Seseorang

10 3 0
                                    

Masa tu aku tengah baring di atas katil sedang bermain telefon bimbit aku...Jam menunjukkan pukul 11:45 malam.

Tengah syok aku membaca novel kisah seram dalam wattpad,  aku ternampak ada orang turun tangga dari jauh dengan melihat sekilas saja.

Mungkin itu adik perempuan aku Icha.Pintu bilik aku tidak bertutup rapat pada masa itu.Mata aku tidak lekang melihat ke tangga.Aku tunggu..tunggu dan tunggu tapi tidak juga dia naik ke atas.

Lamanya Icha dekat bawah.Sudah berlalu 20 minit, belum juga naik. Icha buat apa dekat bawah aku pun tak tahu.

Aku membuat keputusan untuk menjenguk di tinggat bawah untuk melihat apa yang dilakukan oleh Icha.Aku pun menuruni tangga.

"Icha...ooo...Icha...apa kamu buat?belom tidur lagi ke?"

Kali pertama aku panggil tidak disahutnya panggilan aku tadi.Jadi aku panggil kali kedua.

"Icha,jangan main- main..esok kan nak sekolah...tidurlaaa..."

Kali kedua pun tidak disahutnya..Sunyi saja.
Pelik...

"Peep..peep..." bunyi hon kereta dari luar rumah dibunyikan.Kereta masuk ke rumah dan kemudiannya enjin dimatikan.

"Tok...Tok...Assalamualaikum"Pintu depan dibuka dengan perlahannya..

"Owh,mak ayah rupanya"hampir terkejut aku.

Dan dibelakang mak ayah pada masa itu ada  'Icha'.

"Icha jalan dengan mak ayah tadi?"sambil mata aku terbeliak melihat adik.

"Haah kenapa Kak?kenapa buat muka macam tu..takyah la nak terbeliak sampai macam tu sekali"beritahu adikku

Selepas mendengar kata adikku,aku cuma boleh berdiri di situ sambil menggaru kepala yang tidak gatal...

Yang aku pelik,siapa yang turun tangga tadi?Baru aku tahu hanya aku seorang sahaja tinggal di rumah pada malam itu.

MIMPIWhere stories live. Discover now