KEMBAR-19

7 1 0
                                    

BY : SEFFANO KAVANA

KEMBAR

BAB 19



DICULIK DAN DIKURUNG




Nicole terasa ada seseorang yang mengekorinya dari belakang, tetapi bila ditolehnya tiada sesiapa disitu hanya ada beberapa keluarga yang begitu sibuk memasukkan barang-barang yang mereka beli ke dalam bonet kereta.

Dihujung sana terdapat sepasang kekasih entah suamisteri baru keluar dari kereta dan c gadis membetulkan rambutnya, kebiasaan segelintir wanita membetulkan rambut mereka.

Nicole geleng kepala kalau dia kena culik pun ada 4 abang pengawal yang berjalan-jalan disitu dan membantu mengambil troli yang ditinggalkan diparking itu.

Entah kenapa hatinya tidak sedap sejak pagi tadi, tetapi dia terpaksa keluar juga malam itu sebab barang makan dirumah sewanya sudah kurang. Kebetulaan Azizah dan Lina ada kerja diindonesia atas arahan dari majikan mereka.

Nanti lepas Azizah dan Lina balik dia pula akan berangkat terbang ke Thailand bersama Shah atau Shasha lelaki lembut itu cantik macam perempuan dan iras macam Emma mambong pula cuma Emma mambong lebih cantik dari Shah.

Nicole melangkah masuk kedalam lif disitu berdiri dua lelaki memakai berhoddie putih dan biru, wajah mereka tidak kelihataan ditambah lagi memakai mask hitam dan bercermin mata hitam.

Tren remaja punya fesyen hari ini Nicole baru perasaan dibelakang lelaki berhoddie putih itu, berdiri seorang gadis berhoddie pink lembut dan kepalanya diletak dibelakang lelaki berhoddie berbaju putih itu.

Mungkin pasangan kekasih kali..Sedang kan dua lelaki ini begitu sibuk bermain telefon. Lelaki berhoddie biru itu mengeluar sapu tangannya kedalam poket.

Sebaik saja pintu lif itu terbuka, Nicole melangkah keluar tetapi mulutnya dicekup Oleh lelaki berhoddie biru itu. Nicole jatuh pengsan.

***********************************

Nicole terjaga dari pengsannya dan terkejut dia berada disatu bilik agak luas dan Nicole memandang keatas Jendelanya ada diatas macam ala-ala rumah orang barat pula.

Nicole menggosok-gosok matanya, takut tersilap masuk bilik pula, eiii.. tapi dia tidak mabuk pun semalam.. Nicole menampar-nampar pipinya agar semua itu hanya mimpi tetapi keadaan bilik itu tetap sama..!

Nicole turun dari katil dan terkejut kerana pintu itu dibuat dari besi..! dia berada dalam penjara kar.. tapi musthail ada penjara semewah ini. Nicole memegang kepalanya yang dan mengingati apa yang terjadi, seingat Nicole yang dia ingat terakhir sekali dia berada dalam lif bersama dengan tiga remaja itu. Dan bila dia mahu melangkah keluar dari lif itu mulutnya dicekup oleh seseorang..!

Dia mengingati kembali dan dia hanya nampak seseorang berpakaian serba hitam masuk kedalam lif itu, dan zupp saja Nicole tidak ingat lagi apa yang berlaku seterusnya.

Nicole tersedar , dia sudah berada didalam bilik yang seperti penjara itu. Nicole berlari kearah pintu tetapi pintu itu tiada tombol pintunya pula.

"Hello..!!! ada sesiapa diluar! " Jerit Nicole tetapi tiada sahutaan sambil memukul-mukul pintu besi itu, tetapi itu menyakiti tangan halusnya.

"Hello...!! " Jerit Nicole dengan suara yang lebih kuat lagi. Berharap agar ada seseorang mendengar suara jeritaannya.

Tiada bunyi tapak kaki yang didengar oleh Nicole tiba-tiba screen besar didinding itu bernyala. Disitu ada Alex dan Aden sambil tersenyum sinis.

"Alex..!! Aden tolong aku..!!" ujar Nicole gembira.

"Kami nak tolong awak... heyy, perempuan kami takkan bunuh awak tetapi mengurung awak disini hingga akhir hayat awak..! " Ujar Alex serius.

KEMBARWhere stories live. Discover now