Completed]Where stories live. Discover now