Pada hari itu,keadaan di dalam kedai sungguh riuh rendah.Aku hanya mampu melihat tanpa berkata apa2 selepas menyediakan tempahan yg ditempah oleh pelanggan.Sungguh sibuk...
"Bahhhh..."
"Hish...terkejut saya..."
"Kenapa termenung?Ada masalah ke?"
"Hari ni hari apa?"tanyaku.
"Emmm..hari ni hari Khamis..."beritahu kawanku.
"Ye ke? Hari ni mcm bukan hari Khamis...byk customer hr ni."beritahuku dgn riak muka aku yang tidak berpuas hati...Tidak seperti selalu..Pelik...Hari ini ramai pelanggan yg datang ke kafe agaknya seperti dijampi.
Jauh di penjuru kafe,datangnya seorang wanita memakai gaun merah darah burung dlm lingkungan 40-an dengan membawa sesuatu yg aku tidak pasti.
Lalu aku bertanya..
"Ada apa yg boleh saya bantu?"tanyaku kerana ingin tahu.
Senyuman wanita itu sungguh mengerikan dan membuatkan aku merasa takut.
"Dik..nak tanya...mana tandas?" tanya wanita itu lagi dgn mengenggam erat sesuatu di tangannya.
"Akak dari sini terus ke belakang...jadi tandas kat belakang tu je..."
"Terima kasih dik..."
Secara tak sengaja,aku terpandang ke bawah semasa wanita itu hendak menuju ke tandas.Rupa-rupanya jam wanita itu tercicir.Lalu aku terusmenuju ke arah jam tersebut jam itu sungguh antik tetapi cantik ukirannya.Belakang jam antik itu tertulisnya satu nama 'Layla'..Mungkin itu nama wanita tersebut.
Pada masa itu,hanya aku seorang yg perasan jam wanita itu tercicir.Mungkin.
Aku tunggu wanita tu keluar tetapi tidak juga keluar...Sudah 15 minit berlalu.
Dgn beraninya aku ke tandas untuk menjenguk sebab masih siang lagi.Kalau malam memang aku dah tarik seorang nak temankan aku.
Dgn perlahannya aku masuk ke tandas perempuan untuk melihat sama ada wanita itu masih di dalam tandas.Aku periksa semua memang kosong.
"Hmm..mana perempuan ni pergi...mungkin dia dh balik.."fikirku lagi."Ting.. Ting...ting...ting..." aku mendengar loceng di depan dibunyikan ..bermakna ada pelanggan yg ingin menanyakan sesuatu atau order minuman tetapi tidak aku hiraukan kerana ada staff lain yg boleh mengantikan tempat aku.
"Ting...ting....ting..." loceng itu berbunyi berterusan...aku bergegas ke depan dan ada sesuatu yg pelik..Mana staff lain...Mana perginya mereka...Pelanggan...Kosong...Stelah aku ke kaunter depan...loceng itu terhenti sendiri.Tidak ada orang pun membunyikan loceng tersebut.Rasa takut telah membuak di dalam diriku.
Jam wanita itu masih ada di tanganku.Nampaknya jam itu kehabisan bateri.Lalu aku melihat jam di dinding,jam di dinding pun kehabisan bateri juga..."Takkan la habis secara serentak..."Aku rasa aku ke tandas baru dlm beberapa minit. Takkan ini berlaku dengan pantas..Tadi sungguh riuh tapi sekarang sunyi...
"Sha.....shaaaa...."Aku mendengar namaku dipanggil...aku mencari dari mana datangnya suara itu.
Tiba- tiba bahuku disentuh dan aku berpaling....wanita tadi...
"Sha...Sha...bangun...."lalu aku terbangun dan terus melihat jam baru sahaja menunjukkan 3:20 petang.
"Kenapa terlelap ke?" tanya kawanku yg membangunkan aku tadi.
"Nampaknya aku bermimpi saja ni..."beritahuku."Mimpi? Pasal apa?"
"takda apa2"
"Sempat kau nak terlelap...kalau boss nampak habis kau ni kena dgr ceramah 24 jam..."
"Isyhh...aku pun tak tau mcm mana aku boleh terlelap tadi..Mungkin sbb letih sangat kot....kalau letih mana2 tempat pun boleh terlelap..."beritahuku sambil senyum...
"Dahlah. Dahlah..aku nak pergi ke dapur jap...ada benda nak settle..."beritahu kamwanku...
"Okay..okay....."
Aku masih memikirkan tentang mimpi tadi.Siapa yg suruh tidur waktu petang begini.. Memang dapat la mimpi pelik mcm tu...
"Kring..."aku tersepak sesuatu...aku mencari dan terus mnncari...
"Aik.. jam ni...bukan yg ada dlm mimpi aku ke..mcm mana boleh ada kat sini...takda bateri la pulak...."
Segenap sahaja keadaan terus bertukar gelap seperti barsambung lagi mimpi aku tadi.Di tempat yang sama aku menoleh...dan mendapati wanita itu di belakang aku...
YOU ARE READING
MIMPI
HorrorMengisahkan tentang mimpi,kisah benar dan kisah seram dari mainan tidur... Okey..have fun when you read it..🎃👻