KEMBAR -17

8 1 0
                                    

BY : SEFFANO  KAVANA

KEMBAR

BAB 17

MASUK WAD

Aden tertawa bila mendapat tahu dari Lina yang Nicole masuk wad sudah seminggu kerana tidak dapat membayar perabot-perabot mewah itu dan Lina kata perabot-perabot mewah itu sudah diambil balik dan diminta membayar harga sewaannya pula.

Mahu tidak mahu Nicole terpaksa membayar rm3000 ringgit.Aden tertawa kerana wang yang pernah Nicole tipunya sudah terbayar sama rata dengan wangnya.

Nicole cuba menghubungi Aden tetapi nombor Aden sudah tidak digunakannya, jadi bermaksud Aden sudah menukar nombor telefonnya.

Nicole sedikit rasa menyesal kerana mempermain-mainkan Aden dan menolak cinta Aden dulu, Nicole menyangka Aden terus mengejar dan tergila-gilakannya tetapi ternyata dia silap dan sangat silap kerana Nicole lupa kalau Aden itu bekas artis dan model terkenal.

Tentu ramai perempuan diluar sana akan merebut dan merampas Aden darinya.. dia terlalu leka mengejar Alex, sedangkan Alex itu punya seorang tunang yang sangat cantik darinya..! Malah sangat dicintai oleh Alex.

"Aden... jangan tinggalkan aku..! " ujar Nicole sedih, Azizah dan Lina berpandangan lalu angkat bahu. Kerana semalam mereka nampak Aden berjalan bersama seorang gadis muda comel membeli belah diMall.

Kelihataan Aden sangat bahagia dengan gadis itu, cara Aden pandang dan renung gadis itu sangat berbeza ketika dia bersama dengan Nicole.  Jika bersama Nicole dulu Aden begitu jarang memandang wajah Nicole, Aden lebih fokus pada makanannya atau melayan telefonnya.

Tapi berbeza dengan gadis itu, semasa makan pun Aden tetap merenung dan
memandang gadis itu sambil tersenyum bahagia.. nampaknya Nicole sudah ada pesaingnya dan sudah  tersaing oleh c gadis comel itu.

Azizah dan Lina hanya tersenyum sinis pada Nicole, sudah berbuih mulut mereka mengingati Nicole perkara itu, jangan lepaskan Aden.. tetapi Nicole menyangka Aden tetap setia padanya ternyata gadis itu tersilap.


Bahawa persaingnya begitu banyak diluar sana dan sekarang Aden telah berpaling pada wanita lain. #Padan muka..!!.  Azizah dan Lina malas mahu membahaskan tentang Aden jika mereka pergi melawat Nicole.



Walau mereka benci pada sikap perasaan cantik Nicole itu, mereka tetap satang Nicole sebagai seoeang sahabat sebab mereka lebih tahu kelemahaan sahabat mereka itu. Hanya Azizah dan Lina saja yang tahu  apa kelemahaan Nicole..!

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹




"Tuan Aden...! saya dah kerja dua minggu sini jadi tugas saya sudah selesai disini..! "Ujar Belle sambil memegang penyapu itu. Aden menoleh ke belakang lalu memandang tepat wajah gadis itu dengan serius. Belle mengguling matanya.


"Siapa bilang tugas kau sudah selesai.. baru dua minggu.. kalau macam itu saya tambah lagi rm40 ribu ringgit awak kena bayar..! "


"Hahh.. 40 ribu ringgit..!! eiii, mana boleh kasi naik..ini tidak adil..! " Marah Belle tapi nampak comel pula.

"Murah kar.. oke kita up lagi ke rm250,000 ringgit...!"

"Tidakkk...! saya tak cakap pun..!! "

"Oke.. kit..! "

Belle cepat-cepat menutup mulut Aden dan geleng kepala.. Aden membuka tangan Belle. Belle menjauhi jarak mereka. Wajah Belle sudah masam mencuka.

"Berani-berani kau sentuh saya..!!  fine..!! saya tambah lagi rm70 ribu... sebab kau sentuh saya tanpa kebenaraan saya pun..! " Marah Aden, Belle terkaku disitu padahal dia tidak sengaja,dia sebenarnya hanya mahu menghentikan Aden daripada terus menambah harga dendanya.


KEMBARWhere stories live. Discover now