"Senyuman Si Putih"

13 1 0
                                    

Ada satu malam ni, aku dan kawan aku keluar untuk makan di luar luar.Tidak silap
malam sabtu sebab keesokkan harinya hari Ahad. Jadi kami dua ni plan nak pergi ke SHARETEA. Sudah bersiap, kami dua terus drive pergi ke tempat yang kami hendak tuju. So,dah sampai sana tengok tengok dah tutup.Kami dua ni dah terlewat.Kawan aku beritahu lagi tak apa pergi tempat lain saja.

Memandangkan tempat yang nak ditutju sudah tutup, dia pun bagitau la..."Cuba kita pergi tempat yang baru buka hari tu nak tak?Mungkin sana masih bukak..." beritahunya lagi. "Dekat mana tu ooo? yang dekat belakang dataran tu ka? tanyaku lagi. "Yup...kat situ la...yang ada jual ais krim semua tu...tak ingat aku apa nama kedai tu... "hmm...ok jugak...jom!!!"beritahuku tanda setuju.

Sudah berhabis beberapa minit untuk berfikir ke tempat yang dituju...akhirnya kami dua pun jumpa kedai tersebut...Nasib masih buka...Kedai tersebut terletak di hujung blok bangunan tersebut kerana hanya di situ dekatnya dengan sungai Rajang.Permandangan memang cantik pada waktu malam itu.Kita boleh lihat kampung di seberang sana dengan bunyi airnya...Sejuk lagi...Tetapi tidak begitu banyak customer sebab sudah malam.Orang di rumah sudah tidur pada waktu itu.

Sudah selesai order semua,kami dua pun ke tinggat atas dan duduk di luar.Biasalah kami dua ini memang suka mengambil gambar makanan sebelum makan.Dengan view malamnya lagi menyenangkan jiwa.Tempat ini memang sesuai untuk menyenangkan fikiran ataupun buat study di situ.Memang sudah menjadi tempat kegemaran aku.

Di saat masih menikmati makanan,mata aku terpandang satu tempat ini iaitu di bawah satu pokok rendang yang terletak di depan letak kereta.Lebih senang la iaitu terletak berdekatan dengan sungai.Aku perhati je benda tu.disebabkan aku rabun tidak nampak sangat benda tu.Rabun aku masih boleh dirawati sebab belum teruk sangat. Aku fokus lagi dan fokus,ada benda putih..tidak kelihatan sangat sebab di sana gelap.Setelah aku fokus melihat,aku terkejut ada benda putih di sana...di bawah pohon tersebut...Tiba-tiba naik bulu roma aku.Aku tahu itu bukan manusia.

"Oiii Shah,apa kamu tengok tu? Dari tadi aku perhati je kamu ni.."

"Eh...takdalah...cuma tengok view sini cantik..."
"Yeke??? mana ada orang tgk view tengok satu tempat je.ni mata kamu perhati je dekat sana tu..apa kamu tengok?Aku tengok tak ada apa-apa pun yang menarik dekat sana...gelap je aku tengok.

" Owh yeke...gelap je kan...itulah yang aku tengok...sebab gelap...kamu ada nampak apa sana?"

"Takda nampak apa-apa cuma nampak kereta,pokok and tong sampah besar...tu je...hahaa...lawak lah kamu ni" Boleh dia ketawakan aku sedangkan aku masih lihat benda tu dekat sana.Maybe dia tidak nampak cuma aku saja yang boleh lihat benda tu pada masa tu.

"Dah....makan..makan...bila nak habis...tak lama lagi kedai ni nak tutup...takut2 kita yang kena kunci dekat sini...hehe"beritahunya lagi.

"Ok...ok..mun sik habis tok ,tapau balit jak owh...sik habis ku nangga banyak gilak.."Memang nafsu manusia....order banyak2 tapi tak habis lepas tu.Yala feeling ala ala mukbang gitew.

"Setelah itu, kami dua pun pulang ke rumah setelah selesai menikmat malam di luar.Begitulah seharian kami.Siang sibuk dengan kerja,malamlah masa untuk kami merehatkan fizikal dan minda kami.Dalam perjalanan hendak pulang ke rumah,aku melihat kawan aku yang tengah drive ni seperti tercari-cari sesuatu "Apa kau cari???tanya aku yang tengah bingung.Dia pun terus melihat aku dengan muka yang tengah mencari sesuatu.

"Eh...takdalah....cuma nak check ja..."dia bagitau sambil matanya melilau ke sana sini.Aku cuma angguk saja tanda faham.Dan aku faham sebenarnya,itu adalah signal...Siapa yang faham akan faham tetapi bagi mereka yang tidak faham mereka anggap itu hanya biasa saja.

Akhirnya sudah tiba.agak letih juga tetapi itulah sebagai ubatnya perut yang lapar.Sudah mandi tu semua aku terus mencari katil untuk baring.Aku buka galeri hp untuk melihat semua gambar tadi.


Aku scroll sambil tersenyum melihat gambar kami berdua...Setelah discroll sampailah ternampak satu gambar ni hanya aku seorang sahaja di dalam gambar tersebut.Aku zoom sampai ke satu bahagian.Aku terkejut apa yang aku lihat.Ngeri sungguh..Entiti yang tidak berjasad tadi ada dibelakang aku.Dengan senyumannya yang menyeramkan.Patutlah aku rasa seperti ada sesuatu tadi belakang.Rupanya ada yang menumpang.Tanpa berlengah lagi,aku terus memanggil kawan aku.

"Ui...sini dulu kau...cuba tengok ni..."sambil aku melambaikan tangan aku
untuk memanggil.

"Apa???"kawan aku menoleh sambil menurunkan earphone sebelah telinganya.

Kawan aku datang terus melihat gambar tersebut..."Hah ...apa benda..knapa gambar tu...posisi tak cantik ke?

"Tengok betul-betul....nah ambil ni...cuba tengok...."beritahu aku sambil menunjukkan gambar tadi.Dizoomnya sana sini gambar dan dia membuat riak wajah yang terkejut."Ish apa tu belakang.....tapi tadi mana ada apa-apa....meremang aku siak...." dia membilas tangannya dengan laju.

"Kan baru kau nampak...nilah yang aku perati dari tadi...perasan tak yang kita dua masa makan tadi aku ada perhatikan sesuatu...aku ingatkan orang tapi..."terus percakapan aku disampuk oleh dia "Ya ...baru aku ingat...masa tengah drive tadi aku ada nampak benda yang sama dekat seat belakang...macam ada orang duduk." Kami dua pun memandang satu sama lain.

Kami dua diam sejenak."Shah...delete gambar tu....jangan simpan....dah dah..."diambilnya henpon dari tangan aku dan tanpa berfikir panjang dipadamnya terus.Aku cuma diam dan melihat.Tetapi....aku tidak dapat melupakan.Senyuman itu masih lagi bermain difikiran.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 23, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MIMPIWhere stories live. Discover now