BY : SEFFANO KAVANA
KEMBAR
BAB 10
JANGAN SENTUH GADISKU..!!
Janet,Sarah dan Fuad masuk ke kedai kasut berjenama. Disitu berdiri tiga pemuda yang memandang kearah Janet, siapa tidak tertarik pada Janet yang cantik jelita itu ditambah lagi dengan sifat lemah lembutnya.
"Hai.. c cantik manis..! "
Sapa salah seorang pemuda itu dengan sikap yang sombong,Janet menoleh kearah pemuda itu. Sarah dan Fuad mencebik bibir pada ketiga-tiga pemuda itu kerana sikap mereka yang terlalu berlagak dan tidak sopan itu. Berlagak kaya betul. Tapi memang pun mereka ni kaya raya. Tapi tidak sekaya Aden...!
Salah seorang dari mereka ini adalah artis yang terkenal dengan kontervasi yang dia lakukan dan ada saja artis wanita yang menjadi mangsanya dan kali ini dia mahu kenakan Janet, artis baru yang semakin naik namanya.
"Oh.. Fitri " ujar Janet lembut dan menjauhi jarak dari lelaki sombong itu kerana Janet tahu itu satu perangkap. Fitri hanya tersenyum sinis saja. Fitri cuba menyentuh rambut Janet tetapi tangan Fitri dipegang kuat oleh seseorang.
"Arghhh... sakitt..! "
"Jangan sentuh gadisku..! jangan cuba-cuba menyentuhnya faham..!! walau hujung rambutnya sekali pun awak tak boleh menyentuhnya faham..! "
"Arghhh...lepaskan aku Aden..!!! " Fitri berteriak kuat bila tangannya dipulas.
Kedua-dua pemuda itu cuba menyerang Aden tapi sekali tumbuk kedua-dua pemuda itu jatuh pengsan.
Janet tergaman juga."Aden.. please lepaskan Fitri..! " Rayu Janet dia takut disiplin Aden akan rosak kalau bergaduh dengan Fitri, Lagipun Bapa Fitri bukan calang-calang orangnya.
"Aku bukan Aden..! tetapi abang kembar Aden..! " Alex menolak tubuh Fitri menyebabkan Fitri jatuh hingga tercium lantai kedai itu. Alex menarik tangan Janet dan membawanya keluar dari situ. Dan membawa Janet ke satu tempat yang tersorok.
"Lepaskan tangan saya Aden.. !"
"Panggil aku Alex..!aku bukan Aden"
Janet baru perasaan Aden tampak tinggi dari sebelumnya kepala Janet hanya sampai didagu Aden pula kali ini, selalunya kepala Janet hanya sampai dihidungnya.
"Sayang.. kan aku dah bilang tadi aku ni abang kembar Aden,Aden tu adik aku...dan aku adalah Alex.. "
"Eiii... kalau nak bercakap tu tak payah lar dekat sangat..! " Janet menahan tubuh Alex dan berusaha melepaskan diri, tetapi Alex mengeratkan lagi pelukannya.
"Lepaskan saya... awak tahu tak...! "
"Yang aku cintakan awak...! "
Mata Janet terbesar bila Alex menciumnya,Alex tersenyum lalu mencium dahi Janet.
"Itu hukuman awak, panggil aku Aden..! "Janet takut mahu bergerak lagi takut kena cium lagi.
"Sekali lagi kau panggil saya Aden lagi saya akan heret awak ke pejabat pendaftaran untuk daftar perkahwinaan kita... "
"Ti.. tidakk, "
"Apa yang tidak..! "
Janet hanya geleng kepala, Alex mendekatkan wajahnya ke wajah Janet.
YOU ARE READING
KEMBAR
AléatoireBY : SEFFANO KAVANA KEMBAR SINOPSIS Dua kembar yang terpisah akibat dari perpisahaan dari kedua ibubapa mereka,c Ibu membawa c Bongsu pergi dan c Sulung ditinggalkan bersama bapanya. Sikap c Kembar juga berbeza yang seorang lembut hati dan yang seor...