BY : SEFFANO KAVANA
KEMBAR
BAB 13
PENCULIKAN YANG DIRANCANG!
"Terima kasih Ozel.. selamat kan kami, uncle tak sangka dikianati begini oleh adik kandung sendiri..! "
"Bukan saya yang selamatkan Uncle, saya cuma ditugaskan menjaga Dato dan Datin.. tuan saya yang selamatkan Dato dan Datin..kami bertiga hanya jururawat peribadi tuan kami" ujar Ozel lembut.
"Siapa nama tuan kamu... !"
"Err.. kami minta diri dulu Dato..! Datin" Ketiga-tiga Jururawat itu berlalu pergi. Dan tunduk hormat pada sosok yang membelakangi mereka tadi. Sosok itu berpusing ke belakang dan hanya mengangguk pada ketiga jururawat muda itu.
Dato itu mengerti bahawa jururawat itu tidak boleh mendedah siapa boss mereka tetapi dia boleh meneka siapa boss mereka, lelaki yang dia berkenaan untuk menjadi menantunya.
"Selamat petang Dato Jim Wong dan Datin Scarlett.." Sapa lelaki bertopeng itu.
"Petang... siapa awak..! "
Lelaki itu hanya ketawa lalu membuka topeng mukanya. Kedua-dua suamisteri itu sangat terkejut melihat lelaki itu.
"David...! "
"Ya, saya... "
"Kau yang selamatkan kami...! " Ujar Dato Jim Wong dengan nada yang marah.
"Oppsstt... bukan selamat tetapi menculik kamu berdua...! hahaha"
"Berani-berani kau buat begini pada kami hah..!! "
"Aku tahu Dato dan Datin mahu jodohkan Mia dengan Alex bukan..! "
ujar David dengan ego."Sebab kau tu kaki pukul..! sampai hati kau buat kami macam nie, David..! " Marah Datin Scarlett dengan geram.
"Jangan marah Datin cantik.. kamu bukan kemalangan pun cuma dibius saja..! dan satu malaysia dah tahu yang kamu berdua dah meninggal dunia dan kedua anak gadis kamu dah jadi anak yatim piatu sekarang..! lagipun kamu dah meninggal 6 bulan lalu... dan paling kesian Dato Neo jadi api kebenciaan kamu wahai Dato Jim" ujar David lalu ketawa kerana berjaya memecah belah hubungan adik-beradik itu.
"Kau bius kami selama 6 bulan..! Kau betul-betul jahanam David..! rupanya kau yang buat hubungan aku dan Neo menjadi renggang.. "
David ketawa senang bila melihat lelaki 53 tahun itu marah-marah, dia sudah lama plan mahu memusnahkan keluarga itu.
"Kalau awak berdua nak bebas..! sebagai pertukaraannya,aku ambil Mia dan Dato dan Datin boleh bebas. "
"Kau fikir anak aku tu barang..! "
"Barang murah bro..! hahaha" Gelak David. Dato Jim Wong mahu membalas kata-kata David itu tetapi dihalang oleh isterinya Datin Scarlett.
"Jangan layan binatang ni bie.. Bie kan tahu Mia macam mana..dia tak tahu anak bongsu kita macam mana." Bisik Datin Scarllett, Dato Jim Wong hanya tersenyum saja.
Sebab Mia jenis gadis yang lasak, kasar, cengang, manja dan bijak,Mia juga selalu buat Megan marah-marah padanya sebab itu cara dia tarik perhatiaan kakaknya.
Terkadang Mia juga buat Dato Jim Wong marah-marah padanya tetapi Dato Jim Wong hanya marah-marah sayang saja pada Mia. Dato Jim Wong akan merasa sunyi bila Mia masuk asrama, baru sebulan Mia masuk Asrama, besoknya Dato Jim Wong bawa Mia balik rumah dan mengupah Pak Mail menjadi pemandu peribadi Mia.
YOU ARE READING
KEMBAR
RandomBY : SEFFANO KAVANA KEMBAR SINOPSIS Dua kembar yang terpisah akibat dari perpisahaan dari kedua ibubapa mereka,c Ibu membawa c Bongsu pergi dan c Sulung ditinggalkan bersama bapanya. Sikap c Kembar juga berbeza yang seorang lembut hati dan yang seor...