Jalan berseorangan di laluan yg sunyi...Bunyi daun kering diseret angin yang mendayu..
Aku baru pulang dari tempat kerja setelah berjam-jam sibuk dengan kerja...Rasa letih menguasai diri sehinggakan tidak larat rasanya untuk berjalan pulang ke rumah.Aku memberanikan diri saja.Mungkin rasanya dalam 10 minit aku akan sampai ke rumahku..Jiran-jiran nampaknya tidur awal malam ini.Nampak sunyi sahaja pada masa itu tidak seperti selalu.
Tidak lama kemudian,aku telah sampai ke rumah.Rasanya ada yang ganjil malam ini...Lampu rumah aku pun tidak dibuka..Gelap-gelita seperti rumah yg tidak didiami...Persekitaran pun tidak dijaga...Fikir dalam hatiku lagi...Seram sejuk pula aku tengok rumah ini ataupun aku salah pergi rumah.. Aku pun lihat nombor alamat di depan rumah..."Aik...betul lah nombor alamat ni....6D...tak salah pun..belum nyanyuk lagi..."
Tanpa melengahkan masa,aku mencari kunci rumah di dalam beg tetapi tidak juga jumpa.."Mana pulak kunci rumah ni?"sambil tanganku tercari-cari dalam beg.
Masa aku tengah mencari kunci di dalam beg...rasanya ada sesuatu sedang berdiri di depan pagar di dalam rumah...Tetapi setelah toleh,tidak ada juga kelibat tersebut..
Sambung lagi mencari,kelibat tersebut seperti masih berdiri di tempat tadi..Setelah aku menoleh,alangkah terkejutnya benda tersebut tersenyum melihatku dengan riak wajahnya yang sungguh seram membuatkan aku tidak dapat berkata apa-apa.
Tidak lama kemudian,benda tersebut terus menerkam ke arah aku dan aku....
YOU ARE READING
MIMPI
HorrorMengisahkan tentang mimpi,kisah benar dan kisah seram dari mainan tidur... Okey..have fun when you read it..🎃👻