Rumah Usang

88 4 0
                                    

Aku seorang pelajar tingkatan 5.Jadi aku selalu balik malam dalam lebih kurang 9:15 begitu kerana menghadiri kelas tuisyen di rumah cikgu saya yang berhampiran di situ.Selalunya kawan saya ada menemani saya jika balik dari tuisyen tetapi pada malam itu dia tidak menghadiri kelas tuisyen tersebut kerana dirinya tidak seberapa sihat.Aku dan keluargaku baru berpindah ke rumah baru tersebut dalam beberapa minggu kerana ayahku telah berpindah tempat kerja.Ayahku  bekerja sebagai seorang guru di tempat aku belajar sekarang.Jadi aku pun terpaksa ikut bersama ayah dan menjadi pelajar baru di sekolah tersebut.
Di depan rumah baru kami terdapat sebuah rumah besar yang sangat usang.Rumah tersebut cantik tetapi sepertinya sudah sangat lama ditinggalkan oleh pemilik rumah tersebut.
Malam itu,aku hanya balik keseorangan.Tiada orang yang menemani.Sedang aku membuka pagar rumah,terasa seperti belakangku ada seseorang.Jadi sambil aku  membuka, aku terus menoleh ke belakang....hmmm...nampaknya tiada kelibat sesiapa tetapi aku masih merasakan kehadiran sesuatu.Bulu romaku pada masa itu terus meremang....
Tanpa melengahkan masa,aku terus masuk dan kunci pagar rumah dengan secepat yang mungkin dan terus berlari masuk dalam rumah dan kunci pintu.
"Aik,kenapa dengan anak papa ni..pucat je muka...mcm kena kejar je."tanya ayahku yang tengah duduk di ruang tamu sambil minum kopi panas di waktu malam yang dingin ini...

Saya dengan muka yang tak tentu arah terus menjawab pertanyaan ayah tadi.
"Emmm...takde apa2..tadi ada anjing kat luar sebab tu Man cepat-cepat masuk."jawabku lagi.
Ayah  hanya memandang aku dengan muka peliknya.
Ayah memperlawaku minum kopi bersamanya di ruang tamu.Aku melihat riak wajah ayah yang sepertinya ingin memberitahu aku sesuatu tapi tidak terkata keluar dari mulutnya.
"Azman dah solat ke? Kalau belum solat,Azman naik solatlah dulu.."beritahu ayah.

"Ok ayah...saya naik atas dulu lah"

Saya menaiki tangga untuk menunaikan solat Isyak yang tertangguh tadi.

Keesokan harinya,seperti biasa bangun awal untuk ke sekolah...Sebelum itu memang menunaikan solat Subuh dahulu.Usai solat Subuh.Aku terus mandi dan ber siap untuk ke sekolah.Apabila aku menyikat rambutku, aku terlihat di dalam cermin munculnya seorang wanita dengan baju serba hitam yang hanya berdiri kaku di belakangku.Berdiri bulu romaku.Perempuan tersebut seperti ingin memberitahu sesuatu kepadaku tetapi tidak kedengaran apa yg disampaikannya...

Perempuan tersebut seperti ingin memberitahu sesuatu kepadaku tetapi tidak kedengaran apa yg disampaikannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kedengaran tombol pintu dipulas beberapa kali...

"Azman,dah siap ke belum"tanya ayah.
Rupa-rupanya ayah yang memulas tombol pintu itu tadi.Aku menoleh lagi tapi kelibat perempuan itu tadi tidak kelihatan lagi.Mungkin itu cuma mainan perasaanku kerana masih teringatkan apa yang telah berlaku semalam.

"Sekejap lagi ayah... Man dah nak siap ni"ujarku lagi.

Siapakah wanita yang memakai baju gaun hitam tadi....Yang masih menghantui kotak mindaku.Adakah wanita tersebut mempunyai kaitan dengan rumah usang tersebut. Kemungkinan besar memang ada kaitan dengan rumah usang yang besar yang menyeramkan itu.

MIMPIWhere stories live. Discover now