Kotak Muzik I

14 2 0
                                    

Dulu masih kecil lagi,memang mahu minta beli ini beli itu..Kanak-kanak memang banyak karenahnya.Jika permintaan tidak dituruti sampai bila-bilalah dia akan merungut untuk meminta beli.

Jadi ayah dan ibu memang tahu perangai aku.Tiba suatu hari aku meminta ibu dan ayah untuk membeli muzik box kerana terpengaruh dengan rakan sekolah.Jika itu yang dibeli oleh rakan.Aku pun mahu benda yang sama.

Nasib baik ibu bapaku orang yang berada.Ibu bapaku membuka kedai runcit sendiri membuatkan ibu ayahku tidak putus duit.Malam itu aku meminta mereka belikan aku kotak muzik,petang keesokkannya aku pulang dari sekolah aku terus dapat kalau tidak memang ibu dan ayah tidak tenang tidur malam itu mendengar aku menangis.

Petang itu aku sangat leka bermain dengan kotak muzikku sampailah malam masa aku tidur.Tapi yang peliknya,sebelum aku tidur aku memang menyimpan kotak muzik di atas almari di tepi katilku.Pagi itu mencari kotak tersebut tapi tidak kelihatan.Aku bertanya kepada ibu mungkin ibu yang menyimpan tapi ibu memberitahu bahawa dia tidak menyimpan kotak muzik itu.

"Tak apa..adik bersiap dulu..nanti nak pergi ke sekolah..nanti ibu carikan ye..."pujuk ibu kepadaku.

"Ok,bu...kalau ibu dah dapat nanti ibu bagi kat Sya."kataku sambil menangis teresak esak.

Ibuku mula mencari di bilikku...semua tempat ibu selongkar...Masa ibu tengah mencari,tiba-tiba kotak muzik tersebut berbunyi.Ibu hampir terkejut apabila mendengar kotak muzik tersebut berbunyi sendiri.

Ibu mula mencari arah bunyi kotak muzik itu dan ibu berhenti di bahagian almari bajuku,dia mendengar bunyi itu dari atas almari terus ibu mengambil kerusi di meja belajarku dan naik untuk mengambil kotak muzik tersebut.

Ibu berasa pelik mengapa boleh di atas almari sedangkan aku malam semalam hanya letakkan kotak itu di atas almari tepi katil sahaja.

Aku yang balik dari sekolah terus menanyakan ibu tentang itu.

" Ibu dah jumpa ke?" tanyaku yang tidak sabar untuk mendapatkan kembali kotak muzik tersebut.

"Ibu dah jumpa kotak muzik kamu tapi kenapa..."kata ibu hanya terputus di situ kerana aku terus ke bilikku dengan hati yang girang.

"Yeah,ibu dah jumpa balik..tq..ibu"kataku sambil berlari ke bilikku.

Seperti biasa sebelum tidur malam,aku meletakkan kotak muzik di almari tepi katilku.
Mataku hampir terlelap tapi kedengaran di tepiku seperti ada orang memanggil namaku..

"Syaaaaa...."

Tapi aku tidak kisah.Aku fikirkan yang positif sahaja.Tidak lama kemudian aku tertidur.

"Sya bangun bersiap...nak... nanti nak pergi sekolah.."Ibu kejutkan aku pada pagi itu.

Aku bangun dan melihat kotak itu ada di tepiku di atas katil.

"Bukan semalam aku simpan kat sini ke...tapi kenapa sini pulak?kataku sendirian.Sambil aku menggaru kepala yang gatal itu.

Semasa ibu mahu masuk bilikku untuk mengemas,dia merasakan bahang dan seperti diperhati seseorang sedangkan bilik itu kosong.Di rumah hanya tinggal ibu seorang kerana ayah bekerja dan aku pula bersekolah.Apabila ibu mengemas katil, seperti ada tapak kaki yang berjalan dari bilikku terus keluar.Mungkin imaginasinya sahaja fikir ibuku lagi.

Balik rumah...

Aku dan ayah pulang ke rumah dan melihat ibu mengemas di bahagian luar rumah.Tapi aku rasa ada orang memerhati kami bertiga di luar rumah.Sekali mataku memandang ke arah tingkap bilikku,aku melihat seorang perempuan berbaju putih berdiri di tingkap bilikku.Mungkin ada ahli keluargaku datang fikirku lagi.

"Ibu siapa yang datang ke rumah?"tanyaku kepada ibu yang sedang menyapu halaman rumah.

"Sya cakap apa?Tak ada orang yang datang rumah,cuma ibu seorang saja dari tadi"jawab ibu dengan mukanya yang terkejut mendengar kata-kataku.

"Tapi...siapa tu?"tunjukku ke arah tingkap bilikku.

Ibu dan ayah berpandangan antara satu sama lain apabila melihat aku menunjuk ke tingkap tersebut.

"Sya salah tengok ni"bagitau ayah yang berasa pelik sambil melihat tingkap yang ku tunjuk.

"Jom masuk,ibu ada masak sedap-sedap hari ni..takut sejuk lauk tu nanti.."pelawa ibu.









MIMPIWhere stories live. Discover now