Pensel

9 1 0
                                    

Di sekolah kami tergempar dengan sebuah kisah iaitu pensel...Macam tak logik bunyinya....

Begini ceritanya....

Pemilik pensel tersebut telah meninggal dunia di sekolah tersebut kerana berlakunya pergelutan sehingga membabitkan sebatang pensel.

Pensel tersebut memang tidak dapat dibuang walaupun sudah dibuang beberapa kali.Pada keesokkan paginya,memang pensel tersebut akan berada di atas meja dengan kedudukan yang sama.

Apabila waktu malam,pengawal keselamatan akan meronda di seluruh kawasan sekolah.Apabila lalu sahaja di depan kelas tersebut kedengaran seperti bunyi pensel jatuh ke lantai.

Pengawal keselamatan melangkah masuk untuk memeriksa dan ternampak ada satu meja di atasnya terdapat satu batang pensel tetapi tadi dia baru saja mendengar bunyi pensel terjatuh ke lantai.Pengawal keselamatan tersebut merasakan di dalam kelas tersebut ada seseorang duduk meja yang terdapatnya pensel di atas meja itu.Pengawal tersebut terus melangkah keluar tanpa menoleh lagi kerana merasakan sesuatu yang aneh di dalam kelas tersebut.

Dan satu kisah lagi,kisah ini mengisahkan seorang pelajar yang duduk di meja tersebut.Pada masa itu sesi P & P,pelajar itu sebelumnya sangat fokus dengan pelajaran yang diajar oleh gurunya...Tiba-tiba,dia merasakan bahunya dipukul dari belakang tetapi dia menoleh tiada sesiapa.Hanya dia duduk di paling belakang tiada lagi yang selepasnya.Dia hanya abaikan apa yang berlaku.Tidak lama kemudian dia diganggu lagi.Kali ini kerusinya ditarik ke belakang dengan kuat dan dia terjatuh kesakitan sehinggakan guru dan kawan-kawannya berasa pelik apa yang berlaku pada pelajar itu  pada masa itu.Pelajar tersebut sudah tidak tahan dan dia melaporkan perkara tersebut pada guru kelas dan dia dipindah ke tempat duduk lain.Begitu juga pelajar sebelum ini selalu diganggu oleh makhluk tersebut.
Sehingga sekarang meja tersebut kosong.

Kadangkala,guru sekolah tersebut sering diganggu dengan dibalingkan menggunakan pensel.Jadi guru tersebut berasa tidak puas hati dan menganggap tindakan tersebut kurang sopan.Tapi, sedangkan pada masa itu tiada sesiapa di dalam kelas.Hanya dia seorang saja yang tinggal di dalam kelas tersebut kerana pelajarnya berada di dewan pada masa itu.

Jadi,siapa yang membaling pensel tersebut?Jadi membuak-buak rasa ingin tahu mereka tentang perkara misteri itu.Mengapa menghantui kelas itu saja?Apa yang berlaku di kelas itu dahulu?




MIMPIWhere stories live. Discover now