Pada suatu pagi,aku datang awal ke cafe kerana ada tempahan pelanggan yang perlu disiapkan sebelum pukul 9 pagi.
Aku datang kira-kira pukul 4 lebih pagi kerana aku yang memegang kunci cafe jadi aku datang lebih awal daripada pekerja lain.
Semasa aku membuka shutter dan pintu cafe seperti ada orang yang berdiri di sebelah kiri aku tapi aku toleh tiada sesiapa.Keadaan pada masa itu sunyi dan kedai lain belum buka kerana masih awal.
Aku tidak takut lain..aku cuma takut perkara yang tidak baik berlaku pada diri aku pada waktu itu sebab hanya aku seorang saja.Kalau penjahat nak merompak sekelip mata sahaja perkara tersebut boleh berlaku.
Tanpa melengahkan masa,aku cepat masuk ke dalam dan kunci pintu tersebut dari dalam.Pintu dan dinding kedai adalah kaca...Jadi,boleh nampak orang lalu lalang di luar.
Setelah mengunci pintu,aku ke loker untuk menyimpan beg dan helmet aku.Semasa hendak menutup loker,aku terdengar pintu diketuk.Dalam hati aku berbisik,mungkin ada pekerja lain yg dah sampai.
Selepas itu aku toleh,tiada sesiapa... Kosong..Tiada sesiapa pun..Habis,yang aku dengar tadi tu bunyi apa?Mungkin aku tersalah dengar.
Kemudian aku ke dapur untuk menyedia semua bahan yang diperlukan untuk membuat tempahan dan aku ke singki untuk mencuci mangkuk yang kotor selepas digunakan untuk menimbang tepung.
Masa aku tengah mencuci,aku merasakan ada seseorang di belakangku tetapi aku tidak kisah.Aku teruskan kerja aku seperti biasa.
Tidak lama selepas itu,kedengaran bunyi telur pecah jatuh ke lantai.Aku menoleh ke belakang dan cari dari mana bunyinya telur tersebut.
Aku pusing satu dapur tapi tidak ada satu telur pun jatuh ke lantai.Aku berasa kehadiran sesuatu pada masa itu tetapi aku tidak nampak.Seram rasanya... Bulu roma aku berdiri secara tiba-tiba.
Mungkin lembaga tersebut ada di tepi aku pada masa itu cuma aku tidak sedar.
"Ring...ring.." telefon di kaunter berbunyi...Lalu aku melihat jam dinding.Pada masa itu jarum jam menunjukkan pada pukul 4:40 pagi.Siapa yang telepon pagi buta macam ni?Aku ke kaunter untuk menjawab panggilan tersebut.
"Hello,siapa ni"jawab ku lagi...Tetapi tidak ada sesiapa yang menjawab.Aku terus meletakkan telefon tersebut.Tidak sampai selangkah aku dari situ,telefon itu berbunyi lagi dan aku terus menjawab.
"Hello,siapa yg call ni?"tanyaku.
"Hello Shah,Tiff ni...saya dah tunggu dekat luar ni...tolong buka pintu,berkunci..."beritahu Tifanny yang telah lama menunggu di luar cafe.
Aku pun cepat-cepat beredar dari situ untuk membuka pintu.
Masa aku membuka pintu,aku melihat muka hitam Tifanny.
"Eh,knapa buat muka mcm tu?"kataku sambil tersengih.
"Hmmm,awak ni memang sengajakan nak menakutkan orang"beritahunya sambil melangkah kakinya masuk.
"Aik..tiber...knapa?tanyaku dengan rasa ingin tahu.
"Buat tak tahu pulak..."
"Tiff,apa yang menakutkan..saya tak faham."
"Yang mengilai dalam telefon tu siapa?Bukan awak ke?"
"Ish...apa pulak yang mengilai..takde maknanya saya nak mengilai pagi buta ni...Serammlah..."
"Eleh,habistu yang saya call awak masa first tu...siapa yang jawab...takkan makhluk lain kot..."
"Hah...tapi masa tu saya tak dengar apa-apa pun...kosong je.."bagitauku.
"Takpelah...lupakan je...rasa meremang pulak saya ni"kata Tiff sambil menggosok lengannya kerana merasa seram sejuk.Kami hanya memandang antara satu sama lain
Kami berdua meneruskan kerja yang tertangguh tadi dan rakan sekerja yang lain pun sudah sampai kerana jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi.
YOU ARE READING
MIMPI
HorrorMengisahkan tentang mimpi,kisah benar dan kisah seram dari mainan tidur... Okey..have fun when you read it..🎃👻