Pada malam itu,hujan lebat dan ribut petir menyambar dengan kuatnya.Seperti ada petanda buruk berlaku.
Bunyi angin yang kuat bersiul menghasilkan melodi yang menakutkan.
Aku tengah membuat video call dengan orang yang aku cintai.
Tetapi tidak lama kerana dia hendak pulang ke rumah.Jadi aku terpaksa berhenti membuat video call dengan si dia...
Aku tunggu...tunggu...dan tunggu...tetapi dia tidak menghantar mesej bahawa dia sudah pulang atau belum...
Rasanya seperti sudah satu jam aku menunggu.Sebelum itu,dia berjanji dengan aku bahawa dia akan beritahu jika sudah sampai di rumah.
Hmm...aku cuba menghantar mesej untuk bertanya bahawa dia sudah sampai ke belum tetapi tidak juga dia membalas mesej aku.
Aku berasa risau...resah..takut pun ada..
Aku juga cuba menelefon tetapi tidak diangkat..
Dalam hati ini berasa marah juga..
Aku hanya dapat bersabar.Mungkin dia mengalami masalah atau bateri telefonnya habis...Mungkin?Mata aku hampir terlelap dan akhirnya tertidur.
Tidak lama kemudian,aku merasa getaran di atas katilku.Rupa-rupanya dia baru membalas mesej aku.
Kerisauan aku telah hilang apabila dia telah membalas mesej yang aku hantar.Aku dan dia berbual sampai 2 lebih pagi dan aku tertidur.Keesokkan paginya...
Kawan aku menelefon aku.Alangkah terkejutnya aku bahawa ada perkara buruk telah berlaku semalam iaitu teman lelaki aku telah meninggal dunia dalam kemalangan semasa pulang ke rumahnya.Air mataku tidak berhenti jatuh.Tidak sangka ini telah berlaku pada diriku.Orang yang aku sayangi telah pergi buat selama-lamanya.
Aku berasa pelik siapa yang membalas mesej aku semalam dan aku periksa kembali mesej kami sebelum ini.Yang paling akhir sekali,aku lihat..."Bye,semoga mimpi indah sayang...esok kita jumpa lagi ye..."
Tapi aku tidak membalas...aku tertidur...
Di pagi ini,aku cuma berjumpa dengannya dalam keadaannya yang kaku,tidak bernyawa tetapi hati kami saling berbicara..Aku cuma terdiam...Aku sayang dia sampai syurga😢
-Kita akan berjumpa lagi lain kali sayang..Aku akan datang..-🌸
YOU ARE READING
MIMPI
HorrorMengisahkan tentang mimpi,kisah benar dan kisah seram dari mainan tidur... Okey..have fun when you read it..🎃👻